Kalamullah

Kalamullah

Thursday, November 26, 2009

Pengorbanan


Esok hari Raya....

Pertama kali dalam 4 tahun ini aku menyambutnya bersama-sama dengan keluarga

mungkin sbeelum ini aku lebih selesa menyambut hari kebesaran ini dengan berada dilokasi percutian yang melalaikan dan merosakkan.. bangkok, phuket, bali.....

tapi tahun ini banyak perkara yang telah berlaku dalam hidupku dan semuanya benar-benar mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.

selama ini aku terlalu lalai dan alpa.... tak menghargai apa yang ada disekeliling dunia aku..
akulah yang terhebat, akulah yang paling bagus.. akulah sempurna bahkan akulah segalanya..

maafkana ku dunia andainya aku keterlaluan

mungkin ini pengorbanan terbesar dalam hidup aku, meninggalkan yang melalaikan aku,
mungkin kesunyian yang aku lalui selama ini memberi ruang yang besar kepada aku untuk berfikir...
berfikir tentang apa yang telah aku lalui.... heheheh macam2.. pahit dan manis.. mungkin pahit lebih banyak yang aku perolehi.. untuk koleksi titian siratulmustakim (ejaan salah lagi)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

hidup ini lebih menuntut pengorbanan sebenarnya.......

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH