Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, November 11, 2009

M.A.R.A.H

Marah

Kenapa dia perlu marah aku....
Sedangkan selama ini aku yang dia cari bila tak ada orang lain... bila minah kesayangan dia tu tak ada...
badan inilah yang akan dilemparkan beban dan tugas yang aku sendiri tidak mampu untuk menanggung..

Apabila ada yang tidak kena aku yang kena marah.....

aku sendiri pun tidak paham dan kurang pasti dengan bos aku..
hendak kata baru bekerja.. dah hampir 25 tahun... tahun depan dah nak pencen
tapi masih marah-marah dan tak rasional

lidah bercabangkah dia
mula-mula dulu semua ok,s emua perfect, tapi sekarang semuanya tidak kena
aku sendiri pun tidak paham.. bagaimana untuk aku memenuhi apa yang dia perlukan

Mempertikaikan cuti aku, sedangkan aku sendiri memohon cuti sejak dari sebulan yang lalu (aku menurut segala ketetapan dan prosedur asal) , dia sendiri yang meluluskan dan said YES depan-depan aku sendiri.

sekarang dia, bising.. cakap aku suka cuti sesuka hati aku sendiri,
cakap aku suka mengugut dia untuk meluluskan cuti aku

apakah salah aku, aku mempunyai cuti aku sendiri yang aku harus gunakan..
apakah dia seorang sahaja yang membayar cukai... apakah kompeni ini dia punya

menecerobohi urusan kehidupan personal aku, semakin membosankan bila aku berada diruang kerja ini.... semuanya egoistik, berpura-pura, hipokrik.. pentingkan perut masing-masing sahaja..
bila ditanya aku luahkan, dijamin 100% orang takkan tahu.. tapi yang terjadi sebaliknya.. dasar bajingan kurapan....... susah untuk aku mempercayai lagi

yang pasti BOS aku dah gila, sindron gila kuasa dah mula membiak-biak sekarang ini..aku rungsing dan mula membibitkan nafsu marah

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH