Kalamullah

Kalamullah

Monday, November 30, 2009

Berkorban

4 hari telah berlalu, daging korban yang masuk ke dalam perut aku pun telah dicerna kan keluar..zat-zatnya diserap kedalam badan... alhamdulilah
Kuih raya tunjuk-tunjuk



Apologies session my brother n my daddy
Umur ayah aku hampir 75 tahun tapi masih kuat dan kadang-kadang aku sendiri kalah dengan Dia. Ayah aku banyak melalui saat sukar dan perit demi membesarkan kami 9 adik beradik... tak ada orang lain yang dapat menandingi kehebatan ayah aku


over expose




Solat sunat jumaat di hari raya haji.. dwi perayaan
dah lama aku tak menjejakkan kaki ke masjid ni...
tapi kali ni suasana berbeza rata-rata mengenakan baju melayu
kesempatan sesingkat ni lah berjumpa dengan orang-orang
kampung yang dah lama tak bertegur sapa

Pengganti kepada yang telah pergi (entry sebelumnya)
karekter dan fizikal yang hampir sama
mudahan membuat jasa dan budi kepada tuannya

Tahun ni keluarga aku buat korban, seekor lembu.
kutip nama sedara-mara dan adik beradik yang lain.
aku tidak berkesempatan untuk join nama sekali cuma join makan dagingnya saje... :)

Saat nyawa dihujung pisau.... barulah aku tahu rupanya nyawa lembu nak keluar ni lama jugak.. dekat 5 minit baru abis.. kuasa tuhan... kalu manusia kena gantung kejap je dah kojol


Operasi dibahan pokok rendang ni... sure lepas ni, pokok ni akan dihuni oleh roh lembu-lembu ni.. eheee takutnya

Roh selesai meninggalkan jasad.. menanti lapahan pisau tajam

Torture

Gosip makcik kampung..
ingat kat URTV je ada gosip hangat.. rupanya kat kampung pun tak kurang hebatnya....
makcik bertudung biru tu kategori panglipurlara dikampung..
semua cite sensasi dia lah yang akan tahu dulu.. ala-ala melodi la ni

Dah tak rupa lembu dah... dah macam sesi eksperimen sains masa
zaman sekolah menengah dulu

4 kaki satu hati

usus besar dan usus kecik.... bash denkat kabait then rebus pas
tu cicah air asam... perghhh konpon gemuk
Weighing... biar sama rata..semua dapat merasa

Lazimnya dikampung aku kalau ada aktiviti masyarakat je, mesti ada makan-makan free... biasanya kalu ada sesi gotong-royong ke potong lembu ke mesti ada makan nasi kawah.. daging lembu disedekahkan.. yang tinggal tulang, tulang buat sup dan makan dengan nasi kawah.. malangnya aku tak sempat makan..sampai je kat surau tinggah kerak dan akwah je

Petangnya.. melayan tetamu dari KL yang datang spesial untuk merasai pengalaman pertama memetik buah dari atas pokok. Tahun ni pokok-pokok buah ayahnda benar-benar menjadi semua berbuah... manggis, dukung, duku, langsat, longan, jambu madu, limau madu, durian, pulasan, rambutan... makan sampai termuntah

yang datang dari jauh

yang dari jauh

Meraikan tetamu

Anak buah
Raya haji tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, kalau dulunya aku mengisi waktu begini dengan melancung.. tetapi kali ini aku balik kekampung.... merai kan suasana yang telah lama aku tinggalkan...
terus terang inilah kali pertama setelah hampir 4 tahun aku tidak bersolat raya haji di surau kampung ku (besar rupanya surau kampung aku)
masa ni lah aku dapat tengok muka-muka yang dah lama aku tak lihat dan tak pernah lihat. banyak juga muka baru dikampung ni.. yangb budak kecik telah besar.. yang bujang dah berkahwin.. yang tak hensem dah hensem kacak bergaya..... cepat betul masa berlalu..
dan begitu jugalah dengan aku.. dan dah sampai masa rasanya untuk aku korbankan masa hidupku untuk perkara yang sia-sia lagi... dah sampai seru untuk aku berbuat sesuatu yang lebih baik dan bermakna dalam hidupku.
aku akan tinggalkan apa yang melalaikan dan mealpakan hidup aku, sebab semua keseronokan dan kebahagiaan yang aku perolehi cuma sementara....
macam yang aku pernah message kat sorang orang yang aku sayang.... raya tahun ni memerlukan aku lebih banyak berkorban

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH