Kalamullah

Kalamullah

Monday, October 19, 2009

Jika Aku Adam... Siapa Hawa ku?

SERINGKALI KALAU SEORANG WANITA @ PEREMPUAN yang nak cari calon suami ... mesti nak cari yang pandai mengaji ....tingkah laku yang baik .... elok ajaran agamanya ... dan sopan tingkah lakunya dengan orang tua ..... begitu juga dengan orang lelaki ... kalau nak cari calon isteri ... kalau boleh nak yang bertudung .... didikan agama bagus .. senang nak mendidik anak .... pandai menjaga hati orang tua ... mendengar kata .... walalupun diri kita tak sehebat mana pun ....


Aku juga sama seperti orang lain .... nak ada zuriat sendiri ... nak ada keluarga sendiri ... tak-kan sampai bebila nak membujang .... jadi biarlah aku terjemahkan sikit tentang post nie dalam bahasa yang lebih mudah .... mana tahu ada yang nak carikan jodoh untuk aku ... dan mana tahu sudah sampai seru untuk berumahtangga ..... inilah yang aku inginkan ... (heheheeh siapalah yang dapat merasa nikmat bersama aku agaknya??)




aku adalah imam dan engkau adalah makmum ....
aku adalah ketua dan engkau adalah pengikutku
benar kata ku .... maka benarlah kamu ...
jika lalai aku ... maka lalailah kamu
aku sudah tentu punya kelebihan akal ... hanya ada satu nafsu
sedangkan kau... bernafsu seribu ... hanya satu akal


akan ku jadi imam dalam setiap solat mu
agar kau dapat mengaminkan setiap doa ku agar kelak luas syurga mu
akan aku kejutkan kau untuk bertahajud bersama
agar nanti diberkati ya Rabbi..
akan aku kenalkaan kau pada pada majlis-majlis agama
pasti akan aku ajarilah engkau Yassin dan memahami al-Quran
bersama mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh Barakah



aku cuma ingin mencari di mana rusuk ku
mungkin tidak secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
tidak perlu setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
atau sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah,
apatah lagi sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah,
dan seteguh Na’ilah al-Farashiyah yang tegar
walau tangan bermandi darah membela Khalifah Allah..

kerana aku tahu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
moga aku perolehi hiasan terindah dalam hidupku ...
tapi sehingga kini aku tertanya ... SIAPA HAWA ku ?

1 comment:

siti suharti said...

puisi indah ditulis lahir dari hati yang ikhlas ;-)

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH