Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, October 28, 2009

Aku ingin terus senyum walaupun hatiku menangis


Adakalanya....Hari yang panas dan ceria

Bertukar mendung seketika

Mentari merangkak pergi

Gumpalan awan bertandang sisi

Hati gundahTercari-cari

ke Mana perginya mentari yang dinanti


Begitulah hidup...Di saat kau selesa dengan kehidupan

tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan

kehilangan nikmat harta

kehilangan nikmat ilmu

kehilangan nikmat rakan dan keluarga

dan kau meratapinya....


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...

Yang menciptakan segalanya

yang menimpakan ujian

yang menjadikan sakit hatimu

yang membuatkan keinginanmu terhalang

serta menyusahkan hidupmu

pasti akan damailah hatimu kerna...

masakan Allah sengaja mentakdirkan

segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...


retaknya hatimu

sengsaranya sukmamu

Mungkin itulah yang Dia mahukan

kerna Dia tahu

Hati yang sebeginilah

selalunya lebih lunak dan mudah untukDEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu

kau menangis kerna

merasa beratnya ujian tidak tergalas~

SenYumLaH~


kernaAllah mendatangkan kepadamu

pelangi nan indah

selapas hujan sirna kelamnya'

Allah tidak membebani seseorang

melainkan sesuai dengan kesanggupannya


Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan

ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

Monday, October 19, 2009

Jika Aku Adam... Siapa Hawa ku?

SERINGKALI KALAU SEORANG WANITA @ PEREMPUAN yang nak cari calon suami ... mesti nak cari yang pandai mengaji ....tingkah laku yang baik .... elok ajaran agamanya ... dan sopan tingkah lakunya dengan orang tua ..... begitu juga dengan orang lelaki ... kalau nak cari calon isteri ... kalau boleh nak yang bertudung .... didikan agama bagus .. senang nak mendidik anak .... pandai menjaga hati orang tua ... mendengar kata .... walalupun diri kita tak sehebat mana pun ....


Aku juga sama seperti orang lain .... nak ada zuriat sendiri ... nak ada keluarga sendiri ... tak-kan sampai bebila nak membujang .... jadi biarlah aku terjemahkan sikit tentang post nie dalam bahasa yang lebih mudah .... mana tahu ada yang nak carikan jodoh untuk aku ... dan mana tahu sudah sampai seru untuk berumahtangga ..... inilah yang aku inginkan ... (heheheeh siapalah yang dapat merasa nikmat bersama aku agaknya??)




aku adalah imam dan engkau adalah makmum ....
aku adalah ketua dan engkau adalah pengikutku
benar kata ku .... maka benarlah kamu ...
jika lalai aku ... maka lalailah kamu
aku sudah tentu punya kelebihan akal ... hanya ada satu nafsu
sedangkan kau... bernafsu seribu ... hanya satu akal


akan ku jadi imam dalam setiap solat mu
agar kau dapat mengaminkan setiap doa ku agar kelak luas syurga mu
akan aku kejutkan kau untuk bertahajud bersama
agar nanti diberkati ya Rabbi..
akan aku kenalkaan kau pada pada majlis-majlis agama
pasti akan aku ajarilah engkau Yassin dan memahami al-Quran
bersama mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh Barakah



aku cuma ingin mencari di mana rusuk ku
mungkin tidak secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
tidak perlu setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
atau sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah,
apatah lagi sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah,
dan seteguh Na’ilah al-Farashiyah yang tegar
walau tangan bermandi darah membela Khalifah Allah..

kerana aku tahu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
moga aku perolehi hiasan terindah dalam hidupku ...
tapi sehingga kini aku tertanya ... SIAPA HAWA ku ?

Thursday, October 15, 2009

Adilkah Tuhan

asslamualaikom semua........

semalam aku berborak dengan abangku, tentang adilnya dunia, ujian Allah buat kita..

"......kite ni manusia biasa, tolong seikhlasnye. tak rugi papepun. kebaikan buat dia, pahala buat kita. Ingat niat kene baik, niat lain, maka lain lah hasilnya"

.............................................

tambah abang aku lagi ...

"kita ni bukanye baik sangat, solat pun bukan tegak 5 tiang tiang tu, nak dirikan satu pun susah, kadang kadang pun rapuh"

" kita tak tahu antara kita dah Allah, apa yang kita buat tu dapat diterima ke tidak, tapi tak rugikan kalau kite terus buat kebaikan?"

"Tak perlu nak adili diri sendiri atau org lain, Dia lebih mengetahui....tu antara kita dengan Tuhan"

betul Rasulullah dulu ada pesan:

sihat sebelum sakit,
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
susah sebelum senang
hidup sebelum mati



......





tapi aku tak pernah nak beringat pun pepe, ermmmm..ape lah nak jadi aku ni..

tak pernah nak ingat nak saving bile ada duit, yang aku tahu shoping, jenjalan dan boros
tak pernah nak ingat nak siapkan kerje, last minit baru terhegeh hegeh.. tu pun bila bos dah mula mengamuk.. time kerja aku curi tulang buat blog, Mp, FB, bukak web page kotor.. copy sana copy sini....



.....................................



paling aku takot.....
aku tak menghargai mereka yang masih ada, sebelum dia atau aku tiada....
terutamanya Ibu bapa aku yang kat kampung, tah sihat ke tidak hari ni

............................................



apa yang aku dah buat untuk kebahagian diorang huh?
aduh!!!!
semoga tuhan kuatkan aku untuk terus menjaga mereka dengan kudrat ku sendiri....
tetibe teringat something:

tahlah kenapa sejak akhir-akhir ini aku kerap berfikir yang bukan-bukan.. tentang wasiat tentang kematian..... sapa yang akan tahu kalau aku mati sebab aku duduk sorang-sorang......
hishhh! ape aku dah ngarot nih...

ntahla, aku skang ni banyak sgt pk..macam macam dalam pale otak ni....
Ya Allah takutnye....

Wednesday, October 14, 2009

Boy.... he getting older

Date: 16 September 2009

Setelah diperingatkan oleh empunya badan agar tidak melupakan birthday dia.. suka ataupun tidak terpaksalah aku menganjurkan sambutan yang berskala kacil di teratak kotakku..... balik kerja terus meredah hujan dan sampai rumah terus masak mee goreng.. then ngam-ngam lepas maghrib terus sesi potong kek.... pape pun happy birthday en. zaidi dan yang pasti anda dah tua dan bawak-bawaklah bertaubat..... tak kemana nya dunia glamour yang dikejar....

notakakiku: seperti biasa aku organize birthday orang, tapi belum tentu orang akan organize birthday kita... takpe anggaplah sebagai amal jariah.. biar tuhan yang sambut birthday kita diakhirat kelak.. amin

Bertaubat..cuma seketika

kek kecil, besar makna

chocolate moist cake.... murah (tak mampu nak beli secret recepi)

mabuk-mabuk

tetamu wajib hadir

Iftar with teman lama

Hari yang sama dengan majlis tadarus Al-quran di pejabat aku, petangnya aku perasaan rindu dengan kawan-kawan lama aku, kawan-kawan yang sama-sama membesar dari sekolah rendah hingga ke saat ini.
Aku terus call dan terus set tempat di Sate hj. samuri putrajaya, presint 16.
alamak segan lah jugak sebab bazar makanan ni penuh dengan manusia, ada yang baru balik dari pejabat. ada jugak student, cuma aku sorang saja yang pakai baju melayu segan + bangga jugak menjadi perhatian..... aku kan suka menjadi perhatian...
order cukup-cukup untuk mengisi perut yang kosong berserta air lin cee kang suam... sedap... diperindahkan lagi dengan pulut kuning dan rendang majlis tadarus tadi.....
selesai berbuka terus menuju masjid putra dan melepak di dataran hampir 3 jam. berbaring-baring diatas rumput hijau yang menyucuk bontot (malam tu kami bertiga betul-betul macam nepal dan pakistan yang dok melepak kat taman KLCC time cuti hari raya).. Banyak perkara dan cerita lama yang kami bertekak lidah, semuanya tentang kisah lama semasa alam pembesaran tubah badan, malam yang mengimbau memori lama.... terkenang aku pada SMK Kampung Kota, Beruas, SMK Raja Shahriman, cikgu garanag, cikgu sawaibah..... adegan kena pukul, kena hina, tawa dan air mata.... alhamdulilah kerana semua intulah aku menjadi seperti ini sekarang.... terima kasih tuhan.
Diatas: ate daging dan ayam : sepuluh cucuk sorang
Dibawah: Masjid Putra
Diatas: Fountain
Dibawah:Cahaya Lampu




Diatas dan dibawah: Nepal-nepal (status sorang dah nak kawin dan srang lagi tak nak kawin)
Dibawah dan dibawah : Aku as usual......... baju melayu silver....



Shawal datang lagi.....

Alhamdulillah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, macam-macam peristiwa pahit dan manis berlaku. Yang pastinya ramadhan tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.... banyak perkara baru yang berlaku... kisah keimanan, kisah persahabatan, kisah percintaan semuanya digabungkan dalam 30 hari yang penuh makna, biarlah semuanya menjadi pengajaran dan teladan untuk aku mengharungi hidup aku seterusnya....


sememangnya telah lama aku tidak update blog ini, bukan kerana aku terlampau sibuk tetapi kerana mungkin aku tidak ada minat. tetapi cuma untuk seketika... sekarang ini mood aku telah kembali semula...


akan aku update kan dengan aktiviti-aktiviti aku diakhir ramadhan dan seterusnya dengan aktiviti dibulan syawal....

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH