Kalamullah

Kalamullah

Thursday, September 3, 2009

Dah lama aku tak update, bukan kerana kesibukan kerja tetapi kerana server di pejabat down. daripada hari isnin, barulah sekitar jam 3 tadi baru ok semula.

Dalam pada 3 hari ni banyak benda yang berlaku, semuanya aku tidak menduga sama sekali macam-macam yang terjadi.

satu
Merupakan saat terakhir hubungan dengan kawan yang aku paling rapat. puncanya perasaan tidak puas hati, mungkin selama ini aku terlalu banyak mengalah, dalam semua perkara walaupun pada dasarnya aku tidak bersalah. tetapi kerana menyelamatkan situasi aku bersalah.. dan kini aku tidak mampu untuk mengalah lagi. aku relakan kehilangan semua, aku keraskan hatiku, aku tahu pasti hati aku merasa kekosongan dan kesunyian, tapi aku yakin semua tidak lama. kerna aku masih mempunyai ramai teman-teman yang lain. yang mampu menemani aku dikala aku kesunyian dan memerlukan mereka.

dua
house mate aku telah meninggalkan peraduan aku untuk selama-lamanya, tinggallah aku seorang diri meneruskan perjalanan hidup yang aku sendiri tidak pasti bilakah ianya akan berakhir. memang terasa puas, tetapi kadang kala bila bersendirian aku akan terasa kekosongan dan kesunyian. maklumlah lebih dari 70% hidup aku dihabiskan dengan bersendirian. itulah takdir yang tuhan hadiahkan kepada aku, memang suka atau tidak terpaksa aku terima. alhamdullilah

tiga
aku masih lagi belum menetanpkan impian dan matlamat aku untuk meneruskan hubungan dengan gadis yang aku pernah meluahkan perasaan. aku merasa ragu-ragu, tidak tentu arah.... tuhan kau berikanlah aku petunjuk kepada jalan yang benar. amin

empat
biasalah isu ini tidak akan hilang daripada hidup aku mahupun orang lain. duit.. walaupun duit haji aku kini lebih banyak daripada tempat kerja yang lama. namun masih lagi tidak mencukupi, mana lagi nak bayar rumah, kereta, itu ini.. hutang hari ini aku masih lagi belum bayar...

lima
masalah kawan-kawan, kenapa semua orang tak mahu rapat dengan aku, aku sendiri ambil inisiatif menjemput, memulakan conversation.. tapi endingnya aku sendiri yang terbuang.

cukuplah monolog untuk hari ini, aku telah merasa kepenatan sangat

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH