Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, August 11, 2009

Yayasan AnNur Maisarah, Chemor, Perak


Berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya majlis lawatan berkala dan seterusnya perbincanagn dengan pihak pengurusan Rumah anak-anak yatim Annur Maisarah di Chemor Perak dapt dijalankan. Ini adalah kesinambungan daripada program amal bakti pada Ramadhan tahun lepas di Lata Ulu Bendul bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Yayasan Murad, Seremban.
Pada aku sendiri, lawatan ini bebar-benar melahirkan suatu rasa keinsafan dan kesyukuran didalam hati kerana aku pastinya mempunyai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan adik-adik disini. tiada emak bapak, berkongsi kasih bersama rakan-rakan yang lain, basuh baju, makan, berak semuanya sendiri. tiada bilik individu, hanya tidur didalam dorm yang besar, beralaskan lantai papan yang hampir rebah ke bumi dimakan anai-anai.
rumah anak yatim ini telah tertubuh telah lama sejak Ogos 2006 dan ianya telah melalui pelbagai zaman peralihan pucuk pimpinan yang memeperlihatkan duit menguasai manusia, korupsi, penyelewengan harta anak yatim dan macam-macam lagi. dan akhirnya sampailah kepada pimpinan ibu dan ustaz.. yang aku kira berjaya memperlihatkan kredibiliti dan bakat sebagai ibu dan ayah yang baik.
Rumah anak yatim ini didiami oleh hampir 40 orang anak-anak lelaki yatim piatu malang di rumah wakaf 2 tingkat peninggalan seorang hamba allah.berdasarkan penceritaan oleh ibu, rumah ini memerlukan hampir RM27 k setiap bulan sebagai belanja mengurus, perbelanjaan anak-anak dan upah kepada pekerja-pekerja. Banyakkan tetapi dimana mereka mendapat dana sebanyak itu sejak tahun 2006.'
Telah dikatakan, berkat doa anak-anak yatim, pasti dipermudahkan jalannya oleh yang maha kuasa kan!... rumah anak yatim ini tak pernah kering sumber kewangan, ada sahaja rezeki yang datang mencurah-curah. percaya atau tidak, semasa aku berada disitu sahaja, 2 buah keluarga telah datang menyumbangkan makanan dan wang ringgit. rezeki yang Allah kurniakan.... benar?
Sehubungan dengan program amal anak yatim bersama dengan penggiat rekseasi yang akan dijalankan pada sabtu minggu ketiga ramadhan... insyallah aku akan berkampung disini.
Banyak pengisian yang telah dirancang, antaranya
-membuat bubur lambuk
-gotong-royong membersihkan kawasan markas
-solat tarawih
-munghehapi
-makan-makan
dan macam-macam lagi, pastinya akan meninggalkan seribu satu kenangan yang indah disini untuk dibawa pulang.
Sumbangan Kewangan boleh dibuat menerusi akaun bank:
CIMB, Bank Cawangan Jelapang : 0 8 1 6 0 0 0 0 0 2 3 1 0 8Bayar Kepada : YAYASAN AMANAH AN - NUR MAISARAH
atau datang sendiri Ke alamat:Yayasan Amanah An - Nur Maisarah Lot 33581-B, Jalan Ipoh - Chemor, Batu 9, 31200 Chemor, Perak.
Tel / Fax : 05 201 4423 Pengerusi : 012 934 5023Web : http://www.annurmaisarah.com/
Gambar-gambar dibawah ini adalah sebahagian pemandangan yang terdapt di rumah anak yatim ini. dan amkanan tu adallah hidangan yang disedaikan oleh hamba-allah kepada kami a[da tenaghhari itu, sambal udang petai (udang yang ditangguk sendiri) dan daging rusa merah (sungguh sedap)


Diatas: Daging Rusa Merah, Dibawah: Sambal Udang petai


Diatas: Makan-makan sesion Dibawah: Hidangan


Diatas dan dibawah: Bangunan Kediaman anak-anak yatim


Dibawah: Sumbangan makanan oleh seorang hamba Allah

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH