Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, August 18, 2009

Refreshing.....

Location: Starbuck's Alamanda Putrajaya

Semalam sekitar jam 7, aku menerima paggilan darpada minah ni. yang pada suatu masa dahulu seiringan bergembira ditanah gersang bumi ala-ala anbia. walaupun pertemuan aku dengan dia ketika itu agar singkat namun telah melahirkan satu jalinan yang mesra. teman untuk aku melepak di coffebeam di ramada junction mahupun sesi makan-makan di rumah kabin crew qatar airways.

dah hampir 3 tahun aku tak melihat dia ni, akhirnya malam tadi aku sempat berjumpa dia juga akhirnya. masih sama seperti dahulu, malah lebih comel dan cantik.. pujian harus diberikan..... daripada bergelar isteri kini menjadi janda ank satu.. dan bekerja diluar negara, aku yakin pastinya dia melalui saat yang sukar disana tambahan pula terpaksa berjauhan dengan daniel. bersusah payah mencari teman sehidup semati dan sehingga kini masih lagi tercari-cari.

ferra belikan kan aku shisha bottle QR45 dengan lampu aladdin QR70. aku bayar balik sebab ingatkan nak hadiahkan untuk besday aku.. manalah tahu kot-kot, gaji besar almost RM25k permonth... biarlah itu rezeki dia, rezeki aku mungkin ditempat lain. anyhow aku bayar balik siap belanja dia minum kat starbuck's..(p/s: padahal inilah kali pertama aku minum kat us coffee branch dalam tahun ni, tak termampu lagi rasanya nak minum lagi kat situ)...

semalam betul-betul mengingatkan aku pada doha, kawan-kawan lama dan orang yang pernah aku sayangi. saat doha dan pahala bersatu,semuanya telah jauh aku tinggalkan...... jauh.. kia rio, fareej an nasr, doha al jaded, sofitel, corniche..... city centre........... i miss that moment... terus terang jika diberikan lagi peluang mahu sahaja aku kembali ke sana.









No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH