Kalamullah

Kalamullah

Friday, August 28, 2009

Bercakap jua akhirnya

Alhamdulilah akhirnya tuhan memberikan aku kekuatan untuk bersuara... kekuatan yang aku tidak pernah ada sebelum ini. Akhirnya aku berani bersuara kepada darah daging aku sendiri untuk memintanya pindah keluar dari peraduan aku ke sutu destinasi yang dia perlu usahakan sendiri. Memang sukar sebenarnya untuk aku membuat keputusan ini, banyak hati dan perasaan yang aku perlu jaga dan pelihara agar perasaan mereka kepada aku tidak hilang dan terus menghilang. tetapi aku perlu fikirkan perasaan diri aku sendiri juga, segala kehidupan peribadi aku seolah-olah terganggu sejak kehadirannya ke peraduan ku sejak ramadhan yang lalu. bukannya aku tidak dapat menerima orang lain dipersekitaran aku namun sebenatnya orang lain yang sukar untuk menjadi seperti yang aku inginkan... aitulah hakikat yang terpaksa aku tanggung sejak dari dahulu lagi.

Tuhan telah memberikan aku segala kebolehan yang perbagai, dan aku akui terkadang orang lelaki hatta sekalipun tidak boleh menjadi seperti aku malahan perempuan seklaipun tidak boleh menjadi seperti aku. kesanhya aku telah terhidup dalam suasana yang bongkak dan penuh dengan taksub diri hinggalah kesaat ini. sangat sukar untuk aku mengubahnya.. percayalah semua sangat sukar untuk aku menerima sesuatu yang aku tak suka walaupun pada awalnya aku terpaksa berpura-pura menerima selama hampir setahun. aku tatang bagai minyak yang penuh, aku berikan segala kemewahan dan segala kemudahan yang diperlukan.. tetapi tiada apa yang aku dapat, hanya penat, rambut aku yang semakin mengurang, muka aku yang semakin stress, aku menjadi orang lain sebagai tempah sumpah seranah aku akibat perbuatan dia. bagai terjadi dua dunia di suatu dunia yang kecil.

Macam-macam dia buat diperaduan aku, kalau setakat tidak membuang sampah, tidak memegang penyapu sampah, apatah lagi membeli keprluan dapur mungkin aku mampu bersabar lagi. tetpai apabila membawa pulang teman lelaki dan perempuan tanpa pengetahuan aku, memakai sebagai pakaian aku yang aku sendiri pun jarang pakai sesuka hati sampai rosak.. adakah aku perlu bersabah lagi

Ya.. mulanya aku meluahkan perkara ini kepada ibu ku dikampung, segala-galanya aku ceritakan.. jawapan yang aku dapat hanyalah bersabah... ibuku lanjutkan kepda ayahnda ku.. jawapan yang kuterima memang memedihkan biarlah darah daging nak tumpang duduk.... luluh hati aku mendengarnya. aku yang menanggung segalanya..


akhirnya semuanya akan berakhir tidak lama lagi, pertemuan empat mata benar-benar memberikan kata putus. Ya dia akan mencari tempat baru yang lebih sesuai dengan jiwa dan raganya... dan yang menggembirakanku berhampiran dengan peraduanku. senanglah untuk aku meminta bantuan sekiranya diperlukan dan pada masa yang sama aku juga dapat membantunya sekiranya perlu...

amin terima kasih ya Allah
dibawah : peraduan ku





No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH