Kalamullah

Kalamullah

Friday, August 28, 2009

Bercakap jua akhirnya

Alhamdulilah akhirnya tuhan memberikan aku kekuatan untuk bersuara... kekuatan yang aku tidak pernah ada sebelum ini. Akhirnya aku berani bersuara kepada darah daging aku sendiri untuk memintanya pindah keluar dari peraduan aku ke sutu destinasi yang dia perlu usahakan sendiri. Memang sukar sebenarnya untuk aku membuat keputusan ini, banyak hati dan perasaan yang aku perlu jaga dan pelihara agar perasaan mereka kepada aku tidak hilang dan terus menghilang. tetapi aku perlu fikirkan perasaan diri aku sendiri juga, segala kehidupan peribadi aku seolah-olah terganggu sejak kehadirannya ke peraduan ku sejak ramadhan yang lalu. bukannya aku tidak dapat menerima orang lain dipersekitaran aku namun sebenatnya orang lain yang sukar untuk menjadi seperti yang aku inginkan... aitulah hakikat yang terpaksa aku tanggung sejak dari dahulu lagi.

Tuhan telah memberikan aku segala kebolehan yang perbagai, dan aku akui terkadang orang lelaki hatta sekalipun tidak boleh menjadi seperti aku malahan perempuan seklaipun tidak boleh menjadi seperti aku. kesanhya aku telah terhidup dalam suasana yang bongkak dan penuh dengan taksub diri hinggalah kesaat ini. sangat sukar untuk aku mengubahnya.. percayalah semua sangat sukar untuk aku menerima sesuatu yang aku tak suka walaupun pada awalnya aku terpaksa berpura-pura menerima selama hampir setahun. aku tatang bagai minyak yang penuh, aku berikan segala kemewahan dan segala kemudahan yang diperlukan.. tetapi tiada apa yang aku dapat, hanya penat, rambut aku yang semakin mengurang, muka aku yang semakin stress, aku menjadi orang lain sebagai tempah sumpah seranah aku akibat perbuatan dia. bagai terjadi dua dunia di suatu dunia yang kecil.

Macam-macam dia buat diperaduan aku, kalau setakat tidak membuang sampah, tidak memegang penyapu sampah, apatah lagi membeli keprluan dapur mungkin aku mampu bersabar lagi. tetpai apabila membawa pulang teman lelaki dan perempuan tanpa pengetahuan aku, memakai sebagai pakaian aku yang aku sendiri pun jarang pakai sesuka hati sampai rosak.. adakah aku perlu bersabah lagi

Ya.. mulanya aku meluahkan perkara ini kepada ibu ku dikampung, segala-galanya aku ceritakan.. jawapan yang aku dapat hanyalah bersabah... ibuku lanjutkan kepda ayahnda ku.. jawapan yang kuterima memang memedihkan biarlah darah daging nak tumpang duduk.... luluh hati aku mendengarnya. aku yang menanggung segalanya..


akhirnya semuanya akan berakhir tidak lama lagi, pertemuan empat mata benar-benar memberikan kata putus. Ya dia akan mencari tempat baru yang lebih sesuai dengan jiwa dan raganya... dan yang menggembirakanku berhampiran dengan peraduanku. senanglah untuk aku meminta bantuan sekiranya diperlukan dan pada masa yang sama aku juga dapat membantunya sekiranya perlu...

amin terima kasih ya Allah
dibawah : peraduan ku





Wednesday, August 26, 2009

Welcome Home Club

Akhirnya mamat dua orang kat bawah ni melalui jugak apa yang telah aku lalui dulu, rezeki kat doha dah sampai ke penghujungnya.... aku rasa poji kat sana hampir 4 tahun, memang cantik resume dia, bagus sangat untuk mintak kerja kat obersea semula. tah la rasanya aku dia stay ngan uem lagi, dia kan sayangkkan uem..... anak emas lah katakan.

si nazri ni pulak budak QS dari mula sampai doha dulu sampai skg mesti dengan poji. balik malaysia pun mesti berdua-dua, mesti skandal anu dalam botol ni...kahkahakah. Yang paling tak best aku dengar dan mengukuhkan lagi tanggapan aku nazri ni baru bercerai dengan bini dia, tak sempat nak menjangkau 2 tahun perkahwinan dengan ala 3-4 bulan sekali husband.... ntah no komen..

apepun welcome home to HQ club. walaupun aku dah tak bersama uem lagi, tapi memori kebosanan melampau teruk sepanjang hidup aku masa aku berada kat level 3 faber tower. g ikae, OU, mid valley, KLCC wayang, buat umah, buat wayang, makan, tido, nular, main adik..... semua lah...









Kesetiaan


teramatlah setia suami dia ni :-) Sungguh setia. Terharunya... Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid. Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut. Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab : "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Monday, August 24, 2009

Hepi Ramadhan Semua


Pasar Ramadhan (2)

Ramadhan Al Mubarak menjelma lagi, bulan yang penting dengan nikmat dan ganjaran daripada yang maha kuasa. Bulan kerahmatan dan seribu keampunan bagi yang beramal ibadat...

Mudahan Ramadhan kali ini memberikan sejuta pengertian dan keinsafan buat semua terutamanya buat diri aku sendiri.

Mudahan aku dpat mempertingkatkan amal ibadat aku dibulan yang mulia ini.... amin


Langit Ramadhan 2 ( Ampang Heaps)
Manusia Q untuk bubur lambuk free (tidak termasuk aku) ... beli kan senang cuma RM2






Lagi manusia bertungkus-lumus mendapatkan bubur lambuk

aku sendiri pun tak percaya sebenarnya.. semuanya melayu

mak aih sungguh panjang.. kan lebih indah kalau view ini ketika bersolat

Dah penat merakamkan aksi manusia berebut dan beratur mesra mendpatkan seplastik bubur lambuk di masjid jemek kampung baru dan terpaksa melalui kesesakan lalu lintas sebab PARAM (Pasar + Ramadhan = PARAM) aku mengalihkan perhatian aku ke PARAM di Tasik Permaisuri Cheras.. view nya lebih kurang sama saja, sesak, ramai orang, kebanrangkalian untuk mendapatkan jangkitan H1N1 dan B1N1 memang tinggi. mudahan aku tidak termasuk kedalam golongan yang sedikit itu.
Biasalah kalau di PARAM ni makanan lebih kuarng sama saja, lauk-pauk, kuh-muih, air.. sama je kan.. kenapa la kat PARAM ni orang tak jual rumah ke, kereta ke, proeperties ke, tiket melancong.... kan best kan bervariety lah sikit kan ...agreee???
Manusia yang malas masak

Ramainya yang malas masak

Panas tak menghalang untuk malas masak

Thursday, August 20, 2009

N70

Tak tahulah kenapa, asyik rosak aje. hari tu dah tukar skrin yang baru, dah kena dekat RM150. kali ni tak tahu lah berapa pulak



Semalam dah hantar untuk repair dekat kedai biasa di Sg. Besi, tokeh kedai cakap mungkin IC key pad yang ada problem. kena tukar yang baru.....
Hari ini aku call semula dan tokeh yang sama cakap dah siap, gulp dah siap tanpa ada aggrement jual beli pun. bahkan aku sendiri pun tak tahu berapa RM kos nyer. doa-doa tak mahal ....

Tuesday, August 18, 2009

Refreshing.....

Location: Starbuck's Alamanda Putrajaya

Semalam sekitar jam 7, aku menerima paggilan darpada minah ni. yang pada suatu masa dahulu seiringan bergembira ditanah gersang bumi ala-ala anbia. walaupun pertemuan aku dengan dia ketika itu agar singkat namun telah melahirkan satu jalinan yang mesra. teman untuk aku melepak di coffebeam di ramada junction mahupun sesi makan-makan di rumah kabin crew qatar airways.

dah hampir 3 tahun aku tak melihat dia ni, akhirnya malam tadi aku sempat berjumpa dia juga akhirnya. masih sama seperti dahulu, malah lebih comel dan cantik.. pujian harus diberikan..... daripada bergelar isteri kini menjadi janda ank satu.. dan bekerja diluar negara, aku yakin pastinya dia melalui saat yang sukar disana tambahan pula terpaksa berjauhan dengan daniel. bersusah payah mencari teman sehidup semati dan sehingga kini masih lagi tercari-cari.

ferra belikan kan aku shisha bottle QR45 dengan lampu aladdin QR70. aku bayar balik sebab ingatkan nak hadiahkan untuk besday aku.. manalah tahu kot-kot, gaji besar almost RM25k permonth... biarlah itu rezeki dia, rezeki aku mungkin ditempat lain. anyhow aku bayar balik siap belanja dia minum kat starbuck's..(p/s: padahal inilah kali pertama aku minum kat us coffee branch dalam tahun ni, tak termampu lagi rasanya nak minum lagi kat situ)...

semalam betul-betul mengingatkan aku pada doha, kawan-kawan lama dan orang yang pernah aku sayangi. saat doha dan pahala bersatu,semuanya telah jauh aku tinggalkan...... jauh.. kia rio, fareej an nasr, doha al jaded, sofitel, corniche..... city centre........... i miss that moment... terus terang jika diberikan lagi peluang mahu sahaja aku kembali ke sana.









Happy Birthday to Mee

Surprise from my fren....










HPU Family Day

date : 14-16 August 09
Location: Teluk Dalam Resort
Event: HPU Family Day

Makan-makan sesion, telematch, makan-makan, poco-poco, makan-makan, swiming, kayak, swiming, makan-makan = +2 kg size 32 back humpsss


Top: Lumut Passanger Jetty
Top: Fisherman Harbour
Top: Alalalalalal tomeinyer

Top: poco-poca gitu katenyer syahreen

Top: See my shoes
Bottom:hullamak
Top: I'm goin back home
Bottom:Coconut bowling

Top: Poco-poco again
Bottom: Telematch

Top: Gather
Bottom: Old Dutch Fort


Top:Anchovies Top: Tired
Top: B&W Tarantula
Bottom: Yellowiees


Top: Santai

Top: Mee

Top: Kangkung Laut
Old pillar
Meeee!
Makan-makan
Canoeing

Pebbles

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH