Kalamullah

Kalamullah

Monday, July 27, 2009

Luka di Kaki



19 Julai lepas, aku join larian SIEMEN'S INTERNATIONAL RUN KUALA LUMPUR 09. Larian ni derlangsung kat Dataran merdeka dan melalui kawasan Bukit Tunku, Bukit Perdana, Lebuhraya Mahameru dan seterusnya melalui Taman Tasik Perdana. Aku daftar untuk larian 10.0km, larian yang terjauh pernah aku buat setakat ini. pagi tu aku bangun agak terlewat dah rushing menuju ke sana.
Pergi membonceng Si Nyamuk denggi merah, (dah la tak mandi pagi pun). sampai di Dataran Merdeka orang dah ramai pun. aku dengan gelojoh parking nyamuk aku dekat dengan tiang bendera yang tinggi tu, entah macam mana entah, betis aku terkena ekzos panas motor nyamuk disebelah aku... uhhhhhhh sakit dan pedihnya tuhan saja yang tahu. tapi aku buat-buat tak sakit dan teruskan larian sampai habis.
walaupun dengan akki saskit aku seharusnya berbanggakan diri dengan hidung yang kembang kelencup kerana berjaya memotong atlet-atlet yang bertubuh gagah dan perkasa konon-kononnya hebat sangat. akhirnya aku ayng gemuk ni dapat memotong dengan mudah sahaja. Pujian untuk diriku yang tidak seberapa ini....
Mula dari malam itu la kaki aku mulai membengkak dan mengelembung, yang mengandugi air bisa... derita memang derita.. hingga ke saat aku menaikkan ini pun luka masih belum hilang lagi....
Gambar dibawah :
Kesan luka terkena ekzos moto panas pada hari ke 5
(masih merah dan berair)
Seandainya ini adalah balasan dari kesalahanku, kuredha..... Mudahan tuhan mengampuni segala dosa dan perilakuku ..amin....

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH