Kalamullah

Kalamullah

Monday, June 22, 2009

aku penat menanti hidupku

Jumaat lepas, selepas penat bekerja, aku meneruskan tugasan harian menuju ke Desa Petaling untuk memberikan ilmu-ilmu berguna kepada anak murid yang disayangi dan dikasihinya. subjek yang aku ajak arini adalah subjek latihan pengukuhan PMR yang sepatutnya aku sampaikan adalah kata nama. memandangkan aku tidak dapat membuat persiapan yang sewajarnya maka, terpaksalah aku memphotostat sahaja apa yang ada didalam buku.... senang kan hidup ni, cukup 2 jam dapat RM+++. sungguh seronok, mudah.... tapi halalkan cara yang aku buat tu, aurghhhh persetankanlah semua tu......

Malamnya sekitar jam 9, panggilan manja dari telefon teling aku memanggilku ke gelanggang badminton. memang seingat aku hampir 2 purnama aku tidak menjejakkan kaki ke situ. keinginan aku untuk kesana memang ada, tapi ye lah tiada siapa yang mengajak.. malam tu aku bermain sehabis mungkin. walaupun rata-ratanya bulu itik yang ku cuba gapai tidak pernah mengenai..... tapi kugagahkan juga demi setitis peluh yang melenjuni tubuhku.... heheheheh. ketawa dan sindiran tidak pernah lekang dari bibir teman yang lain. sorilah aku memang tak pandai sport-sport ni... bermain pun sekadar nak memecahkan peluh dikantong lemak badan ku... sori geng..... apatah lagi game ball-ball.

En. Z pulak menghabiskan masa dengan puan. Z di IKEA, , membeli barangan katanya.... kaya sungguh dia kan.. soping kain buruk pun kat IKEA..... kalaulah aku boleh jadi macam tu kan seronokkan... maka tidak jadilah en. Z datang ke rumah, walaupun pada asasnya perjanjian dia kena datang ke rumah untuk menyelesaikan hal-hal yang sewajarnya...

pagi esok, bangun awal pagi sekitar jam 8.30 (awal ke?) pegi hantar mesin basuh untuk dibaiki. panjang kisahnya pasal mesin basuh ni, kalau tak kerana baju dan seluar jeans aku kena curi time aku sidai kat luar rumah, pasti sampai sekarang ni aku tak hantar mesin basuh tu pegi baiki. takpe lah.. sebagai pengajaran untuk aku jugak, lain kali jangan kedekut sangat duit...... selamat baju dan seluar tu kos nya tak sampai RM 150.... syukur lah. lain kali aku kena lebih beringat lagi...amin... dengan pandangan kakak aku, dapatlah aku kenghantar mesin basuh yang dah nak mampus ke satu kedai di balakong, berhampiran dengan Maybank.

waktu petang, tak tahu nak buat apa lagi, menghabiskan masa dengan menwayering lampu ayam yang baru. makin semak lah rumah aku dengan lampu-lampu yang macam-macam. terkesima dan terangsang melihat lampu tidur ayam yang baru. actually lampu gasoline lama dari opis aku, cermin pun dah pecah...

sekitar jam 6 meneruskan langkah pergi joging dan main sepak ball kat atas padang dikawasan kediaman taman desa. oklah jugak dapat memecahkan lemak-lemak yang semakin membiak dibadan. dah hampir 4 tahun aku bertungguslumus berexcersise, tapi sixpack dengan muscle tak muncul-muncul jugak, berselindung disebalik lemak yang setan menebal. Sekerang-kurannyta aku dapat melepaskan perkhabaran diangin lalu pada kawan-kawan seprmainan ball yang lama dah aku tak berjumpa sejak-sejak bekerja di gomen ni. malamnya tengok konsert inspirasi TV3. tu aje lah yangs empat aku buat.



sebenarnya aku stress pada hari sabtu lepas. stress dengan anak buah aku yang duduk dengan aku tu. kalau aku panjangkan isu tu kat sini mesti tak beberapa nak menyeronakkan dibaca. cukuplah sekadar aku nyatakan yang aku memang seboleh-bolehnya nak hidup sendiri di rumah aku. :)

malam jam lebih kurang 8 malam menerima panggilan dari En. Z yang sentiasa nak buat hal ni. pegi makan dekat kedai mamak bersebelahan dengan restoran JY. semacam biasa isu perbincangan tak habis-habis dengan bertekak... sudahnya aku pulang awal ke rumah kerana bosan bertekak.

sememangnya hidup ni membosankankah

nota kakikuku:
mahu: teman untuk berbicara
mood: periang, ceria, smart, stylo
dateline; aku tak tahu
dilayan: Demi, Kerispatih

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH