Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, June 23, 2009

Mizee Wedding + Tour Kuala Selangor

Date : 20 & 21 June 09


Mood: Pressure kat rumah sendiri



Satu lagi trip yang ala-ala separuh membuang masa, sempat di buat malam sabtu lepas. Orang lain penat-penat tidur diatas katil yang empuk lagi mengasyikkan aku pulak saja-saja cari penyakit pergi tidur lagi dalam hutan. tak ada selimut atau apa pun.... silap-silap dapat masuk hospital free-free sahaja.




Diatas dan dibawah: view diwaktu pagi,

kumpulan cina yang sedang bersuka ria.




mungkin sebab dah lama sangat berkeinginan nak datang kesini bukit broga dan disebabkan dah ramai yang ajak aku datang sini. Tempatnya sememangnya cantik seperti yang meniti dibibir hikers. namun mungkin bukan rezeki aku kerana kehijauan lalang telah banyak yang hilang disebabkan kebakaran. mungkin nanti aku boleh datang lagi.






Bukit Broga terletak didaerah Banting Selangor, jarak perjalanan dari ibu kota lebih kurang 45 minit. kalau berlari-lari kucing masa pendakian cuma mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. tak tinggi mana sangat pun bukit ni, dah nama pun bukit kan. ada tiga puncak disini dan setiap puncak ni tak jauh pun. apa yang aku perhatikan, kebanyakkan warga cina sahaja yang panjat bukit ni, orang melayu berapa orang sangat... biasalah orang melayu kan lebih suka lepak kat CM, pudu, KLCC, OU kedai mamak dan lain-lain tempat yang sewajarnya diperkatakan. pagi esoknya selepas rezeki 2 biji buah durian tetiba muncul di puncak bukit.


Selepas sang suria mula memunculkan diri semua krew yang mengantuk mula turun secar teknik berlari-lari kuda belang menari-nari. masing2 tak sabar nak makan dan seterusnya tidur.



Diatas dan dibawah : Skenario di Bukit Broga, Banting




Tengahhari aku membimbit 2 orang makhluk yang sememangnya kuat makan untuk menemani aku pagi makan kendurim mizee, budak BPP... aku tak lah rapat dengan dia pun, sekadar kenal-kenal macam tu saje.... tapi memandangkan nak makan nasi beriyani free... aku takkan menolak walaupun rumahnya jauh di Kundang, Sg Buloh. Tahniah bro sebab telah hilang keterunaan dan atas jemputan makan nasi kenduri yang emangnya sedap itu.




Didot: Encik, Selepas ini kita nak kemana, perut saya telah kenyang benar ni?
Azli : Saya rasa macam nak terberak!
AKu : Adus! takpe kita pegi berak kat Kuala Selangor nak?
Semua : Yahoooooo! jom



Maka berjalanlah lagi kami semua menuju ke Kuala Selangor untuk berak, melalui jalan Paya Jaras menuju ke Kampung Kuantan untuk menonton pertunjukan kelip-kelip berirama.


kelip-kelip kampung kuantan di Kuala Selangor ni adalah satu-satunya yang wujud di dunia ini, memang acrilah kat tempat lain dimana-mana memang takkan jumpa pun.

masa tarian kelip-kelip ni dari jam 8 malam hingga jam 12 malam setiap hari tak kira musim hujan ataupun ribut sekalipun. pakej dikira RM40 untuk satu sampan yang dapat memuatkan 4 orang. show sekitar 20 minit. oklah kan.... semua pokok-pokok kelihatan seperti pokok krismas. memang mengasyikkan dan mengujakan.... disuggestkan datanglah kesini beramai-ramai.

(sori untuk entry kelip-kelip ni memang tak ada pic, sebab tak nampak)



Dibawah: Tugu Kepil-kelip part, Kampung Kuantan






Masa yang ada sebelum menanti malam, dihabiskan dengan bersiar-siar kat kota sejarah Bukit Melawati dan mengirup udara yang semi busuk selat melaka di Pantai jeram...... baru lah aku tahu yang dekat selangor ni ada banyak juga pulau-pulau yang boleh dilawati.. insyllah next plan mahu datang ke pulau ini.



Selepas melayan sunset, menikmati fresh sea food di satu restoran yang betul-betul ditepi pantai makan stim halia ikan kerapu, tom yam campur, kerabu mangga, telur bungkus, air buah, sotong sambal pedas untuk 3 orang cuma RM55 (Murah kan!) kena datang lagi ni.






Diatas: Rumah Api lama Kota Melawati

Dibawah: Sehala?







Diatas dan Dibawah: Dimuzium alat permainan tradisional Melayu




Dibawah: Naik keta hapi










Diatas dan dibawah dan dibawah lagi: Bagai kera mendapat munghe










Diatas: Replika rumah api di tren station



Diatas dan diabwah: Barney & Frens




Diatas dan dibawah: Penulis dan meriam puaka





Dibawah: Kacang makanan rugi kera disini




No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH