Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, June 17, 2008

Rumah Ku

Alhamdulillah... setelah sekian lama bermimpi dan berangan-angan, akhirnya tercapai jua impianku untuk memiliki rumah sendiri. tingkat 12 menjadi saksi nyata berdiri teguhnya slab dipasak oleh tiang konkrit memayungi hingga ke tingkat 17. berlatarbelakangkan panorama bukit desa dan dikesayupan menara KL dan KLCC diperindahkan lagi dengan banjanran titiwangsa dari utara ke selatan menambahkan lagi kegirangan dihati.


walaupun secara sahnya aku masih belum boleh menduduki rumah itu lagi, namun hingga ke tika ini hampir 50% dinding rumah telah ke peindahkan dengan warna cat kesukaan ku. tidak perlulah aku bersusah payah mendapatkan khidmat nasihat pereka dalaman, cukuplah berdasarkan idea dn keratifan otakku sudah cukup membuatkan bibirku tidak henti-henti mengukirkan senyuman. perabut dan perkakasan rumah telah ku survey dan kini hanya menantikan saat untuk memebuat purchasing setelah bekalan utiliti disambungkan semula setelah first owner tidak membuat bayaran sejak tahun 2005 yang lalu.


walaupun aku terpaksa berhabis hampir RM20K+ untuk memastikan keberadaan ku di unit ini akan aku paksakan jua.. pelaburan untuk diriku dan juga masa depanku bersama dengan yang tersayang...
nih perancangan mende yang kena ada...







No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH