Kalamullah

Kalamullah

Thursday, June 12, 2008

Penyucian Jiwa Part III

Di hari yang ke dua di kota yang penuh dengan keinsafan, penyucian, kesederhanaan dan keikhlasan serta pembalasan... seawal jam 4 pagi lagi telah bangun untuk bersiap-siap pergi bertafakur mengabidikan diri dan hati kepada tuhan yang maha esa. berolat hajat dan taubat antara yang ku niat dan lafazkan dihati diteruskan dengan bermunajad sambil dibibir tidak henti-henti berzikir dan bertahmid memuji yang maha kuasa diatas sana sementara menantikan solat subuh menjelma. langkah ku lanjutkan sekali lagi ke Pemakhbul doa dan harapan raudhah. tangisan air mata mengiri perjalanan solat dan keinsafan... seluruh umat berada seolah-olah keberadaan di padang masyar..masyaallah. selesai solat ayah dan aku menjemput ibu yang sedia menunggu di pintu keluar untuk sama-sama kembali ke penginapan untuk makan pagi. dalam perjalanan pulang, sepertilah ibu dan golongan yang bernama wanita tidak melepaskan waau sedetik masa untuk menjalankan tawaf kedai (soping la tu) mak aku merembat 2-3 elai jubah hitam.. mungkin teringin agaknya melihat wanita timur tengah mengenakan busana tersebut. Makan pagi hari ini juga sama seperti semalam, kerana tukang masaknya daripada indon.. dan sememmangnya idak dinafikan memang ramai warganegara ini disini hatta di madidah, mekah mahupun di egypt ataupun malaysia sendiri. ya dimana ada peluang kerja disitu akan akan mereka. mahu atau tidak aku terpaksa juga menelan makanan nasi lemak ala2 indon dan mee goreng sedap yang memang tak sedap langsung. tahan ajelah cuma 2 hari lagi.

Hari ini jam 9 pagi akan diadakan ziarah / lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah di kota ini ini. semua jemaah yang datang satu bas dengan ku akan mengikuti sekali kerana semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. jam 8:30 pagi semua jemaah telah berada dilobi dan bas pun telah lama menanti dibawah sejak jam 8:00 pagi.

penjual pelarian somalia memancing jemaah

tempat penginapanku... bolehlah..bilik kecil

Tepat jam 9 pagi bas yang kunaiki mula melewati kota madinah destinasi pertama adalah masjid quba, mashid yang pertama dibina dalam tamadun islam atau mudahnya masjid yang pertama dibina rasulullah saw selepas baginda berhijrah kesini. masjid yang asalnya kecil sahaja, dibuat daripada lumpur dan batuan padang pasir serta berbumbungkan pepohon palma dan kurma. dan masjid yang berdir teguh sekarang ini adalah masjid baru yang telah diperbesarkan semasa zaman pemerintahan kerajaan turki uthmaniah dan kerajaan saudi sendiri. tengok la sendiri pic kat bawah nih.

Tengahharinya rombongan jemaah mulai meninggalkan masjid quba dan menuju ke bukit "aku dah lupa nama dia". kat sini adalah tempat peperangan suatu masa dahulu. yang tinggal hanyalah kesannya dan tempat untuk orang ramai membuat tawaf duit dan kedai. kat pasar terbuka kat sini ada banyak dijual ubat-ubatan tradisional untuk memuaskan nafsu... paham-paham je lah.
Lebih kurang 30 minit di perkarangan bukit nih, kami mula menuju ke ladang kurma, tiada apa yang istimewa kerana aku dah jemu melihat kurma. mungkin untuk parent dan jemaah yang lain ianya pengalaman yang baru buat. mak ayah aku adalah membeli sedikit buah kurma.

next destination masjid dua kiblat ataupun qisbalain mosque. masjid yang biasa sahaja.... tak leh gempak mana pun macam dalam cerita jejak raasul tu. normal architecture jer... playing with white and grey minaret dome.



Pintu No.5


Destinasi terakhir sebelum kembali semula ke penginapan, jemaah di bawa oleh mutawif ke pasar kurma yang ada di kota madinah ini untuk menghabiskan duit-duit didalam pouch dan poket.. sebab itulah jemaah-jemaah dari malaysia dan indon amatlah disayangi oleh pak arab. Kat sini aku tak membeli apa pun buat diriku, cuma sekadar merasa kurma free aje. barang yang free memang best dan sedap...


Saje snap..Mazda 6 middle east version simple but look good


akhirnya sebelum waktu zohor menjelma kami semua telah sampai ke penginapan semula, sebaik kaki menjejakkan kaki dari bas bahang panas mulai membakar muka, bibirku mulai kering, merekah dan akhirnya membawa kepada aliran darah panas mulai keluar daripada rekahan kecil yang semakin membesar. memandangkan azan pertama telah pun berbunyi, aku dan parent meneruskan langkah terus ke masjid. bercinta dengan tuhan dahulu. sebelum pulang ke bilik untuk menggemukkan perut yang telah menyanyi riang.




Sebelah petangnya seawal jam 2 petang, aku dan beberapa orang jemaah yang lain nya... tak lebih dari 15 orang join ziarah tambahan kota madinah ini. tak ramai dari jemaah lain yang join trip nih, mungkin kerana kepenatan pagi tadi dan juga mungkin sesi membeli-belah masih belum selesai lagi. bayran tambahan cuma dikenakan SR25.00/head. murah kan.... memandangkan kepala aku dan parent aku sama (kaki bejalan..hahaha)..kita orang join ajer.

destinasi pertama menuju ke sebuah gua kecil di pinggir kota mekah, nama gua/ bukit tu akau dah lupa dah. sori. tapi seingat aku apa yang mutawif tu bagitahu, gua ni merupakan antara tempat yang Nabi Muhammad s.a.w penah datang untuk mendekatkan dirinya pada Allah s.a.w. nak sampai ke muka gua nih kena hiking sikit, boleh tahanlah cabaran dia tu walaupun tak berapa tinggi sebab cuaca memang panas... kacamata hitam rayban ku memang taidak merenggang langsung dengan kontak mataku. kat sini juga ada kesan yang dipercayai tapak kaki nabi..huhuhu susah aku nak pecaya sangat.. masa tu cuma kitaorang aje yang dtang ke situ. persekitaran situ sebenarnya tempat buanga sampah dan tulang belulang unta dan kambing... orang saudi memang pengotor.

Hiking di bawah panahan mentari apx: 40 degree
Katanya kesan tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w
Pecah peluh jugak panjat bukit nih, memang bukit batu 110% tak ada langsung pokok-pokok hijau tumbuh. lepas panjat bukit nih kami menuju pulak ke bukit uhud yang mana kat situ ada gua uhud. sebenarnya jarak antara spot-spot nih tak lah jauh mana pun.. cuma berpusing-pusing saja. dekat sini kami kena panjat lagi tapi agak berbaloi sebab gua dia cantik dan lebih besar berbanding dengan gua yang mula-mula tadi. di sini memang banyak orang arab yang kurang ajar tahap barua, mintak duit... memang macam haram jadah... (tak nak cerita)...
Kambing, kibas atau bebiri? konpius
panjat lagi sekali

View di muka gua uhud

Destinasi yang terakhir sekali menuju ke medan magnet, huhuhu memang pelik..setahu aku kat dunia nih medan magnet tepat cuma ada dekat kutub utara dengan selatan aje. sejak bila terberanak satu kat saudi nih pun aku kurang pasti.. tapi yang psti tarikan magnet dia boleh tahan... semasa menuju ke tempat tu, kelajuan coach yang kau naik berkurangan mendadak sedangkan enjin dah mengerang macam mendaki genting highlands.. tapi masih bergerak slow jugak...

centre magnet nih ade kat tengah-tengah pergunungan.. memang cantik tempat dia, especially sampai sini waktu dah nak maghrib (sunset), mervellous... golden horizon.. sungguh mengasyikkan kuasa Allah swt. otw balik driver mas matikan enjin bas.. and bas bergerak guna tenaga megnet... mehu mencecah 90km/hr jugak..dasat kan.

View at magneting centre field
Thinking of Al-mighthy
B/W
Life short play more and more again
Lebih kurang jam 7 malam sampai lah semula ke kota madinah, sapanjang perjalanan aku hanya terlelap kerna keletihan seharian berjalan-jalan.. selesai solat isyak di masjid kembali pulang ke accomodatian sambil menikmati makanan indon yang memang tak sedap langsung.. selesai dinner.. aku pegi menemani my parent buat tawaf kedai untuk yang terakhirnya dikota madinah ini sebelum berangkat menuju ke kota Makkah esok pagi.

View kat masjid selepas solat isyak


Masakan indon memang tak sedap.. tapi aku bantai 3-4 pinggan jugak

Jubah yang mak aku beli... boleh lah

Sememangnya aku letih yang teramat sangat, terkadang kurasakan seolah-olah aku tiada berkaki. hari kedua yang benar-benar meletihkan badanku. mudahan aku mendapat keampunan dan rahmat dari Nya

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH