Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, June 4, 2008

Penyucian Jiwa Part II

Saat-saat yang ditunggu telah pun tiba, tiada lagi keraguan dengan keputusan yang dibuat oleh hati dan perasaan kerna semuanya bakal beroleh rahmat dan hidayah daripada Penunjuk Jalan. Pertemuan telah diaturkan, aku sendiri dari kuala lumpur terus ke KLIA ditemani kakakku manakala parent ku dari kampung dengan rombongan cik Kiah dan cik leman nya. Best buddy ayahku juga tidak ketinggalan menurut serta dalam sesi penghantaran penyucian suci ini. ramai daripada jemaah-jemaah telah pun berada disini sejak awal lagi. ruang legar balai berlepas KLIA tidak ubah seperti medan pertembungan pelbagai budaya dan warna. dengan warga nepal, bangla dan pakistan yang bersila-sila dilantai seolah-olah berada dirumah sendiri sambil memakan roti capati... lalau disebelah sahaja aku sudah tidak tahan.. mengimbau kenangan warna pendatang kelas bawahan semasa ditimur tengah suatu waktu yang terdahulu.

Normal view at KLIA during early of umrah season

Penerbangan ku dijangka... tepat jam 3:30 petang, jam Tissot di pergelangan tanggan ku yang longgar masih menunjukkan waktu masih awal.. belum pun zohor lagi. masih terbaki 2 jam sebelum garuda besi terbang bebas diangkasa raya. mungkin masa sesingkat ini diluangkan bersama dengan rombongan cik kiah dan leman yang bersusah payah menghantar ke sini. mulut ibu dan bapaku tidak henti-henti mengucapkan jutaan kasihnya pada jiran tetangga dan hasil zuriat yang menemaninya hingga kesaat akhir ini... wah ayat.. aku pun tak paham.

Aku menggunakan kesempatan yang ada ini untuk memakan McD big mac favourite ku bersama dengana dik kesayangan ku. adik aku hentam McD jugak melayanglah jugak dekat RM50... KLIA memang mahal pun, hatta air minuman kosong RM5... tu dok kisah kat paper KLIA dok rugi, tak bermaknanya...

Sekitar jam 2:15, mungkin tahap kebosakan ku berada pada tahap yang amat tidak kusukai, situasi menyesakkan dan bising di departure hall... memaksa ku melepasi kaunter imigresen seawal yang mungkin. ketidak sabaranku untuk berada di bangunan satelite secepat yang mungkin menguasai perasaan tamakku. tak tahu kenapa aku tidak sukakan suasana yang ramai orang... yang hingar bingar.... sesak dengan pelbagai bau-bauan yang menyesakkan lubang hidungku..... apatah lagi bergaul dengan manusia yang tidak suka mandi ataupun suka mandi tetapi alergi pada produk yang bernama sabun.

Sejam ini aku habiskan berada di lounge ajer, menantikan saat untuk berada dalam perut garuda besi. nyatanya juga KLIA masih lagi sama, dengan pokok bunga dan hiasan dalaman yang semakin hari semakin membosankan... kenapakah ianya tidak seperti Changi airport yang sentiasa berubah wajah.... selamatlah aku tak travel hari-hari klu tak lagi bosanlah tengok KLIA hari-hari. Apa yang penting juga, ini merupakan pengalaman menaiki kapal terbang pertama buat parent ku. dan aku rasa amat bertuah kerna bersama-sama meraikan pengalaman pertama ini untuk satu tujuan dan harapan...




sekitar jam 3 petang aku mula melangkah masuk kedalam badan flight bersayap lepbar, pengalaman pertama ku bersama saudi arabia airlines dan pengalaman pertama menaiki boing 747-400 Jumbo... teruja itulah first impression aku... memuatkan hampir 800 orang dan boleh terbang melebihi 6000 km tanpa henti.. lagilah membuatkan aku teruja.... tapi keterujaan itu hilang apabila menerima senyuman selamat datang yang sememangnya tidak ikhlas daripada krew penerbangan pinoy (filipina) yang memang dari azali lagi aku tak suka.... dengan suara yang kasar mengarahkan passanger duduk diseat yang sepatutnya.... jerkah dan marah dengan nada yang kasar... kerana apa, kerana jemaah nih orang tua, jadi bolehlah nak kasar-kasar.. selamat yang kena marah tu bukan aku ataupun parent aku...kalau tak silap hari bulan steward yang kena buang kerja dengan tindakan aku, setakat nak kekwat denagn jadi pelayan bawahan wat ape?.. aku nih memang berhati jahat.... dah maklum dah..

Macammana pun layanan yang aku perolehi sepanajng menmpunyai pengalaman penerbangan ini tidak boleh menadingi krew malaysia airlinesyang kaya dengan senyuman, dan sopan santun. walaupun hakikatnya flight malaysia airlines menanti masa untuk terhempas ke bumi sahaja...

penerbangan ke Madinah akan mengambil masa hampir 8 jam dengan tambahan 1 jam kerana transit di Riyadh capital KSA. rancangan di personal monitor tak best pun, cerita yang tah hapa-hapa.

my first experience on board with Saudi Arabia Airines Boeing 747 jumbo jet




Kuala Lumpur to Madinah Via Riyadh ...so wide and huge..

Me in white baju melayu walking with other jemaah to Nabawi Mosque main enterance

Main enterance of Masjid Nabawi New Building

Hiltol Madinah Al Mukarramah : aku tak stay kat sini pun, tak mampu nak bayar la

The golden carving door at main enterance

Raudah sebenar merupakan suatu ruang diantara tiang-tiang asal yang terdapat didalam masjid lama, iaitu masjid asal. tempatnya benar-benar bersebelahan dengan makam Rasulullah S.A.W, dan kawasan ini ditandakan dengan permaidani bewarna hijau, berbeza dengan permaindani bewarna merah yang dihamparkan pada kawasan lain di dalam masjid. ruang ini dikatakan dan didasarkan dari hadis-hadis bahawa merupakan antara termapt yang paling mustajab untuk berdoa. tempatnya memang indah dan sentiasa berbau wangi dengan minyak atar.. suasananya yang dingin menjadikan mood untuk beribadat lebih hadir.. mungkin itu pandangan aku sendiri.

Asalnya semasa aku datang kesini tahun 2006 yang lalu, Raudad ini dibuka pada waktu yang tertentu sahaja dan kaum hawa tidak dibenarkan masuk kedalam nya..hanya sekadar melambai dari luar masjid sahaja. Mungkin kerana faktor terlampau ramai jemaah yang berebut-rebut masuk untuk mendapatkan doa yang mustajab disini dan keluhan dari kaum hawa mungkin , maka pada tahun lepas tak salah aku pihak pengurusan masjid telah membukanya 24 jam kepada kaum adam dan selepas subuh hingga waktu zohor untuk kaum hawa. namun runag hawa dan adam dipisahkanb dengan pemidang ditengah ruang raudah. itulah kuasa tuhan sebenarnya.

Walaupun begitu tempat ini sentiasa dipenuhi dengan para jemaah tidak kira waktu ataupun masa, berebut dan berlaga-laga badan merupakan perkara biasa disini. bukannya tidak ada peraturan untuk emngarahkan jemaah berataur, tetapi sukar untuk mengawal jemaah yang pelbagai bagsa dari pelbagai benua ini. Ini merupakan suatu perkara yang malang buat jemaah dari asa tenggara kerana bertubuh kecil dan kerdil dan lazimnya terhimpit dan mengajadi mengsa kerakusan umat yang mahu mendapat keredhaannya... terkadang aku sendiri pun tidak paham adakah begini caranya untuk mendapatkan kemapunannya dengan berebut dan menindas orang lain yang lemah. namun begitu ku bersyukur kerana sepanjang aku berada di kota yang bercahaya-haya ini boleh dikatakan setiap waktu solat aku dan ayahku diberikan kesempatan untuk bersolat, bertafakur, berdoa dan beriktikaf di ruangan yang penuh keberkatan, keampunan dan kemakhbulan ini..amin syukur

Prophet Muhammad S.A.W mausoleum


other angle access to mausoleum, raudhah at
the left side of main column (yellow mimbar)


Local Bus : Saudi Arabia Public Transportation Company (SAPTCO)

View at street hawkers alley after sunrise pray between

Hilton and Dar Al Taqwa Hotel Intercontinental Hotel


walking to masjid for Zohor pray

Infront of my accomodation

So hari pertama nih tidak banyak perkara yang dapat dilakukan cuma sekadar beribadat kepada yang maha kuasa, serta bertafakur dan berdoa dihadapan makam Rasullulah S.a.w.... suatu pengalaman yang jarang diperoleh oleh semua umat manusia, biarlah keberuntungan ini terus berada dan terus bersemadi didalam benak hati fikiranku.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH