Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, June 4, 2008

Penyucian Jiwa Part I


Inilah antara perkara yang terbaik dan terbesar sekali yang aku rasakan sepanjang tahun 2008 ini. sekali lagi aku diizinkan Nya untuk kembali ke tanah haram ini menziarah kesekian kalinya. namun segala pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam lubuk ingatan dan fikiran ku, kerna ku tidak menyembahnya bersendirian sperti dahalu bahkan kali ini keberuntungan kerana ibu dan bapaku bersama sekali.


mungkin segalanya ini tidak akan berlaku kalau aku tidak disound sendiri oleh abangku yang telah beratus-ratus kali membengkakkan telingaku dengan ngomelan nya yang mak memang dah teringin yang maha amat nak menjejakkan kaki ke sini, tapi abah yang tidak bersedia lagi. lagi pula nak pergi dua orang sahaja, tambahan pulak dua-dua dah berusia..lagilah tak berani.


memandangkan dalam famili tinggal aku dan adik aku jer yang belum berfamili n of course aku yang paling layak kerna adik ku kurang layak sedikit. so aku korbankan lah sedikit masa dan ruang untuk membimbing my mom n dad menzahirkan diri dan jiwa kepada maha pencipta zat.


Alhamdulillah cadangan yang ku ajukan amatlah disambut dengan tangan sebesar rumahku dikampung oleh kedua orang tua. tercapai jua impian nak menjejakkan kaki ke tanah suci akhirnya. perancangan terus dilakukan dari hari ke hari, desktop studi terus dilakukan tanpa melengah-lengah untuk mendapatkan umrah egent yang paling efficient and efektif, from point of view cost, quality and duration.... after several calling and investigation dan berkat dan keizikan dari diatas sana, akhirnya bertemu juga dengan jodohnya... tak mahal sangat pun dalam RM5k plus plus. bahkan accomodation dekat dengan masjid dan tempat yang sewaktu dengannya.


sepanjang menantikan detik saat keberangkatan tiba, masing-masing mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari dan diperkasakan untuk menghadirkan diri disana, parent ku dikampung dan aku disini dikota yang penuh dengan segala macam tipu dakyah dan noda manusia durjana. aku akui sememangnya sukar bagi diriku untuk benar-benar mendekatkan diri kepada Nya... aku terus dan terus mencuba....... bersolat, berpuasa, menjauhi diri dari tempat yang tidak sepatutnya ku kunjungi, bertahmid, berwirid, semuanya kucuba dengan iringan doa, harapan dan tawakal kepada yang maha penerima taubat hambanya.


Dek kerana terlalu excited dan gembira kerna akhirnya dapat juga berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah haram. parent aku buta makan-makan doa selamat untuk dijamu kepada orang kampung. kisahnya telah ku paparkan dalam blog yang lepas.... cuba lihat sendiri ya!.


No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH