Kalamullah

Kalamullah

Monday, June 9, 2008

Hiking of Mount Tebu, Besut, Terengganu

Trekking kali ini yang pertama dalam tahun ini aku join diluar lembah klang, bersama dengan dengan 50 freelance trekkers trip ni menyemarakkan lagi semangat masuk hutan yang semakin luput dan terkubur di puncak bukit tabur yang minggu berganti minggu menjadi port pertapaan aku aku.

Dan kerana Bukit tabur juga lah aku bertemu dengan jijah yang terus mengajak aku join trip budak luar nih. walaupun pada awalnya aku sediri cuak-cuak jugak takut aku piawai dan pancit dan tak mahu menyusahkan trekkers yang lain. lagi pulak dalam ramai-ramai tu cuma kenal jijah jer.. tu pun kenal gitu-gitu... dengan bayaran RM150 aku rasa cukup berbaloi dengan semua nya telah siap disediakan oleh Kak Lili dan kroni-kroni bersekutunya. Latihan stamina yang aku buat cuma berlari-lari anak disekitar taman permainan dekat dengan umah aku yang lazimnya menjadi port training anjing-anjing bontot tonggek and port melepaskan nafsu muda-mudi PATI.
7 Jun 08
Pertemuan telah diaturkan di stesen Putra Gombak.... persiapan aku hanyalah hiking bag dan 5 biji epal hijau dan biskut IKO fiber.... dengan mengenakan seluar beachpath bunga-bunga REEF dan t-shirt hitam SEED serta kasut CROC'S kuning kesayangan ku... aku menuju ke stesen putra lrt gombak sambil ditemani En. Zaidi. Berdasarkan email yang aku dapat, sepatutnya semua mesti berkumpul jam 9:00 malam. berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas, kalau program melayu je mesti tak on time. janji melayu.. paham-paham je lah. so tak payah lah nak bergegas-gegas kesana dulu. perjalanan melalui MRR sememangnya membuatkan mulut ku tidak henti menyumpah-nyumpah kerana designnya yang bodoh dan menyusahkan. sebab En. Zaidi antakan aku malam 2, kenalah aku belanja dia makan at nasi dagang ulik mayang .. huhuhu sedapnya .. aku sampai ke LRT Putra Gombak jam 10:30 malam dan bas kemi bertolak menuju ke Besut sekitar jam 11:30 malam selepas trekkers yang paling terakhir sampai.

Sepanjang perjalanan tiada apa yang hendak dibuat melainkan tido..kerna banyak tenaga yang akan diperah esok hari...


8 Jun 08
Bas sekolah yang dinaiki menghentikan ngauman enjin di tempat parking kereta Hutan Lipur Lata Belatan di daerah Besut sekitar jam jam 8:30 pagi. langkah ku disambut dengan bunyi-bunyian unggas hutan yang bernyayi riang seolah-olah meraikan satu pesta... pesta mendaki gunung. Persiapan dilakukan untuk memulakan langkah pertama.. diriku cukuplah dengan sekadar baju yang ala-ala menutup aurat ditukarkan kepada pakaian yang menutup aurat sikit-sikit (tank top "TOPMEN' & Reef beach short dilengan kananku Casio G-shock 50m water proof swatch dan di siku kiriku terikat kemas SANSA-G mp3 player... wah bergaya sakan.... itulah diriku.. dimana saja akan kupastikan ketrampilan sentiasa terkehadapan.


Sementara nak menantikan breakfast ready... shooting time... see below








Pemandangan hari minggu di Lata belatan, budak-budak dengan
pelampung ikan jaws readu untuk mandi manda
Budak nih menangis sebab mak dia tak ada duit nak beli pelampung itik


Aktiviti dimulakan dengan pembahagian ration, tahlah sepanjnag aku dok ikut outdoor activity nih lah kali pertama aku dengar work ration, pelik dan janggal.. boo layan semua tu. semua bahan bekalan sepanjang pendakian hari ini dan esok dibahagikan kepada setiap trekkers sorang sikit, berat sama dipikul ringan sama dijinjing... so ada 50 small portion mewakili 50 trekkers.. aku pick ration yang ringan jer..roti sandwich and kaya telur plus 1 tin lychee.





Pembahagian Ration




Jambatan gantung ke trek


Macam dekat...

Jam 10 pagi baru breakfast siap, aku rasa inilah kali pertama trekking yang palinglambat start, dah tenggahari baru nak brekfast, tak tahulah jam berapa baru nak menapak. pagi tu breakfast readymade disediakan oleh local citezen kat situ, nasi dagang dengan teh susu dan coffee, sememangnya makanan pagi tu sangat lazat dan menyelerakan, sampai aku tambah dua kali..tak tahulah kenapa mungkin kerna lapar sangat dan menikmati hidangan di tepian kali tempat gadis mandi manda, kira ada show free la pagi tu.

Breakfast Nasi Dagang dibawah rimbunan pepohon hutan..sedap gila

Muka-muka nak tambah 2 kali

Lagi view kat Hutan Lipur Belatan tempat breakfast

Ulat Gonggok Hutan (8" panjang)

Pokok Bulu-Bulu
Selepas kenyang, taklimat dan bacaan doa dilakukan untuk memohon keberkatan dan menjauhi dari kemalangan dan perkara yang tidak sihat. jam 11:30 pagi barulah langkah kepuncak dimulakan (lambat, lambat dan lambat lagi). pada mulanya aku berada dikelompok yang kedua bersama jijah dan sekutu sekroni... tapi lama-kelamaan tak tahu kenapa langkah ku semakin pantas..sedar-sedar aku dah ada kat depan sekali bersaing dengan guide. walaupun ramai yang aku tidak kenal kat situ, namun aku tebalkan hati dan muka untuk memulakan tutur kata pembuka bicara... mencari kawan dan teman yang baru.
peringkat pertama trekking dari lata belatan ke sungai Y, tiada ada yang menjugakan perasaan, kerana normal trek / play trek sahaja. kadang kala melalui denai mendaki yang tidak melebihi 30 darjah. namun ada juga trekkers yang sudah mula memperlahan dan menjarakkan masa antara satu sama lain. dikiri trek hutan dara memayungi pemandangan dipenuhi dengan pelbagai flora dan auna yang masih belum terusik. nyanyian umggas hutan mengiringi langkah trekkers. lebih kurang 30 minit berjalan sampai di sungai Y. disitu sudah ada sekumpulan trekkers apek nyonya tua anak beranak yang sudah bercamping disitu sejak kelmarin. kami berhenti membasahkan tekat disitu sementara menantikan trekkers yang tertinggal dibelakang sampai, disini juga merupakan water point yang paling terhampir dengan trek. air nya jernih dans sejuk tiada tanda yang menunjukkan ikan beranak pinak kat situ.

Crossing the Stream

melintasi pokok tumbang di Sungai Y
Perjalanan ke puncak diteruskan seterusnya ke Batu Mat Hasan, yang merupaan sheck point ke dua dan penanda pertengahan jalan ke puncak Gunung Tebu. suasana pada peringkat ini sudah mula berbeza, dengan tiupan angin yang mula berkurangan mewujudkan suasana yang panas dan terkepung dibawah bumbung hutan yang gelap dan kusam. denai laluan ada kalanya sempit dan dipenuhi dengan pohon resam yang bisa melukakan kaki jika tersilap langkah.

Take 5 at inclining slope

Kumpulan pertama sampai di Batu Mat Hasam jam 1:30 petang, disini team stop untuk solat zohor n makan tenggahari. makan tenggahari nasi lemak bungkus yang disediakan oleh makcik nasi dagang kat kaki gunung tadi. wlaupun tak berapa nak sedap tapi aku makan sampai licin. aku amik masa untuk seketika melelapkan mata.. sambil dihiburkan oleh nyanyian alam..

Lunch at Batu Mat Hasan

My Lunch Nasi Lemak with Raw Stream water

Bergurau Senda

Tea 'o' yang paling sedap

White & Green
Wild White Poison Mushroom

Jauh lagi nih!

Jam 2:30 petang penapakan diteruskan terus ke puncak gunung tebu, berdasarkan info jarak dari sini ke puncak berbaki 2 km. berdasarkan jangkaan ku dalam 2 jam lagi sampailah kesana. namun semuanya benar-benar menguji anggota kaki dan tangan kerana dari sini ke puncak lebih 70% trek adalah mencanak melebihi 60 darjah. so bayangkan lah sendiri.. sampai part merangkak-rangkak pun ada. jam 4:30 petang aku sampai di puncak.. (orang pertama) dikuti arip dan seterusnya....

the last 100m 70 degree inclining trek

At Last... aku first sampai


Huhuhu... aku lagi

dan aku lagi

dan seterusnya aku lagi

Brown, Blue, Green & White... A Hormony Blending

Wild Orchid

Wild Orchid

Lalang Gunung.... tajam ni


view heading to south of the peak

At Batu Jendela Dunia

Bonsai Garden

Jenjarum Hutan

Another Weird Flower at summit

Senduduk Hutan

Mark Stone behind our camp site

Camp Site

Water Point close to camp site

dan aku lagi

Refreshing time

Preparing for the dinner

Exactly before the sunset

Onion & Garlic mix with Pall Mall Flavour

Kabus suram mulai melanda suasana seram dan mistik menjelma

Pagi hari kedua, hujan mulai turun seawal jam 3 pagi. berterusan hingga jam 8:30 pagi. semua orang malas nak bangun. Tiada sunrise yang mengagumkan, yang ada hanyalah titisan hujan yang membasahi puncak gunung tebu. selepas hujan menghilangkan diri sang suria mulai menjelmakan diri, menampakkan seluruh alam dari utara ke selatan, timur ke barat 360 darjah. dari puncak bendera pas, boleh dilihat pekan kuala besut.. dari dari sayut-sayut kejauhan, terlihat pulau Lang, perhentian kecil, perhentian besar, redang dan tioman. besyukur sebab hujan malam tadi... dapat melihat keindahan alam ciptaan di atas sana.

Overall view of camp site

Pagi esoknya..... marvellous scenery

Bendera PAS Ku berkibar megah diangkasa...

Amazing Highland ( Redang Island at the top infront of maroon harizon)

Perhentian Besar & Perhentian Kecil Island

Just wake up... and late for sunrise

Berkibar dan terus berkibar

Wrong setting... but still great





Be loved yellow Croc's

Dunno How to read?

untuk makan pagi ada nasi goreng, kuey tiaw goreng, sandwich peanut dan juga kaya. memang aku respect pada team kak lili sebab sekses organize makanan untuk semua orang. bukan senang nak organize dalam situasi tak cukup equipment dan air nih. dan yang paling best.. trekkers lain pun sama-sama tolong jugak walaupun dok curi-curi makan. minum pagi ada air best teh 'o' campur lychee dan cincau.... best jugak bereksperimen macam nih.
Sandwich.... Peanut and Strawberry Flavour

Kuey Teow huhuhuhu sedap betul nih

Kuey Teaw goreng and nasi goreng

Ozone thickening activity

frying omelette

the 4 conqueror




















Spectacular Angle of Green

Silent Bonsai
Serious & Proud

Excited

Gila...


Perjalanan turun mengambil masa cuma 2jam 30minit untuk kumpulan pertama. mungkin kerana seudah kepenatan dan ketidak sabaran untuk kembali semula ke alam bertamadun, aku meneruskan langkahku tanpa memperdulikan rakan-rakan yang tertinggal di belakang. sory geng.. dah malas dah nih. sampai di bawah kami berhenti untuk mandi manda sambil menghilangkan kesan-kesan kotoran degil yang melekat dibadan 2 hari lepas.

Bermandi-manda...air jenih dan sejuk

Bersiap-siap nak balik

Return Back to Civilization Period
On the way balik ke KL, singgah sebentar kat kuala besut membeli keropok lekor... mmmm memang best makan terutama yang free.. aku beli 3 bungkus cukuplah untuk menjadi makanan rugiku selama seminggu yang akan datang.... dalam bas sesi memperkenalkan diri sorang-sorang dan diikuti dengans sesi berkaraoke sampai ke dinner di R&R Gua Musang.... aku membuaikan mimpi ajer sampai la ke KL Sentral...


Q panjang membeli keropok

Keropok Lekor Losong Ciplak, Memang sedap.... kena pulak ada teh 'O' perghhhh

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH