Kalamullah

Kalamullah

Monday, June 2, 2008

Doa Selamat

Hari nih mak aku suruh balik kampung, nak wat kenduri kesyukuran nak g umrah katanya. aku dari awal-awal lagi memang dah moody nak mampus. ye lah mana nak berdepan dengan orang kampung yang memang aku tak pernah bertegur sapa. lagi pulak nak berlakon-lakon mesra dengan orang ramai..terasa hipokrit la pulak rasanya.... ataupun bodoh sombong

apa-apa ajelah, nanti kalau tak balik dikata menderhaka pulak... kena balik jugak waluapun dengan hati yang terpaksa... saja nak melengah-lengahkan waktu agar aku ampai diKL waktu malam saje aku balik ikut jalan KL-Ipoh Via Tanjung Malim. so few snap on the way back... sunset kat Kuala Kubu Bahru Road and Old Train station singboard
So operasi nak wat kenduri bermula dengan acara menyebelih kambing, ayah aku nih yterlampau taksub sangat dengan sorang orang yang ala-ala alim kucing nih. dok bawak orang tua nih kehulu kehilir ke mana ajer ayah aku pegi... kira macam best buddy la kot... sampai nak sembelihkan kambing pun ayah aku mintak pak aji nih tolongkan, padahal ramai lagi orang lain yang boleh sembelih kat kampung aku tu.



Yang aku tak paham tu, nampak gaya macam pak aji yang alim lagi beragama tahu hukum hakam haram halal. mana yang boleh mana yang makrum dan mana yang terlarang. Boleh ka dia sembelih kambing pakai pisau tumpul, terdiam aku tengok kambing tu menjerit kesakitan, setahu aku tak penah aku tengok kambing menjerit sampai terkencing masa nak kena sembelih... tu lah pak aji, kalua tak tahu buat cara tak tahu, jangan nak buat-buat pandai.. sekarng pekung di dada dah terpecah... for sure lepas nih hilang respect aku kat pak aji.. padahal sebelum ni pun aku tak respect ko pun. selepas tu apa lagi, ayah aku mengomel lah kat orang tua tu, marah sebab seksa binatang dengan pisau tumpul....


Berbalik kepada kambing yang telah ditinggalkan oleh roh, maka mengelupurlah si jasad kerna tidak mengizinkan sang roh meninggalkan nya kerna masih belum meikmati kepuasan hidup dan persetubuhan. hahahah lawak. kulit kambing ni kena lapah.. bab-bab nak melapah nih akulah yang paling teror sekali. memang kalau ada kenduri lembu or kerbau memang tu lah kerja aku.



Jasad tergantung di pohon nangka tanpa roh yang memerhati dari gentayangan...
menanti saat untuk dikerat-kerat lalu digaul bersama bumbu kari daging




Kerja melapah dan menyiat kulit pun bermula...
bayangkan kalau ditempat kambing itu anda



Besar ni je daging yang dapat dari kamping 15KG


Tak banyak mana pun daging....


Kanopi baru sampai dari stor umah mantan
ketua kampung, tinggal nak install jer lagi


Installation in progress


Makcik-makcik menggoreng bihun untuk makan petang

Bila buat kenduri kat kampung nih memang meriah, bukan macam kenduri kat bandar-bandar, nak over jer lebih nak alas meja lawa lah, nak itu lah ini lah...balik-balik makan katering yang sediakan... baik tak payah kenduri kalau macam tu kan. semua orang kampung tak kira tua muda kecil besar semua datang tolong menolong bersama-sama walaupun ada yang datang tak pegang pisau ataupun bawang, juz duduk bergosip tenntang itu tentang ini.. biasalah kan kampung.
Mak aku kalau nak buat makan-makan memang dia suka masak banyak jenis lauk, untuk kenduri malam tu saje tak salah aku dekat 7 lauk jugak tu tak termasuk dengan desert and pencuci mulut. tengok la kat bawah ni
Meja Utama
  1. Kerabu taugeh + kerang + pucuk paku
  2. Ulam kampung : jantung pisang, pucuk paku, jering, ulam raja, pucuk gajus
  3. Sambal belacan + air asam
  4. ayam masak kurma
  5. Ikan temenung goreng rangup
  6. kari kaki ayam + kentang
  7. Nasi minyak
  8. Dalca terung
  9. masak kurma kambing dengan buah kundur



Meja pencuci mulut:

  1. bubur pulut hitam (favourite)
  2. Tembikai Tecso Cheras
  3. Pulut Kuning
  4. Ayam masak merah (Cicah pulut)
  5. Kuih Koci (ni pun favourite gak)
  6. Air sirap ros (yang ni bukan favourite aku)
Majlis malam tu bermula lepas solat isyak, pak aji yang ayah aku taksub sangat tu mengetuai majlis bacaan yasin dan tahlil. semuanya ok jer buat masa nih. habis jer bacaan yasin, hujan mela menampakkan dirinya mula renyai-renyai ajer. lepas tu mula menjadi lebat dan terus lebat... aku yang dengan berbaju melayu sepasang dengan adik beradik lelaki terpaksa berbasahan juga akhirnya... rambut aku semuanya abis....



Semasa majlis bacaan yasin, dalam pic ni memang nampak macam tak ramai guess, tapi ramai sebenarnya sebab ramai duduk kat luar and kat living hall.

Orang kampung yang tengah dok kelaparan,
tak peduli hujan ataupun petir tetap nak makan jugak


kaum hawa yang paling beruntung sekali malam tu siap makan kat dalam umah lagi. tak kena hujan langsung... kiranya plan nak makan rame-rame rosak langsung... tak boleh nak salahkan hujan betul tak, nanti di kata menderhaka pada hukum alam pulak. memang ramai jemputan yang datang, memang tak muat rumah langsung walaupun hakikatnya memang rumah ayah aku tu besar gila. kalau tak hujan aku tak tahu nak cakap macam mana. memang sekampung lah yang datang tu tak termasuk jemputan kampung sebelah.

keesokan harinya lepas semayang subuh semua orang sambung tido balik, malas nak bangun awal-awal lagipulak hari berkabus dan penat berkenduri malam tadi belum habis lagi. abang aku yang plan nak balik awal pun tak nampak batang hidung.. tengah berdengkur lagi kat bilik la kot... lepas semua orang balik aku lah yang kena habiskan basuh saki baki periuk dan kawah yang kat luar..sapa lagi yang nak buat..nasib-nasib



No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH