Kalamullah

Kalamullah

Thursday, June 26, 2008

Monolog Lagi

Aku tak paham betul lah, asyik-asyik makhluk tu saja yang nama dok naik terpampang disana sini. aku bukanlah mengharapkan apa-apa sangat pun cukuplah sekadar kesederhanaan dan keadilan yang sama rata. kalau semua peluang dan lubang-lubang di bagi dekat makhluk tu sorang saja, memang lah lama-lama dia makin bagus. tapi apa yang akan jadi kat makhluk lain yang macam aku nih.. makin dungu dan bodoh.. berdiri statik ataupun hanya sekadar berpusing 360 degree disebalik kerusi buruk nih.
dengan increment yang macam sial, memang tiada apa yang boleh dibanggakan dengan tempat yang aku setia selama ini, macam-macam peluang obesea yang aku reject... ALDAR, Kelly Eng, hadus semuanya aku tolak dengan harapan dan doa masih ada ruang yang lebih baik dalam hidup nih... entahlah increment yang kurang dari RM200... apa yang aku boleh buat, tak ada apa-apa kan... jagi bulanan dah lah kena tolak RM500 for next 12 month... nak makan apa aku.....

Monday, June 23, 2008

Penyucian Jiwa Part IV

Hari ini bermulalah, matlamat sebenar perjalanan sebenar ke tanah suci ini. tanah yang diharamkan oleh Allah apa yang dihalalkan di luar tanah haram ini. bunyinya sukar tetapi itulah hakikatnya.. keberadaan dibumi anbiya ini. pagi ini jemaah akan bertolak meninggalkan kota madinah ini dan terus menuju ke kota mekkah. menuju ke suatu destinasi bagi mendekati maha pencipta, maha penguasa langit dan bumi. berlilitkan kain ihram bewarna putih.. seolah-olah baru dilahirkan tanpa seurat warna dosa.. itulah opengharapan yang dibuakkan oleh hati dan minda.. mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t. luggage telah diturunkan seawal jam 8 pagi lagi dan dikumpulkan di lobi. tiada lagi yang boleh dilakukan ketika ini apatah lagi pergi bersoping.. hanya menantikan saat untuk melihat rumah Allah teragung dan tersuci..disegenap pelusuk alam maya.
.


























































































































































































































































































Tuesday, June 17, 2008

Rumah Ku

Alhamdulillah... setelah sekian lama bermimpi dan berangan-angan, akhirnya tercapai jua impianku untuk memiliki rumah sendiri. tingkat 12 menjadi saksi nyata berdiri teguhnya slab dipasak oleh tiang konkrit memayungi hingga ke tingkat 17. berlatarbelakangkan panorama bukit desa dan dikesayupan menara KL dan KLCC diperindahkan lagi dengan banjanran titiwangsa dari utara ke selatan menambahkan lagi kegirangan dihati.


walaupun secara sahnya aku masih belum boleh menduduki rumah itu lagi, namun hingga ke tika ini hampir 50% dinding rumah telah ke peindahkan dengan warna cat kesukaan ku. tidak perlulah aku bersusah payah mendapatkan khidmat nasihat pereka dalaman, cukuplah berdasarkan idea dn keratifan otakku sudah cukup membuatkan bibirku tidak henti-henti mengukirkan senyuman. perabut dan perkakasan rumah telah ku survey dan kini hanya menantikan saat untuk memebuat purchasing setelah bekalan utiliti disambungkan semula setelah first owner tidak membuat bayaran sejak tahun 2005 yang lalu.


walaupun aku terpaksa berhabis hampir RM20K+ untuk memastikan keberadaan ku di unit ini akan aku paksakan jua.. pelaburan untuk diriku dan juga masa depanku bersama dengan yang tersayang...
nih perancangan mende yang kena ada...







REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH