Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 6, 2008

Southern Thailand (Part II)



View from my room balcony
Hari kedua, selepas seharian melalui perjalanan yang meletihkan, aku bangun agak awal hari nih.. mungkin sebab dapat tidur dengan nyenyak malam tadi. maklumlah tido dalam air cond tambah pulak dengan katil king size tilam double spring pulak. perut aku sejak jam 5 pagi lagi dah berbunyi lapar.. nak makan apa?, yang masih berbaki dalam bilik aku cuma buah epal 4 biji, dah muak aku sejak atas bas semalam asyik mengadap buah yang sama aje. lepas mandi aku keluar mencari makan, nyatanya pekan patong masih lagi dibuai mimpi indah, jalan raya yang malam tadinya begitu sibuk, kini lenggang... seolah-olahnya kuala lumpur dimusim cuti perayaan tak ada apa-apa yang menarik hanya bunyi deruan ombak membelasah pantai sahaja yang membuatkan aku terus mempercepatkan langkah. untuk sampai ke Patong beach ni kena melalui JUNG CEYLON MALL, shopping mall yang terekslusif di pulau ini dan bersebelahan dengan GRAND MILLINIUM HOTEL & RESORT, 5 star rating hotel n resort yang terbesar disini.

Infront of Jung Ceylon Mall


sekali lagi aku kena melalui bangla road, memang sunyi sepi berbeza dengan situsi malam tadi. macam batu lepas kena ombak besar yang ada cuma alam flora punya workers and burung gagak hitam dengah makan daging babi busuk di tong sampah. Aku benar-benar teruja dengan keindahan dan kedamaian pantai Patong. Yelah walaupun malam tadi aku melalui tempat yang sama, tapi diwaktu malam apa yang boleh aku nampak, melainkan gelap sahaja. pantainya putih bersih, air yang jernih laut seluas mata memandang..... memang cantik..kalah pantai cenang di langkawi... dan yang paling berbeza adalah hampir 95% pengunjung disitu semuanya mat salih.. yang hanya berbikini, two piece or one piece, yang tanpa seurat benang pun ramai jugak... hehehe bercuci mata lah aku + dosa. patutlah phuket digelarkan hawaii asia... inilah rupanya hawaii.


Hot day at Patong Beach


ramai yang berjemur dibawah terik panas sang mentari, ikutkan hati memang aku nak join berjemur sekali tapi memikirkan perut aku yang masih bernyanyi lapar dari malam tadi, ada baiknya aku mencari makanan dulu, alhamdulliah akhirnya di hujung pantai yang tak beberapa ramai orang, dekat dengan HOLIDAY INN PHUKET aku terjumpa food stall makanan yang memang 100% halal terjamin, ayam panggang yang dijual oleh muslim phuket.. makan dengan pulut tanak, memang sedap gila sampai aku tambah 2 kali... mahu tak sedap makan sambil menikmati pemandangan minah salih terlanjang sambil berlari-lari anak ditepi pantai....



Another one great spot



Enjoying a Halal meal


lepas makan aku jalan-jalan main air kat tepi pantai sambil berbual-bual dengan sorang minah salih poland nih.... berbikini, aku pakai beach pants je, baju tadak. minah salih nih suggest aku pegi joint evening island tour tak pun snorkeling tour kat pulau-pulau kat area phuket nih... lagipun tak mahal, RM70.00 je.. aku register untuk petang tu jugak.... aku lepak2 dengan minah nih sampai aku terlentuk dibawah payung walls (huhuhuhu western tul), sambil ditiup bayu sepoi-sepoi bahasa laut andaman beserta air kelapa muda yang ada bunga orkid n straw payung kecil. yummy...


Petang tu tepat jam 1:30 petang bas Simon evening tour pickup aku dekat depan Main bazar patong beach menuju ke Phang Nga bay dengan bas untuk ke pulau james bond and lain-lain pulau dekat area situ. seingat aku dalam bas kapasiti 40 orang tu cuma aku je tourist asia, yang lain semua mat salih... cuak jugak aku mulanya, tapi selamat diaorang sporting and friendly..ada la jugak teman untuk aku bersembang. aku ingat tempat yang bas tujui nih dekat, jauh jugak rupanya sebab aku siap tertido sampai berdengkur lagi nak sampai ke situ, destinasi pertama monkey cave.. tak ada apa yang best pun dekat sini, cuma ada banyak monyet yang bersuka ria meloncat2 atas patong buddha, tak interesting pun. for foreigner memang last best. aku yang kat kampung habis kebun bapak aku kena belasah dengan monyet, tak ada apa nak proud dengan monyet ni pun..



Enterance to Monkey Cave (Sleeping Buddha)


habis tengok2 kat sini trip disambung ke phangga bay.. nak pegi ke pulau nih, kena naik perahu panjang, perahu macam yang diguna di sungai sarawak. takut-takut jugak masa nak naik nih, mana tau kot-kot terbalik, aku bukannya pandai berenang sangat. sorang-sorang pulak 2.... jadi apa-apa mampus aku. tapi tengok gayanya dengan life jacket yang dia bagi, memang safe and secured je.



On teh journey to the island


dalam bot aku duduk dekat belakang sekali dihadapan driver, memang telinga aku pekak tak dengar apa-apa sebab bunyi enjin kuat sangat. semua visitors bukak baju sebab takut basah kena percikan air, mata aku yang mengantuk hilang langung bila kena kesejukan air laut andaman, masin dia macam laut biasa je la. nak ke pulau nih kena melalui muara sungai yang dikiri dan kanan dipenuhi dengan paya bakau dan hutan nipah, memang ada banyak nelayan yang tengah dok menjaring ikan dan memukat ketam. bot berenti kejap untuk bagi peluang kat mat salih yang tek penah tengok orang tangkap ikan buat snap shot. lanskap kat sini memang cun, kira kanan sungai penuh dengan lime stone clift, nih kalau wat rock climbing mesti posh.

Great place for real rock climbing

huhuhu berdenyut-denyut urat tangan dan kaki aku excited nak panjat-panjat balik nih. lebih kurang 10 minit memudiki muara sungai yang air macam teh susu makik tea lady opis aku, sampai lah bot ke laut lepas.. ombak dan badai besar dah mula menghentam dikiri dan kanan bot. bot goyang-goyang hehehe masa nih mula lah ada perasaan menyesal dalam hati sebab ikut trip nih.... first destination pegi floating village, kampung nelayan tradisi orang siam, kat sini rata-ratanya semua islam siam, bekerja sebagai nelayan and menternak ikan dalam sangkar, sini seingat aku ada lebih dari 10 buah floating sea food restaurant yang besar... ada banyak craft shop yang jual macam-macam menda, pearl, sea shell, shirt, immitance product..macam-macam lagi. mana mampu nak beli pearl yang mahal-mahal. aku cuma beli patung gajah kayu RM20.00 untuk dua ekor.... (aku memang minat kumpul-kumpul kraft kayu nih).

.. satu lagi yang aku suka kat sini, penduduk dia very-very the friendly, muka dah macam orang melayu kita. yang anak dura tu, hui mak meleleh air liur tengok. yang jantan-jantan badan semua muscle2 maklumlah takde makan lemak-lemak, semua yang protein jer. lebih kurang dalam 45 minit spend masa kat situ, bot pun mula blah pegi ke tempat lain pulak. next destination sea clift cave, tak de ape pun yang best cuma perahu melalui cave bawah lime stone island... tu jer. tapi pada aku, kalau lah kat malaysia ade package macam ni, kan best. lagipun malaysia memang ada tempat macam ni. tapi takde orang nak run jer. kalau ada pun mahal nak mampus. sapa nak ikut kannn. hopefully lepas ni ada lah orang yang runkan tempat-tempat yang ada kat malaysia ni.

lepas go thru sea cave nih, dekat belakang island nih ade tempat untuk sea canoe and floating hotel yang dirunkan atas barge lama yang dimodified jadi hotel. aku tengok bayak tourist mat salih je yang ada kat situ. agak-agak mungkin lebih dari 5000 bath cost untuk package stay kat situ kot. maybe next trip aku boleh try stay kat sini. kat sini air laut memang jernih sampai dapat nampak terumbu karang and ikan-ukan yang berenang dalam air, good spot for snorkeling n scuba maybe. khusyuk tengok ikan bewarna-warni berenang-renang macam movie finding nemo la pulak.


Sea Floating Hotel

Last but not least, James Bond island. Actually pulau ni bukan nama dia macam 2. nama siam dia aku tak ingat. tapi dapat nama james bond nih sebab dulu ada penggambaran filem james bond buat kat sini. aku tak ingat filem james bond yang mana. pulau ni tak leh cantikl atau terlampau menakjubkan cuma ada pulau tunggul kat depan lagun besar, 2 saje sebenarnya yang membuatkan dia nampak cantik. pantai dia tak sesuai untuk mandi sebab banyak batu tajam n terumbu karang yang pecah. mau luka-luka kaki kalau mandi tak pakai snorkelig shoes. nak masuk ke pulau nih kena bayar Bath 200. fee taman laut.. cumpulsory for non-thai tourist. kat sini beberapa souvenir and food stall yang memang mahal lebih kurang 5 star hotel. menjelang maghrib barulah dipanggil kembali pulang ke tanah besar

James Bond Island

Single clift island


Lepas penat memanjat apa yang patut kan pulau nih, rasa penat pun mula dah rasa kat sendi-sendi maksudnya time balik ke tanah besar pun dah sampai. feeling yang lain aku rasa sebab dapat tengok sunset dari tengah laut, berlatar balakangkan pulau-pulau batu kapur, warna jingga emas menguasai pemandangan apatah lagi dibiaskan oleh puing-puing ombak laut.
Sunset
.. huhuhu ayat aku. dalam bas perjalanan balik ke pantai patong aku tidur je, mungkin sebab keletihan sangat kot. sedar-sedar jam 9 malam dah sampai ke depan tempat aku dipick up tadi, melaui kembali bangla road yang kembali sibuk dengan aktiviti malamnya.
sempat lah aku singgah sebentar menikmati macchiato coffe kat starbuck jung ceylon mall sambil menonton water show. tepat 11 malam aku sampai ke accomodation. time untuk merehatkan dan memanjakan diri dalam bilik tidur.
..... end part II

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH