Hari kedua disini aku bangun seawal jam 6:30 pagi sebab bas sampai dalam jam 7:30 pagi untuk terus ke Halong Bay di Timur laut, Vietnam. ikutkan hati nak je aku ikut trekking trip ke Sapo, northern vietnam.. tengok tribal community life, tapi trip tu 3 hari, naik nite train ke sapo. check punya check jumpa one day trip ke halong bay.. boleh la.
breakfast aku makan banyak-banyak sampai nak termuntah. pisang kelat bakar dengan roti kus-kus bakar, fry golden egg and omellete sekali dengan kopi pahit tanpa gula... menjadi mat salih untuk seketika waktu kerna semua oriental food lain tak boleh diterima agama ku. 
sepatutnya bas yang dijanjikan pickup jam 730 pagi. kesudahnya jam 9 pagi baru sampai. sementara nak tunggu jam 9 pagi. nilah yang aku buat ...snap dan snap dan snap lagi.. sampai bateri abis.
sepatutnya bas yang dijanjikan pickup jam 730 pagi. kesudahnya jam 9 pagi baru sampai. sementara nak tunggu jam 9 pagi. nilah yang aku buat ...snap dan snap dan snap lagi.. sampai bateri abis.
Masih ada lagikah seperti ini di tanah airku...
Perjalanan pagi dimulakan dengan menaiki coach bas semacam bas mini kat kolumpo dulu, duduk berhimpit-himpit... ada mat salih, china, canadian, poland, ausie dan tidak dilupakan melayu. aku mengambil tempat dihadapan sekali bersebelahan dengan driver.perjalanan ke Halong mengambil masa lebih kurang 4 jam. awal perjalanan sememangnya menyeronokkan berbual dengan vietnamese yang berstatus PR Canada sambil menghayati keindahan landskap tradisional dikiri dan kanan jalan. tapi lama kelamaan, menjadi bosan dan akhirnya aku terlentuk tidur dalam kebisingan bas mengerang memaksa diri terus maju kehadapan. seolah-olah dibuai mimpi diatas tilam yang empuk.
tidurku digangu akhirnya pabila bas berhenti di pusat kraf (aku tak ingat nama tempat dia), kat sini merupakan pusat sehenti kraf Hanoi, ada ukiran lime stone baju sutera, pasu-pasu dan mcam-macam ah. banyak sangat kalau nak explain kat sini, datang la tengok sendiri..harga tak usah nak cakap, murah tapi lagi murah katy tepi jalan di hanoi... but good experience for me la kan. we spend only 30 minutes, aku tak beli apa-apa pun. dari kraft centre ke halong town dah tak jauh dah lebih kurang 1 jam sahaja lagi. dikiri kanan jalan people jual sweet pineapple tetiba aku rasa macam berada kat alam fantasi dingeng mulan, kat kiri jalan ada banjanran gunung yang ditumbuhi penuh dengan pepohon spesis pine yang hanya wujud kat gunung-gunung salji ajer... huhuhu over feeling la pulak!
malaysia tengok nih, mau makan hati detail and kemas gila...
lebih kurang jam 1 petang bas melewati pekan pesisir pantai Halong, mungkin kerana terlalu lewat sampai daripada jadual yang sepatutnya, kami satu bas terpaksa rushing naik ke atas bot yang sedia untuk bergerak. aku bernasib baik kerana satu bot dengan mamat vietnamese murtad canandian PR. sekurang-kurang ada jugak kawan nak berborak nanti.
aku mengambil tempat di roof top, bukannya kerna tak mahu menikmati kerusi empuk didalm cruise nih tapi sebab nak menikmati keindahan kepulauan batu kapur disamping menghirup udara nyaman halong bay... tak boleh dapat kat malaysia nih. menurut our tourist guide trip nih akan mengambil masa hampir 5 jam dan akan berakhir lewat senja nanti. dan aku mula menghitung waktu adakah aku sempat untuk sampai ke Hanoi malam ini juga kerna aku harus terbang kembali esok pagi. agin lembut laut mula bertiup melawani pergerakan buritan cruise, rambut mo-hawk ku yang tak beberapa mengaji itu semakin tak menjadi pabila tiup badai laut yang tak menjadi. ahh persetan kan itu semua, semuanya tetap tidak merosakkan mood aku untuk terus bersatu bersama dengan alam yang indah dan damai ini..
tapi naik yang lebih besar rupanya...
kalah jugak at last..power horse dia besar..mana boleh challenge
Halong Bay ni sebenarnya merupakan gugusan kepululaun batu kapur yang terbetuk akibat daripada pergerakan plat-plat gunung berapi dasar laut beribu-ribu tahun yang lalu. membentuk ratusan pulau kecil membanjiri teluk halong. Halong sebenar nya bermaksud Ha: Naga, Long: declination (camner maksud melayu dia ha?) HA+LONG jadi naga yang menjunam.. sebab bentuk pulau-pulau kat sini tersusun seolah-olah macam belakang badan naga.. dongeng purbakala lah kot..entah.. tak tau nak komen camner dah... tak kiah lah naga ke buaya tapi tempat nih betul-cantik... lebih catik dari krabi lagi.. dah pernah dicalonkan sebagai slah satu contestant untuk 7 wonders of new worls..tapi kalah... perut bot treus membelah laut yang menghijau kadangkala menampakkan ikan-ikan yang berenang-renang. dari kajauhan ternampak pulau-pulau yang melingkari gugusan kepulauan batu kapur halong, tempat yang akan ditujui... bot melalui diatara jurang sempait antara pulau-pulau menampakkan rupa sebenar pulau nih..ditumbuhi dengan alga hijau dan pohin bonsai yang aku rasakan telah hidup berisu-ribu tahun dahulu lagi, dan pasti telah menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan empayar US disini.
Sepanjang perjalanan pulang aku hanya tidur, tidak tahu lagi nak buta apa kerana terlalu letih ditambah pula mendapat seat paling terkebelakang di dalam inovan. hinggakan aku bisa melunjurkan kaki ku kemas... sampai di Hanoi aku saja jer, turun kat ujung tasik, padahal memang jauh lagi nak menapak balik ke accomodation aku tu. mau dekat satu jam menapak. tapi kot-kot dalam jalan kaki nak balik boleh berenti singgah kat mana-mana ker tengok apa-apa yang berkenan. malam ni malam minggu, memang meriah gila, macam malam pesta muda mudi, motosikal n basikal semua diikat reben colurful, macam ala zaman nordin ahmad. yang laki stylo gila ngan suit n tie, ang pompuan dengan gaun-gaun memang apek kong si kong cite kopitiam cina.
Aku lepak kat situ sampai lebih kurang jam 10 malam, macam orang bodoh pun ada jugak aku rasa... kat bawah ada nite market. aku soping few thing kat situ abis la jugak dalam USD 20.... abis balik tido, coz sok pagi nak checkout
No comments:
Post a Comment