Kalamullah

Kalamullah

Thursday, May 15, 2008

Hanoi Trip Part II


sori lama x sambung, beze dengan kerja..

hijau kan ... taksub nih

Nok Bai International Airport 8:00 am


akhirnya pesawat yang aku naik mendarat jugak kat Nok Bai airport Hanoi, suasana ketika itu berkabus tebal, gayanya macam baru lepas hujan.. pasti sejuk diluarsana jangkaan aku lah. dan yang pasti mengimbau kenangan ku pada tanah gersang doha di musim sejuk... rindu... ok tak nak buang masa aku terus check out dan dipasport aku tercop 30 days free entry.. lebih dari cukup masa yang aku perlukan untuk mengeksplorasi tempat nih.


airport dia kecil jer, lebih kurang airport kuantan... hanya ada satu restoran kat tingkat atas. itupun makanan jepun dan few souvenir shop.... lepas habis amik aku luggage aku terus keluar dari terminal, memang tak salah aku bawak jaket sebab memang sejuk macam cameron highland, waktu sekitar 8:30 pagi, kalau malam lagi sejuklah kan. dari airport untuk ke pusat bandar hanoi aku naik bas cost USD 2 murah. tapi coach bus ni bergerak bila dah penuh jer, so selagi tak penuh memang tak akan bergerak.. sementara nak tunggu bas bergerak, aku wat snap shot dulu, rata-rata kaum lelaki kat sini berpakaian kemas.. blazer and overal suit merupakan pakain rasmi... mungkin sebab cuaca dan pengaruh fesyen dari negara jiran CHINA... konon stylo lah.. walaupun memakai kot, topi mengkuang todak pernah dilupakan mana-mana sahaja pasti akan nampak oarang pakai topi nih, seingat akau kat kampung aku pun ada topi nih tapi dah jadi tempat ayam mengeramkan telur kot. Polis-polis kat sini pakai baju macam kadet remaja sekolah kat malaya, hijau katak pisang..but still cute.. tapi janagn risau walaupun vietnam bekas negara komunis tapi oarng-orang dia firndly, ni kira komunis yang baik dan peramah ( ada ka cam tu?) Distance dari airport ke pusat bandar dalam 40 kilometer jer, tapi perjalanan aku menjangkau 1 jam sebab ada kerja pembinaan jalan bertol Taisei and sesi lembu-lembu melintas lebuhraya (HAAA?).. mesti frustated kalau tengok highway dia, dah la kena bayar tol lepas tu kena bersaing dengan lembu-lembu untuk mendapatkan fast lane.... klaka lah. view sepanjang perjalanan nak ke city centre ni memang best kiri kanan sawah padi, dengan orang sedang membajak sawah, memang susah nak jumpa mesim padi ataupun jentera moden kat sini. semuanya masih dibuat secara tradisional, kerbau lah yang menjadi mangsa untuk membajak sawah. selepas melintasi jambatan besi sungai merah ( canggih jambatan nih, dua tingkat, all stell structure) masuklah ke daerah bandar hanoi, lebih bayak motosikal dari basikal dan lebih sedikit kereta dari kerbau, itulah situasi yang aku boleh gambarkan mengenai keadaan traffik disini. motosikal memonopoli jalanan, teksi memang payah nak jumpa. pusing-pusing akhir sampai jugak kat last station. stesen bus agen ni kat depan vietnam airlines office. excited dikiri dan kanan jalan penuh dengan macam-macam kedai jual art and craft, takpe petang-petang sikit boleh buat. sekarang nih kena check in bilik dulu. base on download map yang aku ada, hostel tu sepatutnya ada kat sekitar ni aje. betul-betul satu jalan degan catholic church... memang betul pun... cuak jugak mula2 aku nak masuk sebab semua mat salih yang ada kat situ, but lepas check kat kaunter memang nama aku ada kat situ, tak salah lagi lah... aku duduk kat mix dorm sekali ngan wanita-wanita omputih.. say hi sket-sket berbual mesra then aku kuar untuk memulakan aktiviti bersuka ria aku. nih few view accomodation aku...


memandangkan aku duduk kat tengah-tengah tourist spot, makanya tak perlulah aku bersusuah payah nak keluar mendapatkan public transport. sebab semuanya dalam walking distance ajer. main attraction spot kat sini sebenarnya berada disekeliling tasik ho kian, yang betul2 kat tengah pekan old town nih. nak apa semuanya ada disini.. dari sutera vietnam termahal, massage parlour terbaik hinggalah kepada steak ular senduk.... semua ada yang penting siapkan duit ajer. hari ini aku ingat nak pegi jalan-jalan saja, kalau ada benda yang berkenan dihati baru aku rembat... selamat lah aku nih bukan jebis yang kuat soping, kalau tak mau beranak pinak beg aku.... semua barang-barang yang ada kat sini memang murah, jauh beza dengan harga di malaya.... ya lah mana ada duti and cukai import kan. quality tip-top siap boleh nego price lagi.


jual penyapu pun boleh kaya!

local art gallery

ibu sedang menasihati anak supaya sentiasa mengukiti segala perintah agama

dimana-mana pasti jaket tak pernah ditinggalkan..sejuk gila


aku tak ingat apa nama tugu nih.. tapi seingat aku tempat nih kat depan tasik mengadap bangunan parlimen

view Ho Kiem Lake

View Ho Kiem Lake


multi storey luxurious condominium

one of the great ho kiem lake view

sama kan.. :p


craft stall behind red bridge..ho kian lake


another angle of red bridge



First day lunch... manggo

another great snap spot

tempe or grave yard??

waiting for sunset

proud to be malaysia

Catholic cathederal churge main sign to the hostel.. really old building

patriotism??



british colonial style government building

saje snap



base on local people yang aku borak-borak kat sini sekarang musim panas, so tak bayak lah bunga-bunga yang berkembangan kat sini. tapi kalau musin bunga kawasan sini semuanya bewarna-warni..


another one fantastic view

wanna try until u drop... cobra wine good for blood circulation,
longetivity and sexual adjustment (only for men) USD 2 per bottle


religous building behind the accomodation


lacquer wood craft..damp cheap USD 2

the one and only modern bistro in the heart of old hanoi town

another one Air Asia neon billboard

door to door fresh flower delivery services


Bagi memenuhi masa terluang malam nih, nak g clubbing macam tak best jer memandangkan hanya ada satu famous club kat sini. jauh la jugak, dan ramalanku memang akan jadi macam tin sardin mackeral. lagipun benda yang aku nak buat ni pun dah lama aku inginkan, nak g tengok water puppet show... kebetulan tempat water puppet nih just walking distance from my accomodation. show start dalam jam 8:30 malam. jalan kaki dari bilik ke situ pun dah menggeletar dah sebab sejuk sangat. tak rasa seperti berada kat asia pun.. tak ada apa-apa yang menarik sangat mengenai teater nih, cuma tengok patung kayu menari-nari didalam air 2 jer and most of the story berkisarkan cara hidup oarang viet yang suka bercucuk tanam, nelayan, penggembala lembu. show dalam 2 jam ... boleh lah bagi 1.5 bintang. yer cukup.... below few pic about the show

the stage

the singer and the orchest

the show begin




yang mengerakkan puppet

habis show dalam jam 10:30 malam, nak balik ke bilik masih awal lagi, masih banyak tempat yang belum dijelajahi..nak tidu rugi kerana bukan selalu boleh datang ke tempat ni. dah namanya back packers..ikut je mana arah kaki melangkah... memang ramai orang kat bandar nih especially berhampiran dengan tasik, mungkin tasik nih merupakan nadi bagi bandar yang sedang membangun. ditengah tasik nih ada 2 pulau satu pulau besar dan lagi satu lagi kecil sedikit. yang besar ada kuil yang boleh dilawati dengan melalui red bridge lagi satu ada tortoise temple yang hanya boleh dipandang dari jauh sahaja. disini memang bebas.. tidak ada jawi, jaip malah jabatan agama sekali pun nak buat..buat lah sahaja dimana-mana pun tiada sapa nak larang ataupun nak menghalang. malah waktu aku jalan-jalan kat sekitar tasik tu pun couple2 dok bercium dan melepaskan nafsu serakah masing-msing tanpa segan silu, yang straight yang bengkok.. free show... but defenatly not my taste.

satu lagi yang aku suka kat sini boleh dapat banyak buku-buku novel form famous mat salih writer dengan harga yang ter sangat-sangatlah murah, memang lah bukan yang original tapi klu dah USD10 untuk 10 buku camner 2. yang penting dapat paham intipati cerita yang sama 100% original.

aku suka dekat satu lorong yang aku lalui nih, semua kedai jual lampu kertas..sampai sekrang aku menyesal sebab tak beli sebab masa aku check kat ikea bentuk and produk yang sama, harga dia RM200+, padahal kat hanoi baru USD5. nyesal kan..kesian rumah aku kurang serinya..








sebelum balik ke bilik masih lagi dalam mood nak bersiar-siar nak menikmati pemandangan malam, padahal pada watu tu semua kedai-kedai dah pun tutup... yang tinggal cuma few bistro dan cafe jer... sebenarnya aku seronok berjalan dalam cuaca yang sejuk and berembun nih, hilang langsung rasa mengantuk kat mata aku nih. takpe g pekeka hot chocolate dulu... minum secawan jer tapi melepak sampai 2 jam dari jam 11:30 sampai 1:30 pagi. risau jugak aku sebab pagi esok aku ada trip yang lebih mencabar dan lebih menyeronokkan lagi....


nice rite?

view from the cafe table
Extra delicacious local hot chocolate
Hanoi opera house

grizzy couple statue

???

2:00 am tido.. cont part III

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH