Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, May 14, 2008

bonus, perhentian dan trainee

Huhuhu.... macam nak menangis jer aku tengok letter of performance ari ni, sikit giler bonus yang aku dapat naik sikit dari tahun lepas... rosak lah wish list aku tahun nih... silap2 nak bayar muka rumah pun tak lepas.... hai entah lah nak kata tak buat keja macam-macam dah aku buat.. bukannya nak berkira sangat pun cuma harapkan sedikit credit dan penghargaan dari orang yang berada ditingkat atas. tak puas hati pun nak buat macam mana, mengomel dengan membuat surat ugutan dan komentar, adalah orang teratas akan melayan semua ini. menccurah air ke tanah hasilnya.... redha sajalah dengan nilai performance yang aku dapat walau pada hakikatnya lebih daripada itu ( berdasarkan perkiraan aku base on current bonus formula) hnsssss.....

tapi takpelah mungkin ada hikmah disebalik semua nih, sabar dan tunggu dan lihat.... mungkin ada sesuatu yang akan tertunjuk nanti... minggu ni aku plan nak balik kampung lagi, sebabnya minggu lepas tak jadi balik. niat dihati nak pegi ke Pulau Pangkor, rindu sesangat dengan pulau nih, dah hampir 48 purnama aku tak sampai ke situ.... mesti dah banyak yang berubah wajah.. mungkin aku pegi hari ahad pagi, pegi naik moto jer.. day trip kamera n tripod takkan ditinggalkan... harap-harap menjadilah... isnin cuti hari wesak dapatlah rehat sekejap sebelum balik ke KL semula. apapun hari sabtu nih aku mesti kena siap plaster dinding kolam pokok lotus mak aku kalau tak, tak jalan la projek pangkor nih....

nih mood aku tengah dok excited sikit pasal 8-10 June depan nak g pulau perhentian kecil, g ngan click aku la, hahahaha lama rasanya tak g berjemur macam mat salih... kene pulak kat pulau-pulau memang best..teruja nih.... untuk accomodation click aku buat reservation dah, tinggal job aku untuk beli bas ke kuala besut jer... kena beli cepat-cepat nih, maklumlah mase tu cuti sekolah kalau lambat pegi beli mau tak sampai ke pulau tu nanti...








nih satu lagi, ade lah job baru nak kena submit ari jumaat ni gak... tebal jugak la doc yang aku nak kena prepare nih, cik din dah la tak dak g ke Papua New Guinea. makanya secara sukarela akulah yang kena membantu menyiapkan tender nih, klu ikutkan memang kana bawak balik umah baru dapat siapkan doc nih.. tapi selamat ada sorang budak trainee baru kat department nih, tak buat apa-apa pun aku tengok, surfing tenet jer.. sebelum orang lain mempergunakan dia, better aku yang rembat dulu..hahahaha at the end dia la yang kena menai balik separuh doc nih... tak pe sekurang-kurangnya ada jugak benda yang dia boleh tulis dalam buku log LI dia nanti. tak la datang practical untuk surfing n wat bodo jer.. and the great thing keja aku dapat disubmit on time, and boleh g pangkor dengan senang hati.....

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH