Kalamullah

Kalamullah

Thursday, May 29, 2008

Hanoi Trip Part III

Hari kedua disini aku bangun seawal jam 6:30 pagi sebab bas sampai dalam jam 7:30 pagi untuk terus ke Halong Bay di Timur laut, Vietnam. ikutkan hati nak je aku ikut trekking trip ke Sapo, northern vietnam.. tengok tribal community life, tapi trip tu 3 hari, naik nite train ke sapo. check punya check jumpa one day trip ke halong bay.. boleh la.

breakfast aku makan banyak-banyak sampai nak termuntah. pisang kelat bakar dengan roti kus-kus bakar, fry golden egg and omellete sekali dengan kopi pahit tanpa gula... menjadi mat salih untuk seketika waktu kerna semua oriental food lain tak boleh diterima agama ku.
sepatutnya bas yang dijanjikan pickup jam 730 pagi. kesudahnya jam 9 pagi baru sampai. sementara nak tunggu jam 9 pagi. nilah yang aku buat ...snap dan snap dan snap lagi.. sampai bateri abis.

Gadis menjual bunga-bungaan segar di pagi hari yang bening lagi menyejukkan


Masih ada lagikah seperti ini di tanah airku...

Perjalanan pagi dimulakan dengan menaiki coach bas semacam bas mini kat kolumpo dulu, duduk berhimpit-himpit... ada mat salih, china, canadian, poland, ausie dan tidak dilupakan melayu. aku mengambil tempat dihadapan sekali bersebelahan dengan driver.perjalanan ke Halong mengambil masa lebih kurang 4 jam. awal perjalanan sememangnya menyeronokkan berbual dengan vietnamese yang berstatus PR Canada sambil menghayati keindahan landskap tradisional dikiri dan kanan jalan. tapi lama kelamaan, menjadi bosan dan akhirnya aku terlentuk tidur dalam kebisingan bas mengerang memaksa diri terus maju kehadapan. seolah-olah dibuai mimpi diatas tilam yang empuk.


tidurku digangu akhirnya pabila bas berhenti di pusat kraf (aku tak ingat nama tempat dia), kat sini merupakan pusat sehenti kraf Hanoi, ada ukiran lime stone baju sutera, pasu-pasu dan mcam-macam ah. banyak sangat kalau nak explain kat sini, datang la tengok sendiri..harga tak usah nak cakap, murah tapi lagi murah katy tepi jalan di hanoi... but good experience for me la kan. we spend only 30 minutes, aku tak beli apa-apa pun. dari kraft centre ke halong town dah tak jauh dah lebih kurang 1 jam sahaja lagi. dikiri kanan jalan people jual sweet pineapple tetiba aku rasa macam berada kat alam fantasi dingeng mulan, kat kiri jalan ada banjanran gunung yang ditumbuhi penuh dengan pepohon spesis pine yang hanya wujud kat gunung-gunung salji ajer... huhuhu over feeling la pulak!

Budak miskin tengah amik umah jahit beads..ni kalau beaders

malaysia tengok nih, mau makan hati detail and kemas gila...


Vietnameses traditional costume... like cheongsam rite?
lebih kurang jam 1 petang bas melewati pekan pesisir pantai Halong, mungkin kerana terlalu lewat sampai daripada jadual yang sepatutnya, kami satu bas terpaksa rushing naik ke atas bot yang sedia untuk bergerak. aku bernasib baik kerana satu bot dengan mamat vietnamese murtad canandian PR. sekurang-kurang ada jugak kawan nak berborak nanti.

Halong Bay tourist jetty... nak masuk sini kena bayar marine
aku mengambil tempat di roof top, bukannya kerna tak mahu menikmati kerusi empuk didalm cruise nih tapi sebab nak menikmati keindahan kepulauan batu kapur disamping menghirup udara nyaman halong bay... tak boleh dapat kat malaysia nih. menurut our tourist guide trip nih akan mengambil masa hampir 5 jam dan akan berakhir lewat senja nanti. dan aku mula menghitung waktu adakah aku sempat untuk sampai ke Hanoi malam ini juga kerna aku harus terbang kembali esok pagi. agin lembut laut mula bertiup melawani pergerakan buritan cruise, rambut mo-hawk ku yang tak beberapa mengaji itu semakin tak menjadi pabila tiup badai laut yang tak menjadi. ahh persetan kan itu semua, semuanya tetap tidak merosakkan mood aku untuk terus bersatu bersama dengan alam yang indah dan damai ini..
Cruise yang aku naik... macam kapal makan maharaja China dulu-dulu kanTongkang Cruise.. mula-mula aku ingat dapat naik yang nih,
tapi naik yang lebih besar rupanya...
partioticsm..... blue, yellow and red ?
Satu lagi cruise yang berlumba-lumba nak memotong crusi yang aku naiki.
kalah jugak at last..power horse dia besar..mana boleh challenge
Halong Bay ni sebenarnya merupakan gugusan kepululaun batu kapur yang terbetuk akibat daripada pergerakan plat-plat gunung berapi dasar laut beribu-ribu tahun yang lalu. membentuk ratusan pulau kecil membanjiri teluk halong. Halong sebenar nya bermaksud Ha: Naga, Long: declination (camner maksud melayu dia ha?) HA+LONG jadi naga yang menjunam.. sebab bentuk pulau-pulau kat sini tersusun seolah-olah macam belakang badan naga.. dongeng purbakala lah kot..entah.. tak tau nak komen camner dah... tak kiah lah naga ke buaya tapi tempat nih betul-cantik... lebih catik dari krabi lagi.. dah pernah dicalonkan sebagai slah satu contestant untuk 7 wonders of new worls..tapi kalah... perut bot treus membelah laut yang menghijau kadangkala menampakkan ikan-ikan yang berenang-renang. dari kajauhan ternampak pulau-pulau yang melingkari gugusan kepulauan batu kapur halong, tempat yang akan ditujui... bot melalui diatara jurang sempait antara pulau-pulau menampakkan rupa sebenar pulau nih..ditumbuhi dengan alga hijau dan pohin bonsai yang aku rasakan telah hidup berisu-ribu tahun dahulu lagi, dan pasti telah menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan empayar US disini.
Lebih kurang 2 jam berlayar crusise berenti kat satu sangkar ikan terapung, kat sini ada orang beli ikan dalam sangakar, ada ikan kerapu, udang kara, ketam.. kalau beli boleh mintak chef dalam cruise nih tolong masakkan.. tapi harga aku confiden mahal gila... mau habis ratus-ratus nih.. kat tepi ada satu perahu yang jual sayur-sayuran.. bila pikir-pikir balik sapa yang datnag sini nak beli semua nih kat tengah-tengah laut.... memang kesian kan orang kat sini, susah.... nak cari makan pun sampai ke tengah laut..bersyukur aku lahir kat bumi malaysia...
Makan tengahhari ari tu atas cruise sambil menikmati pemandangan pulau-pulau dan air laut yang menghijau... pic kat bawah nih tak lengkap sebenarnya.. banyak lagi lauk lain yang ada tapi tak sempat nak snap.. sebab cepat abis ..hehehe yang kuning 2 telur dadar..and ikan siakap goreng... yummy.. atas bot ni pun ada sesi saale pearl..tak teringin la pulak aku nak beli...
Lepas makan, bot mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan sangkar ikan 2, menuju ke next destination sebuah gua kat pulau yang terpencil, aku tak tahu and tak ada apa-apa info mengenai gua ni pun. dari sangkar ke pulau ni lebih kurang 30 minit. berdasarkan bilangan bot yang ada kat sini aku rasa gua kat sini memang famous betoi. nak masuk ke gua nih kena hiking la sikit tak jauh cuma dalam 200 meter sebelum sampai ke mulut masuk gua. bila masuk aje kedalam gua satu suasana baru dan berbeza dapat dirasakan. seolah-olah pintu gua ini menjadi kipas yang mengepan masuk angin sejuk laut ke dalam pelusuk gua, menjadikan gua ini terus bernyawa untuk meneruskan kelangsungan kitarn hidupnya. mungkin hakikatnya gua ini tidak lah secantik mana jikan dibandingkan dengan gua niah ataupun gua ayah pin di batu caves. tapi kerana stalagmite and stalagtite kat sini disinari dengan cahaya lampu spotlight yang colurful.. itu yang menjadikan ia lain daripada yang lain. seolah-olah berada disatu perssemadian yang indah diasuatuy alam lain.... tompokan cahaya matarahri yang menumbusi lohong-lohong kecil menghiasi perut dasar gua... huhuhuhu syok gila.Jarak gua dari pintu masuk hingga ke pintu keluar gua lebih kurang 1 kilometer panjang, letih jugak menapak. tapi tidak terasa sangat sebab khusyuk wat snap shot and menghayati keindahan alam ciptaan di atas sana. lebih kurang jam 5 petang bot mula memudiki meninggalkan pulau bergerak menuju ke tanah besar semula. sepertinya melalui perjalanan masa yang panjang hari ini, menantikan saat sang mentari merebahkan diri ke meja peraduan diri, menampakkan mega cahaya mengusai jauh diufuk horizon barat... burung-burung camar laut terbang mengejar untuk pulang ke sarang..... apa lagi yang dapat ku gambarkan....
Sepanjang perjalanan pulang aku hanya tidur, tidak tahu lagi nak buta apa kerana terlalu letih ditambah pula mendapat seat paling terkebelakang di dalam inovan. hinggakan aku bisa melunjurkan kaki ku kemas... sampai di Hanoi aku saja jer, turun kat ujung tasik, padahal memang jauh lagi nak menapak balik ke accomodation aku tu. mau dekat satu jam menapak. tapi kot-kot dalam jalan kaki nak balik boleh berenti singgah kat mana-mana ker tengok apa-apa yang berkenan. malam ni malam minggu, memang meriah gila, macam malam pesta muda mudi, motosikal n basikal semua diikat reben colurful, macam ala zaman nordin ahmad. yang laki stylo gila ngan suit n tie, ang pompuan dengan gaun-gaun memang apek kong si kong cite kopitiam cina.
dijalanan bunyi keta, hon-hon memecah kebisingan malam. penjaja dikaki lima jalin sibuk menarik tangan tourist memaksa rela untuk membeli. aku salah seorang yang kena tarik jugak. aku beli tshirt merah je selai RM10.00. perut lapa hehehe kebetulan tengah dok melalui lorong sweet fruit cocktail yang famous kat sini, pekena segela. memang kick betul.. ni aku boleh try buat kat kampung ni. potongan local fruit, jambu, honey dew, apple, cherry, jackfruit, manggo, water pamelon mix, pineapple dengan vanilla flavour and susu sejat n pekat makan ngan ice pong and telur katak (sagu hitam) nak kick lagi aku makan pulak dengan pulut santan dengan potongan manggo manis...huhuiiiii tak tyerkata lazatnya
Lepas dah kenyang, rase macam nak menghilang kan dahaga dengan menatang kat bawah nih, tetiba jer teringatkan tuhan diatas sana, terus tidak menjadi untuk meneruskan niat laknatullah... saje je amik wat snap shot.... HEINEKEN.... hell ni kan....
badan aku memang tengah melekit betul-betul maklumlah menikmati kesegaran air pagi tadi jer, dah dekat 13 jam dah bermandi kan peluh dibadan. decided balik mandi dulu lepas 2 keluar balik untuk menyambung malam terakhir disini. siap mandi semua, tak tahu nak buat apa dah, dekat roof top hostel apa saturday nite fever party, parti mabuk-mabuk.. tak nak la pulak rasanya nak join.. tak pasal2 terfire oleh kilat nanti..dah la sorang-sorang kat sini, jadi apa-apa susah nanti. jadi merayau-rayau lagi malam nih. g mana, g makan KFC kat satu-satunya KFC yang ada kat hanoi nih, betul-betul kat depan bus stop. harga tak mahal mana pun, aku konpiden KFC ni halal coz most of costumer kat sini semua orang arab, takkan orang arab makan babi kan.... aku makan kat balkoni ikat tingkat 2.. hui cantik tul tengok view kat bawah dari atas nih. terasa macam golongan kelas atasan la pulak.



Aku lepak kat situ sampai lebih kurang jam 10 malam, macam orang bodoh pun ada jugak aku rasa... kat bawah ada nite market. aku soping few thing kat situ abis la jugak dalam USD 20.... abis balik tido, coz sok pagi nak checkout

Time for update

Akhirnya free sikit selepas bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja kontor dan lapangan. mudahan masa yang sesingkat ini dapat juga aku mengedit blog nih. ribuan macam perkara dan peristiwa yang memenuhi ruang benak pemikiran ku lewat kali ini. semuanya makin mematangkan diri ini untuk terus berpaksi pada alam yang nyata. pasti akan ku lakarkan segalanya disini, tapi persoalannya gimana mahu mencari masanya.... huhuhuhu nangis
sekembaliku dari umrah yang lalu mungkin banyak hikmah dan pengajaran yang telah kuberoleh, segala apa yang tidak pernah kuhargai dan nilaii, kini ku mula menerima segala kelemahan dan kekurangan diriku dan persekitaran. rezeki semakin baik, masih diposisi yang asal dengan kerja yang sama, tapi tahap kepercayaan semakin meningkat, strees boleh di kawal.. semua nya berjalan dengan baik dan sempurna... mungkin inilah hikmah disebalik menjejakkan kaki ke bumi anbia...
ya.... cukup! nak sambung travel blog pulak.

Monday, May 26, 2008

Kerja dan terus bekerja

Baru balik dari outstation, tiada istilah rileks lagi keja lama kena siapkan submission esok..mati aku... blog nanti-nanti lah ye

Thursday, May 15, 2008

Hanoi Trip Part II


sori lama x sambung, beze dengan kerja..

hijau kan ... taksub nih

Nok Bai International Airport 8:00 am


akhirnya pesawat yang aku naik mendarat jugak kat Nok Bai airport Hanoi, suasana ketika itu berkabus tebal, gayanya macam baru lepas hujan.. pasti sejuk diluarsana jangkaan aku lah. dan yang pasti mengimbau kenangan ku pada tanah gersang doha di musim sejuk... rindu... ok tak nak buang masa aku terus check out dan dipasport aku tercop 30 days free entry.. lebih dari cukup masa yang aku perlukan untuk mengeksplorasi tempat nih.


airport dia kecil jer, lebih kurang airport kuantan... hanya ada satu restoran kat tingkat atas. itupun makanan jepun dan few souvenir shop.... lepas habis amik aku luggage aku terus keluar dari terminal, memang tak salah aku bawak jaket sebab memang sejuk macam cameron highland, waktu sekitar 8:30 pagi, kalau malam lagi sejuklah kan. dari airport untuk ke pusat bandar hanoi aku naik bas cost USD 2 murah. tapi coach bus ni bergerak bila dah penuh jer, so selagi tak penuh memang tak akan bergerak.. sementara nak tunggu bas bergerak, aku wat snap shot dulu, rata-rata kaum lelaki kat sini berpakaian kemas.. blazer and overal suit merupakan pakain rasmi... mungkin sebab cuaca dan pengaruh fesyen dari negara jiran CHINA... konon stylo lah.. walaupun memakai kot, topi mengkuang todak pernah dilupakan mana-mana sahaja pasti akan nampak oarang pakai topi nih, seingat akau kat kampung aku pun ada topi nih tapi dah jadi tempat ayam mengeramkan telur kot. Polis-polis kat sini pakai baju macam kadet remaja sekolah kat malaya, hijau katak pisang..but still cute.. tapi janagn risau walaupun vietnam bekas negara komunis tapi oarng-orang dia firndly, ni kira komunis yang baik dan peramah ( ada ka cam tu?) Distance dari airport ke pusat bandar dalam 40 kilometer jer, tapi perjalanan aku menjangkau 1 jam sebab ada kerja pembinaan jalan bertol Taisei and sesi lembu-lembu melintas lebuhraya (HAAA?).. mesti frustated kalau tengok highway dia, dah la kena bayar tol lepas tu kena bersaing dengan lembu-lembu untuk mendapatkan fast lane.... klaka lah. view sepanjang perjalanan nak ke city centre ni memang best kiri kanan sawah padi, dengan orang sedang membajak sawah, memang susah nak jumpa mesim padi ataupun jentera moden kat sini. semuanya masih dibuat secara tradisional, kerbau lah yang menjadi mangsa untuk membajak sawah. selepas melintasi jambatan besi sungai merah ( canggih jambatan nih, dua tingkat, all stell structure) masuklah ke daerah bandar hanoi, lebih bayak motosikal dari basikal dan lebih sedikit kereta dari kerbau, itulah situasi yang aku boleh gambarkan mengenai keadaan traffik disini. motosikal memonopoli jalanan, teksi memang payah nak jumpa. pusing-pusing akhir sampai jugak kat last station. stesen bus agen ni kat depan vietnam airlines office. excited dikiri dan kanan jalan penuh dengan macam-macam kedai jual art and craft, takpe petang-petang sikit boleh buat. sekarang nih kena check in bilik dulu. base on download map yang aku ada, hostel tu sepatutnya ada kat sekitar ni aje. betul-betul satu jalan degan catholic church... memang betul pun... cuak jugak mula2 aku nak masuk sebab semua mat salih yang ada kat situ, but lepas check kat kaunter memang nama aku ada kat situ, tak salah lagi lah... aku duduk kat mix dorm sekali ngan wanita-wanita omputih.. say hi sket-sket berbual mesra then aku kuar untuk memulakan aktiviti bersuka ria aku. nih few view accomodation aku...


memandangkan aku duduk kat tengah-tengah tourist spot, makanya tak perlulah aku bersusuah payah nak keluar mendapatkan public transport. sebab semuanya dalam walking distance ajer. main attraction spot kat sini sebenarnya berada disekeliling tasik ho kian, yang betul2 kat tengah pekan old town nih. nak apa semuanya ada disini.. dari sutera vietnam termahal, massage parlour terbaik hinggalah kepada steak ular senduk.... semua ada yang penting siapkan duit ajer. hari ini aku ingat nak pegi jalan-jalan saja, kalau ada benda yang berkenan dihati baru aku rembat... selamat lah aku nih bukan jebis yang kuat soping, kalau tak mau beranak pinak beg aku.... semua barang-barang yang ada kat sini memang murah, jauh beza dengan harga di malaya.... ya lah mana ada duti and cukai import kan. quality tip-top siap boleh nego price lagi.


jual penyapu pun boleh kaya!

local art gallery

ibu sedang menasihati anak supaya sentiasa mengukiti segala perintah agama

dimana-mana pasti jaket tak pernah ditinggalkan..sejuk gila


aku tak ingat apa nama tugu nih.. tapi seingat aku tempat nih kat depan tasik mengadap bangunan parlimen

view Ho Kiem Lake

View Ho Kiem Lake


multi storey luxurious condominium

one of the great ho kiem lake view

sama kan.. :p


craft stall behind red bridge..ho kian lake


another angle of red bridge



First day lunch... manggo

another great snap spot

tempe or grave yard??

waiting for sunset

proud to be malaysia

Catholic cathederal churge main sign to the hostel.. really old building

patriotism??



british colonial style government building

saje snap



base on local people yang aku borak-borak kat sini sekarang musim panas, so tak bayak lah bunga-bunga yang berkembangan kat sini. tapi kalau musin bunga kawasan sini semuanya bewarna-warni..


another one fantastic view

wanna try until u drop... cobra wine good for blood circulation,
longetivity and sexual adjustment (only for men) USD 2 per bottle


religous building behind the accomodation


lacquer wood craft..damp cheap USD 2

the one and only modern bistro in the heart of old hanoi town

another one Air Asia neon billboard

door to door fresh flower delivery services


Bagi memenuhi masa terluang malam nih, nak g clubbing macam tak best jer memandangkan hanya ada satu famous club kat sini. jauh la jugak, dan ramalanku memang akan jadi macam tin sardin mackeral. lagipun benda yang aku nak buat ni pun dah lama aku inginkan, nak g tengok water puppet show... kebetulan tempat water puppet nih just walking distance from my accomodation. show start dalam jam 8:30 malam. jalan kaki dari bilik ke situ pun dah menggeletar dah sebab sejuk sangat. tak rasa seperti berada kat asia pun.. tak ada apa-apa yang menarik sangat mengenai teater nih, cuma tengok patung kayu menari-nari didalam air 2 jer and most of the story berkisarkan cara hidup oarang viet yang suka bercucuk tanam, nelayan, penggembala lembu. show dalam 2 jam ... boleh lah bagi 1.5 bintang. yer cukup.... below few pic about the show

the stage

the singer and the orchest

the show begin




yang mengerakkan puppet

habis show dalam jam 10:30 malam, nak balik ke bilik masih awal lagi, masih banyak tempat yang belum dijelajahi..nak tidu rugi kerana bukan selalu boleh datang ke tempat ni. dah namanya back packers..ikut je mana arah kaki melangkah... memang ramai orang kat bandar nih especially berhampiran dengan tasik, mungkin tasik nih merupakan nadi bagi bandar yang sedang membangun. ditengah tasik nih ada 2 pulau satu pulau besar dan lagi satu lagi kecil sedikit. yang besar ada kuil yang boleh dilawati dengan melalui red bridge lagi satu ada tortoise temple yang hanya boleh dipandang dari jauh sahaja. disini memang bebas.. tidak ada jawi, jaip malah jabatan agama sekali pun nak buat..buat lah sahaja dimana-mana pun tiada sapa nak larang ataupun nak menghalang. malah waktu aku jalan-jalan kat sekitar tasik tu pun couple2 dok bercium dan melepaskan nafsu serakah masing-msing tanpa segan silu, yang straight yang bengkok.. free show... but defenatly not my taste.

satu lagi yang aku suka kat sini boleh dapat banyak buku-buku novel form famous mat salih writer dengan harga yang ter sangat-sangatlah murah, memang lah bukan yang original tapi klu dah USD10 untuk 10 buku camner 2. yang penting dapat paham intipati cerita yang sama 100% original.

aku suka dekat satu lorong yang aku lalui nih, semua kedai jual lampu kertas..sampai sekrang aku menyesal sebab tak beli sebab masa aku check kat ikea bentuk and produk yang sama, harga dia RM200+, padahal kat hanoi baru USD5. nyesal kan..kesian rumah aku kurang serinya..








sebelum balik ke bilik masih lagi dalam mood nak bersiar-siar nak menikmati pemandangan malam, padahal pada watu tu semua kedai-kedai dah pun tutup... yang tinggal cuma few bistro dan cafe jer... sebenarnya aku seronok berjalan dalam cuaca yang sejuk and berembun nih, hilang langsung rasa mengantuk kat mata aku nih. takpe g pekeka hot chocolate dulu... minum secawan jer tapi melepak sampai 2 jam dari jam 11:30 sampai 1:30 pagi. risau jugak aku sebab pagi esok aku ada trip yang lebih mencabar dan lebih menyeronokkan lagi....


nice rite?

view from the cafe table
Extra delicacious local hot chocolate
Hanoi opera house

grizzy couple statue

???

2:00 am tido.. cont part III

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH