Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 9, 2008

Tak tahu apa....

Entah mengapa aku sendiri pun tak tahu, terkenangkan nasib yang bakal menjelma dihari-hari mendatang, kehidupan bersama dengan orang yang tersayang, persekitaran dan juga yang terpenting karier. kalau dibicarakan mengenai kehidupan dan persekitaran gayanya aku bisa meramalkan apa yang mungkin terjadi. bukannya aku mahu menjadi tuhan pada diriku sendiri, tetapi aku sendiri yang lebih mengerti diriku, selasa hampir setengah usia aku melaluinya. samaada aku terusan dikompak ini ataupun berada disatu tahap yang aku boleh banggakan dan menceritakan pada orang lain tanpa perlu segan silu dan menapis-napis.

Kalau diperkatakan mengenai kerjaya, ahhh itu lah yang amat kugusarkan buat masa ini, dengan apa yang aku lakukan sekarang ini belum tentu aku boleh melalui lain-lain perkara yang baru. apatah lagi dengan apa yang aku lalukan sekarang ini hanyalah pelengkap kecil organisasi nih. mahu atau tidak aku kena bertukar ke satu posisi yang lebih bagus dan mencabar, mungkin juga aku kena mulakan dengan mengubah cara aku berfikir.. berfikir secara lebih positif dan matang, serta bertindak secara lebih agresif dan aktif, banyak berkomunikasi secara lebih terbuka dengan persekitaran. kadang kala aku tahu semua ini perlu aku lakukan, tapi semuanya hanya alim-alim kucing aje... susahlah bila tidak ada yang mendorong, lalu bagaimana untuk aku mendorong diri aku sendiri.... masih mengharapkan keajaiban dari atas turun ke tapak tangan mungkin... aku sendiri pun tidak pasti adakah ianya akan berlaku.


Makin berusia semakin membosankan hidup berseorangan nih... mahu atau tidak kena paksakan diri mencari cinta ataupun berpuas hati dengan cinta yang dimiliki.......

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH