Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 2, 2008

Nak g Hanoi nih

Nampak gayanya ciri-ciri kepokai-an aku bulan nih jelas terpampang didada work station ku, bersepah hutang piutang yaang aku kena bayar, gaji masuk 25 hari bulan lepas pun dah macam tak nampak dah, terpaksalah gayanya mencucuk duit dari akaun yang satu lagi nih... hadoi. Dalam hidup ini adakalanya kita terpaksa berlawan dengan bayang-bayang sendiri, bayangan yang sentiasa menguasai dan mempengaruhi segala tingkah laku dan pertuturan dalam aturan karma hidup. tapi yang penting kita harus dan terus menjadi diri sendiri, jangan biarkan bayangan hidup terus menyelubungi emosi dan permainan hidup. Mahu atau tidak kena pastikan bayangan pemusnah terus tersungkur diarena pertempuran.... kepuasan pasti akan lahir dari keringat titik-titik peluh yang terbit disebalik lapisan epidermis walaupun adakalanya terpaksa mendustakan perkara yang sebenar..... ;+

Jumaat nih, sekali lagi aku akan diperosak masuk ke perut Garuda Besi Merah seawal 6:30 pagi terbang ke bumi bermata sepet yang erbang lagi dalam perut garuda besi ke utara Indo-China, ke Hanoi. mungkin itu destinasi bersuka ria yang terakhir untuk separuh tahun 2008 yang pertama ini. Perasaan teruja dan excited itu ada cuma tidak begitu menyerlah kerana lelah dari perjalanan Jakarta yang panjang dan kesakitan badan akibat demam yang baru beransur pulih. Namun disebabkan hotel yang telah dibooking dan semuanya yang telah diatur terpaksalah aku gagahkan diri juga pergi kesana, selepas syarikat garuda merah menalifon aku hampir 3 kali menunda waktu penerbangan, aku sebenarnya patah hati dengan layanan seperti itu, seolah-olah di pergunakan untuk kesenangan syarikat. Terus terang memang tak ada apa2 pun persiapan yang aku buat untuk trip kali nih.... mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja dan pemikiran aku terbatas untuk memikirkan semua ini. namun apa yang kuharus doakan agar perjalanan ku kesana selamat dan sukses.

Sememangnya kuakui Vietnam mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik boleh kulawati, namun disebabkan keterbatasan waktu yang begitu mencemburui aku terutamanya dibulan april ini, aku hanya mampu berkeliaran di celah-celah lorong kota Hanoi sahaja. Namun target aku mesti pergi tengok water puppet show, sebab tempat tu dekat dengan accomodation aku. seperkara lagi yang merisaukan perut aku, macammana aku nak makan..senang ke mencari halal food kat situ, kalau ada seafood pun, sure ke dia tak masak dengan benda yang tak sepatutnya.. cuak jugak aku sebab orang vietnam ni makan semua, ular, biawak, anjing... huhuhuh semua benda bernyawa dai makan kot, harap-harap dia tak makan orang la. . last sekali terpaksa lah makan carot n buah-an lagi macam kat phuket tahun lepas... :-(

So ari jumaat pagi nih terpaksa lah aku meredah embun pagi ke KLIA dengan WML seawal 3 pagi. defenatly malam khamis 2 kenlah tido awal. hopefully evething wiil goin fine n great.. so nih few pic bout vietnam.. benda2 yang pelik2 aku tak masukkan la.

Kien Tiem Fisherman Port


Vegetable market ...


Halong Bay.... Defenatly..takkan sampai (jauh sangat)


One of painting yang aku kena cari dan beli

Ciputra Gate, hanoi.... nothing interesting

World War II monument around old hanoi Town


..No Idea.... :p (lagi tak related)

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH