Kalamullah

Kalamullah

Friday, April 18, 2008

Old Story... Southern Thailand (Part I)

The main reason why 2 late untuk aku posting travel-visor nih sebab aku betul-betul agak buzy dan dah lupa pasal detail. Suddenly i meet my old fren last tuesday nite, and dia plan nak pegi travel ke southern thailand dalam bulan depan. he wanna to spend around 3 week there. Memandangkan aku dah pernah sampai kesana, so dia mintak advise from aku, tapi sebab semua pic ada dalam PC jadi kenalah aku postat sini jugak... bleh dia dan yang lain-lain refer di sini.


Travel nih actually happen last year Eid Adha and Christmast Eve, mase tu aku dah boring asyik balik kampung je every weekend. Dan kebetulan juga membe-membe aku yang lainnya semua plan nak balik kampung masing-masing je, nak pegi lapah daging korban. Yang lain pulak nak habiskan masa cuti yang gak panjang dengan membuang masa sambi menghirup secawan starbuck coffee di shopping-shopping mall or habis tidak pun mentelaah rancangan di televisyen. What the hell with all that stuff, so aku decided wanna to have something different for penutup tahun nih. kebetulan cuti tahunan aku berbaki bertimbum-timbun lagi... kata putus hati telah dibuat.. ade jugak aku provo kat kawan-kawan aku yang tak beberapa ramai tu, tapi respon yang sampai balik cuma sorang je yang interested iaitu aku sendiri, aku yang plan aku yang organize dan aku sendiri yang pegi. Sorang pun boleh jalan jugak hapa, boleh hidup, kan trade mark aku lone ranger. alone means freedom "LOL". nanti kat dalam kubur pun sorang-sorang jugak nak berdepan dengan malaikta.. betul tak. Perancangan asal nak pergi merayau sampai ke Bangkok guna jalan darat, tapi sebab cuti aku tak sampai pun 2 minggu, maka bertukar plan kepada mingle around southern thailand je, bermula di Hat Yai dan terus maju ke utara, rindu tersangat sebenar aku pada hatyai nih, banyak kenangan liburan aku kat sini since last visit aku tahun 2003.



Niat dihati nak pegi naik keretapi terus ke Hat Yai, tapi selepas buat desktop and online study banyak sangat masa aku yang bakal terbuang sebab hampir 14 jam dalam tren KTM yang tak best, memang bengkak punggung aku jawabnya, lepas tu pulak kena tukar tren Siam dekat butterworth pulak.. memang la aku tak suka langsung transit-transit nih. Menghitung wang ringgit dan credit limit yang masih berbaki, naik bas aje lah, lagipun memang banyak bas pergi ke Siam. Lagipun lebih selamat, cepat, selesa dan mahal sikit dari keretapi.


19 Dec


Jimat masa aku sebab rahimi volunter nak hantar aku ke PuduRaya, bas Ekspree kesatuan yang aku naik dijangka bertolak jam 10 malaam, aku beli return tiket dapat murah sikit RM90.00. aku keluar rumah jam 8 malam, pegi isi perut dulu dengan dia kat kedai mamak area Pudu. Pekena mee goreng mamak dengan teh tarik kurang gula..perghh marvellous, ni mau terlentok kenyang aku dalam bas nanti. Bas yang aku naik 40% kosong, aku amik single seat tak payah lah nak share-share dengan sapa-sapa. Mungkin sebab kenyang sangat, lepas aje Rawang aku terus terlentok tak sedarkan diri. sedar-sedar je bas sampai ke Ipoh , berenti sekejap untuk isi perut driver dan fill petrol. Lepas Ipoh aku sambung tido balik, nak vari energy untuk merayau-rayau esok.



Hentian Sungkai.. Berhenti buang isi kandungan perut sekejap

Aku tak sedar ape-ape sampai lah bas berhenti kat sempadan malaysia-Thailand kat Border Crossing Bukit Kayu Hitam. huhuhu memang ramai betul orang malaya yang nak masuk sana, tak silap kira aku ada lebih kurang 500 orang yang tengah beratur nak cop pasport masuk.. dan aku sendiri pun tak terkecuali jugak kena beratur. Custom officer siam nik friendly la pulak aku tengok, baik aje cakapnya tak marah-marah macam kat custom malaysia tadi mungkin sebab awal pagi lagi, masih fresh n mood tengah baik.. nanti kalau time panas mau kena tengking-tengking jer. cop pasport nih kejap je sebenarnya, tapi sebab dah terlampau terlampau ramai orang tu yang jadi lambat sikit.

View kat CIQ Complex Bukit Kayu Hitam

Passanger Bus Parking Area


Selesai immigration, perjalanan diteruskan ke bandar Hat yai, tak jauh pun dari border nih, lebih kurang 30 km sahaje (satu batang rokok), dalam 1 jam travel. masa aku datang nih, kempen pilihanraya besar thailand tengah berlansung, memang poster penuh dikiri dan kanan jalan.. tapi tak semeriah macam flag line kat malaya. sampai di hat yai bas terus berhenti dekat travel agent, memandangkan aku takut tiket nak balik ke malaya habis. aku terus booking seat aku untuk balik selasa depan. masa ni aku dah start pening dah tak tahu nak buat apa, berdasarkan current view yang ada kat hatyai yang sunyi dan sepi sempena cuti ied adha, takkanlah aku nak stay sampai krismas... huhuhu tak sanggup, mahu mati katak kering aku macam nih. lagipun takada apa-apa yang menarik disini, selain main clubbing and border shopping jer. selepas discussion ngan Bus travel agent, dia advisekan aku supaya pke huket, krabi atau pattaya.. dia suruh naik van kompeni dia , fee charge RM150 (mahal nak mampus). At the end aku decide pegi phuket je naik bas lagi best boleh tengok real life people kat sini.



Bandar Hat Yai yang sunyi sepi sebab Cuti Eid Adha

Aku tahan teksi moto, bayar Bath 30 mintak dia tolong hantarkan aku ke terminal bas antara bandar. Terminal bas dia memang buruk, sama level macam Bus Station Pudu, tapi satu yang boleh dipuji, staf-staf dia kat situ memang friendly and memang tak ada satu pun ulat tiket macam di Pudu, nak beli tiket terus pegi kaunter.. staf-staf dia semua pakai baju univorm yang sama... Class. memang ada banyak bas pegi ke Phuket, boleh dikata setiap 1 jam sebiji, bas ke bangkok pun ada jugak.. tapi amik masa hampir 14 jam... bas kat sini semua bas dua tingkat, cantik, bersih and comfortable. Niat asal nak naik bas dua tingkat tapi fee Bath 600, satu bas lagi Bath 280, ada air-cond jugak. ambik yang murah je, baru challenge sikit.. bas yang aku naik tu bergerak dalam jam 11 pagi. so aku ada lebih kurang dua jam lagi untuk amik gambar dan merayau-rayau kat sini sebelum bertolak ke Phuket.



Tiket Bas Hat-Yai to Phuket Bath 280




Bas yang aku naik. (see detail destination)







Front View



Few Pic Hat Yai town.....



Lebih kurang jam 11:20 pagi (lewat jugak macam Air Asia) bas mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan bandar HatYai yang sunyi sepi menuju ke utara Pulau Phuket, masa ni aku dah excited dan girang sesangat, apa-apa yang terjadi pun aku make sure aku sampai ke Phuket jugak. Passanger dalam bas tak ramai pun, seingat aku tak lebih dari 10 orang dalam bas yang boleh memuatkan 40 orang. baru aku sedar bas yang aku naik 2 rupanya macam bas berenti-berenti jugak sebab orang boleh naik turun dipertengahan jalan.
On the way, aku tahankan jugak kemengantukan mata aku semata-mata nak menghayati view sepanjang perjalanan. Di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan rumah-rumah dan view-view yang berbeza sekali dengan malaya. infrastruktur jalan ternyata jauh terkebelakang, tiada highway yang cantik macam malaya, hanya melalui jalan persekutuan 2 lorong sahaja. Kadang-kadang jalan yang elok apabila melewati kawasan pekan atau bandar utama. yang pastinya tempat ini masih kaya dengan kehijauan dan hutan-hutan yang masih menebal.. kadang-kadang aku terperasankan signboard gajah melintas dihadapan, cuak jugak aku. mungkin nilai agama yang masih menebal dalam hati warga buddha disini, hampir setiap rumah mempunyai patung buddha dihadapan rumah. sawah padi, hutan, kampung berselang-seli itulah saja yang aku jumpa sampai melewati pekan Trang. Trang merupakan pit stop pertama bas berhenti tempat ini terkenal dengan kek span dia yang lembut lagi sedap.. aku beli satu buat bekal makan atas bas (memang sedap betul). dan yang penting halal sebab ada cop halal. Sepanjang perjalanan amat jarang sekali untul aku jumpa kawasan perindustrian apatah lagi kilang-kilang besar. mungkin nasib aku baik sikit, dalam bas yang aku naik nih, ada sekumpulan budak singaporean yang baru abis belajar nak g bercuti kat phuket sekali, kebetulan dia dah buat room reservation, so aku mintak tolong diaorang tolong buat call untuk additional room booking.. settle masalah accomodation aku.. hepi :).
sepanjang perjalanan driver bas tak henti-henti dok ulang video clip lagu-lagu siam sampai dah naik boring aku dengok. kebetulan pulak seta aku direct depan TV. sempat la jugak aku tidur-tidur ayam kat dalam bas.... sesekali terjaga bila ada orang naik turun dari bas. bas tu berhenti sekejap bila sampai kat stesen bas utama.... driver bas berenti sebab nak dapat makan free la. bila dah melalui kawasan pinggir pantai krabi panoranma dan lanskap dikiri kanan jalan sangat berbeza sekali, gunung-gunung batu kapur penuh.. nih yang menguatkan lagi semangat aku untuk datang sini balik semula untuk buat rock climbing. sementara bas tengah berenti kat bus station Krabi sini aku mengambil kesempatan, meninjau-ninjau pakej percutian yang ditawarkan ajen2 travel kat sekitar bus station ni. memang murah.. actually krabi ni merupakan pintu masuk utama ke pulau fantasi phiphi island, koh lanta dan lain2 yang muncul dalam filem the beach. journey dari krabi ke phuket dah tak bebarapa jauh dah, lebih kurang 2 jam lagi sampai la ke sana.
Sampai di penghujung benua ada sebuah jambatan besar, baru la aku tahu yang phuket nih sebenarnya bersambung dengan tanah besar cuma dipisahkan oleh selat yang lebih kecil dari sungai pahang. masuk saja ke dalam pulau, lanskap terus berubah.. pepohon kelapa dikiri kanan jalan sambil dihiasi dengan pokok bunga kertas yang bewarna warni.. destinasi terakhir stesen bas phuket town. sampai lebih kurang jam 7 malam, aku n geng singaporean terus pick keta sewa sapu dengan BATH900/ keta menuju ke patong beach. perjalanan tidak ubah mendaki bukit di teluk batik, kota disebalik bukit berlatar belakangkan lautan andaman yang luas mata memandang menghiasi horizon langit dikala senja, hui gold colur taksub. aku stay kat casa bonita guest house aku book untuk tiga malam, malam first aku bayar BATH400 untuk next 2 nite aku kena bayar BATH1000 (sebab malam minggu, mahal siket). bilik dia ok ade personal balcony, free interner service and pork breakfast (non-halal nih) tapi yang kurang best guest house nih jauh sikit dari pantai, lebih kurang 10 minit walking. kalau hotel yang tepi pantai, mau harga mencecah Bath 3000/ nite then lagi terdedah pada tsunami, hehehe safe gak aku amik guest house tu.
View kat area accomodation aku
kalau nak ke patong beach aku kena melalui, jung-Ceylon mall, lebih kurang macam alamanda mall da, tak besar sangat tapi class, ade banyak expensive restaurant and butik-butik branded beach pants kat sini. aku sempat stop kat sini buat snap shot dua tiga keping, Pekan patong beach nih memang meriah, ada banyak beach pub, restaurant, kedai souvenier, hotel2 besar semua kat sini.... yang paling aku suka industri pelacuran memang open, semua bebas untuk buat apa sahaja, nak menari, nak bogel, nak menghisap, buat je lah apa pun asalkan tak kacau orang... itulah betapa bebasnya island nih, sampai ramai mat-mat salih yang sanggup menetap terus kat sini. kebetulan masa aku ada kat pulau nih krismas dah nak dekat, sambutan memang havoc... lampu blink2 penuh kat sana da sini, bila aku melalui Bangla street rasa macam kat las vegas la pulak, street party, lady boy free show, tiger show, semua bersepah ditepi jalan, siap boleh ambik gambar lagi.. dan ini juga merupakan syurga buat kaki pompuan, kaki kelab dan kaki joli.. pondan bersepah2 siap ada kelab private untuk pondan, gay, lesbian.. kelab2 biasa 2 berlambak2... pompuan dipilih macam ikan dalam akuarium sahaja... huhuhu kesian menjadi pompuan disini..

View kat Bangla street sebelum kul 10 malam

D-Croc Club di Bangla Street, free show.. real guls



Lepas aku siap-siap and rehat jap, aku keluar berpusing2 untuk mendapatkan sesuap nasi, huhuhu masa nih barulah aku menyesal tak bawak sardin dalam tin n roti sandwich, memang susah betul nak dapatkan makanan halal kat sini, semuanya tergantung babi panggang and ayam dan itik yang masih berkepala (pasti lah bukan halal). mase aku berjalan-jalan kat depan pantai patong aku terjumpa restaurant burger king, yang aku kira halal sebab staf dia pakai tudung (darurat nih), aku beli beef burger, sedap beb sambil perkena hot chocolate and lemonade sparkling water sambil melayan muzik retro dari banana discotechque kat sebelah seiring dengan mata aku melihat manusia yang lalu lalang dihadapan. terasa macam mat salih la pulak.

Menikmati Beef Burger

Melayan muzik Retro di Banana Discotechque

Repoya Fine Cuisine Palace.. mahal gila

Selepas menghadap beef burger, aku habiskan sisa-sisa malam pertama dengan merayau-rayau kar sekitar kedai souvenir yang bersepah-sepah sepanjang pantai patong tu, produk-produk kraf thailand sendiri, agak murah jugak kalau dibandingkan beli kat kolumpo, tapi still price tourist kena tawar separuh jugak. then kalau tak dapat jugak buat muka merajuk tak pun terus blah, then lepas tu pasti dapat harga yang kita nak 2. mungkin sebab keletihan travel lama sangat siang tadi, aku masuk bilik terus tido.. nak layan tv pun tak berapa nak paham sebab semuanya bahasa siam.

Bersambung ke Part II...

Thursday, April 17, 2008

Expenses for Bonus.....

This few things that i want 2 have for next couple of month....




Solesa Leather Brown Dip School Bag





Solesa Brown Tuck French Belt





Jeremy Street Pine Strip Satin Body Fit Long Sleeve







Balle Louffer







I-Pod Nanio







Zara Leather jacket ( ade bulu-bulu sikit)







Dunhill Pursuit




New Rims for My Horse



last But Not Least Fly to Angelina Jolie Favorite Heaven

Wednesday, April 16, 2008

Malas gila nak update

... Tak tahulah kenapa lately nih, aku betul-betul tak ada mood nak update blog, bukannya tak ada benda yang nak disampaikan, banyak sebenarnya, tapi mungkin isebabkan kesibukan dengan tugansan dikontor yang membatasi masa aku untuk melawati page nih. banyak isu yang anak aku coretkan, hanoi, kenduri, isu keja, politik kantor, macam-macam lagi lah.. nanti lah aku cuba cari masa untuk update semua nih... buat masa nih aku etul2 kekurangan masa... lagipulak dekat rumah tak ada broadband, kalau ada memang dah penuh dah aku taipkan semua nya...

Nak bagitau sikit nih, mulai 21 april sampai 1 may aku tak ada kat kantor, kerana ada tanggungjawab yang aku kena laksanakan. doakan mudahan semuanya selamat... amin..


Wednesday, April 9, 2008

Tak tahu apa....

Entah mengapa aku sendiri pun tak tahu, terkenangkan nasib yang bakal menjelma dihari-hari mendatang, kehidupan bersama dengan orang yang tersayang, persekitaran dan juga yang terpenting karier. kalau dibicarakan mengenai kehidupan dan persekitaran gayanya aku bisa meramalkan apa yang mungkin terjadi. bukannya aku mahu menjadi tuhan pada diriku sendiri, tetapi aku sendiri yang lebih mengerti diriku, selasa hampir setengah usia aku melaluinya. samaada aku terusan dikompak ini ataupun berada disatu tahap yang aku boleh banggakan dan menceritakan pada orang lain tanpa perlu segan silu dan menapis-napis.

Kalau diperkatakan mengenai kerjaya, ahhh itu lah yang amat kugusarkan buat masa ini, dengan apa yang aku lakukan sekarang ini belum tentu aku boleh melalui lain-lain perkara yang baru. apatah lagi dengan apa yang aku lalukan sekarang ini hanyalah pelengkap kecil organisasi nih. mahu atau tidak aku kena bertukar ke satu posisi yang lebih bagus dan mencabar, mungkin juga aku kena mulakan dengan mengubah cara aku berfikir.. berfikir secara lebih positif dan matang, serta bertindak secara lebih agresif dan aktif, banyak berkomunikasi secara lebih terbuka dengan persekitaran. kadang kala aku tahu semua ini perlu aku lakukan, tapi semuanya hanya alim-alim kucing aje... susahlah bila tidak ada yang mendorong, lalu bagaimana untuk aku mendorong diri aku sendiri.... masih mengharapkan keajaiban dari atas turun ke tapak tangan mungkin... aku sendiri pun tidak pasti adakah ianya akan berlaku.


Makin berusia semakin membosankan hidup berseorangan nih... mahu atau tidak kena paksakan diri mencari cinta ataupun berpuas hati dengan cinta yang dimiliki.......

Wednesday, April 2, 2008

Nak g Hanoi nih

Nampak gayanya ciri-ciri kepokai-an aku bulan nih jelas terpampang didada work station ku, bersepah hutang piutang yaang aku kena bayar, gaji masuk 25 hari bulan lepas pun dah macam tak nampak dah, terpaksalah gayanya mencucuk duit dari akaun yang satu lagi nih... hadoi. Dalam hidup ini adakalanya kita terpaksa berlawan dengan bayang-bayang sendiri, bayangan yang sentiasa menguasai dan mempengaruhi segala tingkah laku dan pertuturan dalam aturan karma hidup. tapi yang penting kita harus dan terus menjadi diri sendiri, jangan biarkan bayangan hidup terus menyelubungi emosi dan permainan hidup. Mahu atau tidak kena pastikan bayangan pemusnah terus tersungkur diarena pertempuran.... kepuasan pasti akan lahir dari keringat titik-titik peluh yang terbit disebalik lapisan epidermis walaupun adakalanya terpaksa mendustakan perkara yang sebenar..... ;+

Jumaat nih, sekali lagi aku akan diperosak masuk ke perut Garuda Besi Merah seawal 6:30 pagi terbang ke bumi bermata sepet yang erbang lagi dalam perut garuda besi ke utara Indo-China, ke Hanoi. mungkin itu destinasi bersuka ria yang terakhir untuk separuh tahun 2008 yang pertama ini. Perasaan teruja dan excited itu ada cuma tidak begitu menyerlah kerana lelah dari perjalanan Jakarta yang panjang dan kesakitan badan akibat demam yang baru beransur pulih. Namun disebabkan hotel yang telah dibooking dan semuanya yang telah diatur terpaksalah aku gagahkan diri juga pergi kesana, selepas syarikat garuda merah menalifon aku hampir 3 kali menunda waktu penerbangan, aku sebenarnya patah hati dengan layanan seperti itu, seolah-olah di pergunakan untuk kesenangan syarikat. Terus terang memang tak ada apa2 pun persiapan yang aku buat untuk trip kali nih.... mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja dan pemikiran aku terbatas untuk memikirkan semua ini. namun apa yang kuharus doakan agar perjalanan ku kesana selamat dan sukses.

Sememangnya kuakui Vietnam mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik boleh kulawati, namun disebabkan keterbatasan waktu yang begitu mencemburui aku terutamanya dibulan april ini, aku hanya mampu berkeliaran di celah-celah lorong kota Hanoi sahaja. Namun target aku mesti pergi tengok water puppet show, sebab tempat tu dekat dengan accomodation aku. seperkara lagi yang merisaukan perut aku, macammana aku nak makan..senang ke mencari halal food kat situ, kalau ada seafood pun, sure ke dia tak masak dengan benda yang tak sepatutnya.. cuak jugak aku sebab orang vietnam ni makan semua, ular, biawak, anjing... huhuhuh semua benda bernyawa dai makan kot, harap-harap dia tak makan orang la. . last sekali terpaksa lah makan carot n buah-an lagi macam kat phuket tahun lepas... :-(

So ari jumaat pagi nih terpaksa lah aku meredah embun pagi ke KLIA dengan WML seawal 3 pagi. defenatly malam khamis 2 kenlah tido awal. hopefully evething wiil goin fine n great.. so nih few pic bout vietnam.. benda2 yang pelik2 aku tak masukkan la.

Kien Tiem Fisherman Port


Vegetable market ...


Halong Bay.... Defenatly..takkan sampai (jauh sangat)


One of painting yang aku kena cari dan beli

Ciputra Gate, hanoi.... nothing interesting

World War II monument around old hanoi Town


..No Idea.... :p (lagi tak related)

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH