Kalamullah

Kalamullah

Monday, March 31, 2008

Tender Guy


Sampai ke sudahlah aku rase aku nih jadi tender guy, dulu cuma katanya temporary involved je. banyak travel to site monitor and control current progress. Sekarang ni dah jadi lain pulak, tak sempat Surabaya Highway tender siap, kena tolong senior PM doin tender 4 Foue Season Hotel kat sebelah KLCC, nih tiba-tiba kena assist untuk earthwork kat Cyberjaya pulak. orang kat tingkat 9 ni betul-betul beze ke, or lakonan semata-mata, tak pasal-pasal keja diaorang terpelanting kat tingkat 3 nih, bukan untuk tecnical proposal je, tapi nampak gayanya kena buat semua sekali. at the end aku rase field experience aku pun dah tak berguna lagi, ye lah dah asyik terjelepuk dengan isu-isu teori dan imaginasi nih. praktikal tinggal tin kosong je. Ni boleh menjadikan kepala aku semakin weng dari hari ke hari. napelah boleh jadi macam nih,

Dah tu pulak submission date pagi ari jumaat nih, ADUS... dah lah aku off ari tu, terbang ke HAN. mampus aku kena siapkan jugak by hari khamis petang jugak..kena banyak stay back la minggu ni gayanya... huhuhuhu stay sorang-soarang kat opis. Pening aku..pening... itenary hanoi pun tak prepare lagi, duit pun tak tukar USD lagi, jaket kulit pun tak pegi amik lagi. silap-silap aku kat sana nanti, aku check tadi, current temperature within 18c to 23c. sejuk kan, tu siang hari, kalau malam tak mau less than 15c. menyesal pun ada jugak g vacation time-time beze nih, actually tak tau pun boleh terbeze bulan nih. tetiba je, paper work ade atas meja... so supaya tak dibuang kerja..kena buat jugaklah.. kalau tak nanti dikata makan gaji buta, walaupun sebelum ni aku dah beberapa kali merangkul mahkota gelaran 2. cukuplah buat kesekian kalinya, kali ini aku tak nak dah... nak jadi pekerja yang baik.


Nih ade cerita yang tak beberapa best nak cerita, tapi memandangkan aku tengah ada mood untuk menaip aku relakan la jugak menceritakan cerita yang memang tak best nih, tak tahu apa kejadah yang terjadi aku telah dikurniakan demam yang paling tak best sedari jumaat hingga pagi ahad kelmarin. huhuh bosan memang tak suka langsung. tak tahu mengapa, tapi seingat aku tak penah pun main air hujan, apatah lagi KL mana penah hujan minggu lepas. makan silap..tak pun, cuma aku kurang makan nasi and banyak makan fiber tu je. yang paling pelik 2, aku langsung tak membuat pelaburan dalam nilai yang besar seperti yang biasa kulakukan setiap pagi.... dari hari sabtu sampai ke hari ini. Hadoi tu yang benar-benar memeningkan processor aku... 2 be cont...

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH