Kalamullah

Kalamullah

Friday, March 28, 2008

Just Mystify...

Pening dah kepala aku, malas nak pikirkan keja, cuma teringatkan esok sabtu dan ahad. hari untuk aku relax.. setelah hampir 4 minggu aku tak dapat relax untuk memanjakan diri dan relax untuk menginsafi diri... tak tahulah. dengan kerja yang semakin menimbun dari hari ke hari, tender Four Season Hotel sebelah KLCC, dengan pembangunan di Cuberjaya.. yang pasti aku tidak akan pernah relax dengan kerja-kerja yang aku sedniri kurang suka nih. apa yang aku boleh buat, ini aja yang mampu diberikan oleh department dan diriku.. tahan-tahan ajalah. Banyak yang aku harus fikirkan, dengan bisnis yang tak menjadi. bukannya aku tak nak buat.. tapi kurasakan sukar untuk meyakinkan persekitaran, kerna aku sendiri pun tak yakin dengan apa yang aku lakukan.



sebenarnya sejak kepulangan dari jakarta tempohhari, perasaanku seolah-olah dihambat oleh perasaan bersalah antara meneruskan karier di menara ini ataupun menerima tawaran ke projek indonesia ataupun mencari tempah berteduh yang baru, aku benar-benar pening kali ini. kadang-kadang confius dengan percaturan karma alam. dikala kita gembira kita melupakan detik-detik sukar... hahhh sukar untuk aku menjelaskan perasaan yang terpendam nih...

jika dulu aku keep asking kat mengomel-ngomel kat orang sekeliling aku bilalah aku akan dapat ofer, atau pun karier improvement yang lebih baik. tapi seingat aku sudah beberapa kali ada dapat tapi aku sendiri yang buat boolayan. antara yang masih aku ingat IJM (reject coz gaji just plus 10%), inai kiara (reject coz work non stop 90 hari kat malaysia timur).. setiap satu yang aku dapat semua nya ada pro and const. mungkin disebabkan aku suka dengan confort zone yang aku ada sekarang nih, tapi aku sendiri pun tak confort ngan apa yang dibayar and apayang aku learn almost 1.2 years kat work station nih.

akhirnya setelah puas mengadu kat orang, mungkin tuhan mendengar kali ini, dbukakan pintu rezeki ke jakarta project ngan kompeni yang sama jugak. yang psti semuanya x 2.1. sound great. tapi masih ada yang conts jugak. macammana aku nak tinggalkan orang yang kusayangi dan macammana aku nak bagitahu pada dia. pasti dia berfikian sebaliknya.. aku benar-benar bingung. perasaan ku berkecamuk, semak, gusah, semuanya. sampai bila aku terus berdiam diri, lambat laun saat itu akan sampai juga.


Kalau aku setuju memang satu benda yang aku nak buat sangat, dengan rupiah yang bakal aku terima nanti dapatlah aku beli umah, bayar itu bayar ini, improved kan saving aku.. macam-macam lagi yang memerlukan duit, tapi disatu faktor lagi aku akan kehilangan sesuatu yang amat berharga buat masa ini. memang betul aku boleh dapatkan disana, tapi nilai kesetiaan itu yang lebih penting buat masa ini. aku benar-benar bingung....

LELAX DULU, JOM BALIK UMAH WAT SPAGHETTI THEN TIDO.... Nyum nyum nyum


No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH