Kalamullah

Kalamullah

Thursday, March 27, 2008

Djakarta & Bandoeng... Starting great, middle moderate & Ending Worst Part II

Day 3: 22 March



Tidak ada apa-apa yang menarik pada hari ketiga nih, semuanya bangun agak awal, mungkin sebab mendapat rehat dan tido yang cukup. tepat jam 8:30, van bergerak meninggalkan bumi Bandung. sedih jugak nak blah, AJI muka dah berubah jadi hepi, mungkin sebab akhirnya dia terlepas jugak bebanan menjadi guide untuk geng gila kali ni. namun nampak juga dia sedih, tak kisah lah semua tu, still lagi boleh keep in touch thru tenet.







Untuk elakkan sakit hati lagi, decide balik jakarta guna jalan tol aje, view sepanjang jalan ke jakarta memang cantik, kawasan tanah tinggi, sawah padi bertingkat, gunung berapi, memang cantik. patutlah ramai orang datang ke tempat nih. Paling yang aku kagum, struktur besi jambatan keretapi yang tinggi melangit connect hill to hill, perghh dasat (a part of my daily job 2). nanti kalau ada kesemempatan aku nak trekking kawasan nih dengan kaki aku sendiri.



Lebih kurang 1 hour travel, stop brunch kat R&R aku pekena soto ayam, lain soto dia dari malaya, kalau kat sini guna nasi himpit, sana makn sup ayam dengan nasi biasa je. pas makan semua tak terlentuk baik punya, yang still berjaga cuma aku ngan pak supir aje, aku pun ngantuk jugak, cuma kesiankan pak driver sorang-sorang drive. sedar-sedar je dah nak sampai ker gerbang wisata, dekat ngan jakarta la 2. first sampai kami terus cari rumah tumpangan, jumpa satu location memang strategik, just walking distance to Tanah Abang. Rph 190000/ nite. not bad, bilik dia ok... ade 2 katil, aircond, tv, bathroom separate with toilet, view mengadap Tanah Abang mall.



petang 2 kami habiskan masa dengan pegi soping kat sarinah mall and mangga dua, sarinah mall, produk lebih kurang macam kat tanah abang tapi kualiti lebih baik, aku beli kain sarung untuk member aku je. mahal gak. tapi kat mangga dua tu macam Tanah Abang mall, tapi besar gila. satu hari round belum tentu boleh abis. kebetulan tengah aku dok jalan sorang-sorang, terjumpa kawan aku kat situ, dia dah transfer dati batan ke jakarta, sekarang dia keja ngan ABN-AMROape lagi banyak isu yang nak dibincangkan, ke McD akhirnya.. memandangkan antara tujuan aku ke sini nak beli kasut Renoma yang aku cari tak jumpa-jumpa kat Malaya. so aku decide nak pegi semanggi plaza kat Aston Hoten Sudirman, sebab aku tau kasut nih ade jual kat Centro kat situ, lagi pulak aku boleh wat facial terus kat cheap salon kegemaranku.



lepas makan malam kat rumah makan padang, terus mintak tolong driver antakan ke semanggi plaza, malaslah nak naik teksi jalan jem pulak, tak psal-pasal kena charge mahal2. alhamdulillah akhirnya kasut yang aku cari jumpa jugak, walaupun mahal, hampir2 RM250. aku rembat jugak, sebab tu antara tujuan utama aku datang sini. aku remabat kat baju kerja untuk aku barnd for Him (putih) and baju brand Izzue, RM50.00+RM180.00. Abis soping, Dedi membe aku 2 ajak g tengok Bioskop (wayang) tengok cite Ayat-Ayat Cinta, yang tengah meletop kat indon sekarang nih. cite dia memang best pasal percintaan cara islam, tapi banyak juga yang tak masuk akal, especially part orang arab boleh speaking indon, tu yang tak tahan 2. panggung wayang di indon leboh kurang macam wayang kat malaya jugak, cuma bezanya seat dia lebih besar dan lebih selesa. harga Rph25000. dalam RM12. same cam malaya. habis wayang terus balik hotel naik teksi melayang Rph11000. balik tak tido jugak bersembang dengan dua oarang membe indon sampai ke pagi. macam2 dibualkan, politik, cinta, kerja semuanya lah jam 5 baru tido...






Bangun jam 7 pagi terus ajak membe indon aku g breakfast kat luar, bukannya tanak makan kat hotel, tapi nak gak makan kat kedai tepi jalan jalan, pekena lontong sumatera. tak lah sedap sangat, tapi boleh ditelan. sambil makan tengok orang lalu lalang, tengok kelibat orang indon dengan daily life di tepi jalan di hari minggu nih. habis makan terus anto membe aku balik kat stesen teksi, tak tau lah bila lagi boleh jumpa dia. mata aku still mengantuk lagi balik bilik je lah sambung tido, malas nak join geng-geng aku yang lain g soping kat Tanah Abang, sebabnya tak ada apa lagi yang aku nak beli. semuanya dah dibeli. kalau pegi jugak mesti adabarng yang aku terbeli jugak nanti.. baik jangan pegi, bermimpi kat bilik lagi best...





Bangun tido terus check out, then memulakan jalan-jalan yang terakhir sebelum balik ke Malaya. destinasi pertama Monumen Nasional Indonesia. tak ada apa yang best kat situ cuma tempat orang lepak-lepak, main layang-layang, ada menara tinggi cam menara KL, tampat dia macam dataran masjid putrajaya. Bythe way tempat dia kotor, maintenance teruk sangat





Triple frame pic guna pentax..tak menjadi... joint area gegar :(






Anak kecil bermain riang, aku suka pic yang nih






Aku tak tahu apa nama monumen ni, tapi yang pasti


cantik, dekat dengan monumen Indonesia jugak






Lean and Mean.....






baru aku perasan, nih one of the shooting spot dalam filem tentang dia






Backgroud with Triple Play Coma Guy






Mungkin ni, antara benda yang paling menarik aku jumpa kat pasar senin, jakarta selatan. unik + eksotif, monyet nih dah jadi macam orang, siap dengan pakai baju seluar dan ada baju sendiri. see nampak tak kisah sebenarnya orang indon akan buat apa saja untuk dapatkan duit, walaupun dengan mengeksploitasi hak asasi monyet nih.. memang kesian kan




Petang tu, membe aku nih nak pegi beli keychain yang ada tulian jakarta, habis satu jakarta kami pusing cari key chain 2 tapi tak jumpa-jumpa, mall magga 2, kenangan mall, pasar pagi, pasar rotan, semua tak jumpa.. so banyak masa petang 2 dihabiskan atas keta aje... perut lapa pegi makana lagi, nasi minang lagi lah, dah tak boleh masuk dalam perut aku lagi nasi cam 2, makan sayur sahaja. Habis tu pegi makan dan sambung pusing-pusing cari Key chain sampai ke taman ancol, taman ancol tu macam cultural village, tempat dan platform seniman ndon present karya diaorang. takde ape-ape yang best pun. at the end jumpe jugak key chain kat situ, sementara nak tunggu balik ke airport, pekena teh kat gerai.




The biggest football on the planet



malam terus fly balik KL. Flight delay dari jam 20:20 ke 24:00. memang macam sial, air asia provide delay dinner cuma sticky rice ngan 3 ketul nugget goreng cicah ngan sos. tak sedap langsung.




Kat Check In counter terminal 2, muka cerah lepas buat facial Mustika Ratu Rph 192000 (mahal gila, kalau kat Semanggi Plaza cuma Rph 50000 jer)



dalam flight aku tidur je, sedar-sedar flight dah landing kat KLIA, nak hambik teksi balik mau dekat RM120. lagipun bas dah ada dah kul 4:30 pagi tunggu bas. akhirnya sampai umah jam 5:30 pagi, MC again, tak larat nak masuk opis,




No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH