Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, March 25, 2008

Djakarta & Bandoeng... Starting great, middle moderate & Ending Worst Part I

Mungkin pada blog-blog yang lalu, terutamanya minggu lepas, begitu banyak yang aku lontarkan perasaan tidak sabarku untuk menjejakkan kakiku semula ke kota jakarta, kota yang penuh dengan nilai kontra norma kehidupan yang berbeda, yang pastinya tidak sama dengan kota-kota lain yang pernah kulawati. Aku ingin melepaskan diriku dari stress dan bebanan kerja kolar biru,

Sebenarnya trip ke Jakarta dan Bandung ini terancang sejak dari bulan 10 tahun lepas lagi, ketika itu aku masih lagi join bebudak voley ball di taman tasik titiwangsa, tercari-cari teman sepermainanku, tetapi kini tidak lagi kerana, kurasakan jiwa ku tidak berada diarena permainan. Atas sebab-sebab tertentu aku sebenarnya tidak mahu meneruskan trip ini, tetapi memandangkan tiket flight telah dikreditkan dari Kad Plastikku, mahu atau tidak terpaksalah aku ikuti juga.

Perasaan excited ini semakin membuak-buak menghilang apabila melihatkan teman-teman yang kusertai sebenarnya kurang secocok dengan karakter yang ada pada diriku. . trip ini berkesudahan dengan satu nokhtah antara yang paling teruk kualami dalam hidupku.. biarlah ianya menjadi pengajaran dan titik batasan dalam perjalana hidupku.

Day 1: 20 Mac

AK954 13:40 KUL-CGK, Jakarta City from Plane



Aku mula keluar dari rumah sekitar jam 11:00 pagi, sebenarnya agar terlewat juga tambahan pula aku pergi ke KL Sentral dengan menaiki Rapid KL, yang sememangnya diketahui ramai dengan servisnya yang semain teruk. Aku sempat ke LCCT sekitar jam 11:45 pagi dengan airport shuttle bas. semasa dalam perjalanan lagi aku sudah mula pening kepala dan gelisah kerana aku terlupa kerana aku sepatutnya berada check in 2 jam lebih awal dari masa penerbangan untuk international boarding. Tetapi pada waktu-waktu begini aku masih di dalam perjalanan ke LCCT. lebih kurang jam 12:30 tengahhari baru aku sampai ke sana, teman-teman ku yang lain telah lama pun selesai mendaftar masuk dikaunter, masing-masing mula menunjukkan tanda-tanda tidak puas hati kerana aku lambat sampai. Aghrrr peduli kan itu semua, yang pasti aku masih lagi berada dalam batasan masa untuk check in. Dan ini bukannya kali pertama aku travel ke luar negara, bahkan helaian di pasportku sudah tinggal 6 page sahaja. jika dibandingkan dengan pasport teman-temanku yang masih baru dan tak bercop lagi. Selesai check in aku teruskan ke departure hall, pesawat terbang bagaikan burung Garuda melayang-layang diangkasaraya tepat pada waktunya, masih terdapat ruang-ruang seat kosong didalam pesawat, perkiraanku sekitar 70% sahaja yang terpenuh dengan makhluk yang bernama manusia. Perjalanan hampir dua jam itu tidak terasa langsung, mungkin kerana keletah temanku diseat belakang yang begitu excited dan teruja kerana inilah kali pertama melayang diudara dan apatah lagi menjejakkan kaki ke bumi asing.

Sekitar jam 14:30 WIB kota jakarta mula kelihatan dari celahan puing-puing awam, pencakar langit bersimpang siul disana sini. Akhirnya pesawat mendarat di soekarno Hatta Airport dan terus ke terminal 2. Facility di bandara ini begitu jauh berbeda dengan airport yang terdapat di semenanjung, apatah lagi nak dibandingkan dengan KLIA. Akhirnya dapat juga aku menyedut udara nyaman kota jakarta. Tak sabar pula rasanya aku untuk saeful yang ku kenal semasa out station di Jakarta tahun lepas.

Masalah pertama sudah mula timbul semasa di imigresen, pegawai yang bertugas meminta tiket perjalanan pulang sebagai pengesan pasport, malangnya temanku tertinggal didalam beg. dan kerana dipasportku masih terdpat business visa yang masih valid sampai ogos depan, so aku menjadi hero lah hari itu.
Selesai segalanya aku terus ke kaunter INDOSAT untuk membeli kartu Pulsa (Sim Card) talian Indon, untuk memudahkan aku berkomunikasi, kalau tak mau habis kredit Celcom aku kena charge roaming. berbeza dengan airport disenanjung, airport disini kutu-kutu teksi bersepah dan tidak terkawal, masing-masing berebut-rebut melobi untuk mendapatkan pelanggan. akhirnya setelah sesi tawar menawar yang hampir satu jam akhir dapatlah jugak driver dan kereta suzuki MPV untuk membawa kami semua ke kota Bandung. Sepanjang perjalanan terutama melalui Jalur utama Sudirman-Thamrin, dikiri dan kanan dipenuhi dengan pencakar langit dan mall-mall yang besar-besar. bahkan lebih besar dari yang ada di Kuala Lumpur. Sebenarnya orang Jakarta sememangnya kaya-kaya belaka. Saje je nak menyusahkan diri merempat kat tanah malaya nih.

Sebenarnya sedari awal lagi aku memangnya tidak bersetuju idea-idea kawanku yang lain untuk menokok tambah kota bandung sekali, pada aku jika mahu ke sana baik terus sahaja ambil chater terus dari LCCT ke BDG. Bukankan kah masa travel ke sana tu boleh digunakan untuk ketempat lain di jakarta ini. lagipula cuti maulud nabi sedang berlangsung ketika ini hingga 23 Mac. Yang pastinya jalan ke Bandung sesak... itu jangkaan ku awalnya. dan sepertinya tuhan memperkenankan doaku... selepas sahaja gebang tol Bogor, jalan terus aja macet hingga ke bandung (dari radio highway yang ku dengar). mungkin kerana sudah lapar atau juga mahu merasa ongkos orang malaya, pak supir mengajak nerhenti makan di Rumah Makan Minang, R&R Bogor-Bandung Jalan Toll. Sedap memang sedap tapi habis juga Rph300000. huhuhu jagi 6 tahun aku pun tak mencapai angka tu, ni lah jawa. Pak Barman driver terus mencadangkan menggunakan jalan luar ke bandung melewati Bogor-Punca-Bandung. mungkin satu alternatif yang terbaik, lagipula aku masih belum sampai ke Puncak, dari survey yang aku lakukan ianya merupakan kawasan tanah tinggi yang subur dengan pertanian produk citrus dan teh, serta spot paling terbaik di Pulau Jawa untuk Paragliding. Nah, jalannya lebih teruk dari jalan raya dikawasan pedalaman Sarawak. namun begitu dikiri dan kanan jalan dipenuhi rumah-rumah yang memenuhi setiap ruang pelusuk lereng-lereng pergunungan, kesesakan jalan yang teruk sejak dari kaki gunung lagi, kareta yang aku naiki sudah beberapa puluh kali mati enjin sebab terlampau panas. pergerakan lebih kurang 100 meter / jam. mudahnya kereta tidak bergerak langsung. bagi yang menaiki speda motor ini merupakan kelebihan untuk tidak terlibat sekali dalam kesesakan ini. walaupun begitu perlahan namunn aku masih terhibur melihat pemandangan dikiri dan kanan bahu jalan, walaupun sudah malam masih aku melihat dari kejauhan kerdipan lampu-lampu di Kota Cianjur, border Bondung-Puncak. Suasana di puncak sebenarnya tidak ubah seperti suasana perjalanan Ranau-Kundasang di sabah, cuaca yang dinginnya merupakan alasan yang paling terbaik untuk menjadikan jaket kulit merupakan pakain wajib bagi warga kacamatan ini. memang macho, seksi dan cantik. bayangkanlah dari anak kecil hingga ke tua kerepot pun masih menggayakan jaket kulit yang pelbagai rupa, fesyen dan warna. itu belum dikirakan mamat-mamat motor yang menggayakan siap dengan boot kulit, seluar kulit, jaketnya dan overal helmey, walaupun hanya menunggang HONDA C70. hahaha memang kelakar. itulah wajah sebanar disini. Mungkin disebabkan keletihan aku tertidur dan tersedar pabila telah melewati kota bandung yang sudah dibuai mimpi indah malam maulud nabi. kalau pada hari minggu biasa kota bandung akan dipenuhi dengan aktiviti malam, discotec, dangdut dan segala-galanya yang dikejar orang malaya. Mungkin sebab 2 jugak dia orang gelar Bandoeng Paris Van da java, kota percintaan indonesia.

Penat juga mencari-cari rumah tumpangan yang telah ditempah rakan baru yang dikenal dari laman chatting AJIE, Hotel Pulasari...pusing-punya pusing dan bertanyakan orang akhirnya terjumpa juga disebalik lindungan bangunan-banguanan tua lagi usang di Jalan Banci. Keluar sahaja dari van udara dingin bandung terus menggigit hingga ke tulang beting, walaupun berseluar tebal tapi menggigil jugak . pada kadar RM25.00 sehari aku rasakan bilik yang tersedia sudah cukup memuaskan, lebih kurang macam hotel pelacuran kat malaysia nih. malam itu selepas mandi kami keluar makan di kedai tepi jalan, sedap jugak.. nasi yang masih panas, dengan lauk yang baru dimasak.. memang sedap... sedap sungguh gulai sapi... RPH27000 (untuk 2 orang). Balik ke bilik jam 2 pafi terus tidur untuk mencari tenaga esok harinya.



View from room corridor

Prostitution Bed Rph 60000/nite :(

Day 2 : 21 Mac

pagi nih ada jugak yang bangun lambat, walaupun sudah bagitahu awal2. akhirnya lebih kurang jam 9 pagi.. van digerak menuju ke Ciater di daerah lembang, (jalan ke Subang) lebih kurang 40 kilometer dari kota bandung. sepanjang perjalanan seperti biasa melewati perkebunan pokok teh, ladang buah-buahan tanah tinggi, dan kebun bunga. tidak ketinggalan juga melalui Lembang Highland Resort tempat aku menginap tahun lepas. huhuhu rindu betul. dikiri dan kanan jalan dipenuhi hotel dan villa2.. semuanya penuh dengan pengunjung disebabkan cuti liburan 4 hari... rata-ratanya dipenuhi oleh warga kota Jakarta.. berdasarkan no plat kenderaan yang bermula dengan 'B'. sampai Sari Ater Hot Spring Resort, Ciater lebih kurang jam 10 pagi.. orang memang ramai kat situ untuk menikmati kepanasan air panas semulajadi gunung berapi. masuk kena bayar Rph 15000. oleh kerana kesuntukan masa, aku tak mandi pun, cuma mencelup kaki aje... dan berjalan-jalan di bazar hasil kerja tangan. Pergh yang tak tahan tu buah stoberi murah gila 3 pack Rph 1000 ~ RM3.80. dah tu fresh, manis betul. nih bukan yang masam macam kat cameron highland.

Penat pusing-pusing kat Ciater terus menggerakkan diri ke Volcano Tangkuban perahu untuk nengok kawah gunung berapi. mesti korang tau kan Kisah GUNUNG TANGKUBAN PERAHU ni kan. aku pun tak tau sebenarnye tapi driver tu yang cite.Al kisahnya berkisar kepada kisah percintaan antara si mak dengan sianak. cinta punya bercinta akhirnya masa nak melakukan penetrasi barulah simak tau boyfren 2 anak dia sendiri, sebab ade tanda kelahiran kat badan. pergh ni mesti kes mak dia awet muda nih. sebab 2 anak syok kat mak. Macam 2 la bunyi cerita dia lebih kurang. mungkin cerita dongeng kot.

kalau tahun lepas time aku datang time sini ujung minggu, so tak ramai orang. tapi kali ini dari pintu gerbang hingga nak sampai ke puncak kereta bersusun-susun. pelik gak aku ngan orang indon nih, gunung berapi kat tempat sendiri pun tak jemu tengok ke. kalau nak tunggu keta sampai ke puncak tak tahulah jam berapa, then kita worang decide join other team, trekking sampai summit, aku tak de hal, maklumlah badan fit katekan. tapi kesian kat membe-membe aku yang terover size gak. dok penat-penat panjat, time amaik gamba masing-masing posing tak nak kalah.Lebih kurang 20 minit

menapak, aku terbau benda yang aku kurang suka bau BELERANG ataupun bahasa dibulan ramadan Karbait meriam, maksudnya aku dah sampai ke puncak. Gila memang ramai orang, penjual-penjual hasil kerja tangan berpusu-pusu berkejar-kejar aci ligan dengan pelancung nak menjual produk hasil kerja tangan. barang-barang yang dijual cam biasa lahkey chain, rantai produk lokal. Aku buat tak layan jer, ikut hati memang kau nak beli. tapi kalau beli satu nanti semua datang kat aku suruh aku beli jugak. mau habis duit nanti. tak ada yang menarik kat situ pun. cuma kawah gunung berapi yang dah nak mampus (kurang aktif) dan memangnya tak wujud kat malaya so excited la jugak. Habis pusing-pusing summit gunung berapi perut aku pulak yang bernyanyi2, time mamam dah sampai, tak nya dah jam 2 petang. patutlah perut sakit. tapi walaupun sudah petang aku masih tidak merasakan tengahhari, mungkin kerana cuaca yang dingin dan nyaman. dalam perjalanan aku


stop kejap kat gerai jual buah-buahan di Lembang, kat sini banyak buah avocado, ala buah yang orang buat pencuci muka 2, iklan ponds. aku try rasa satu, lah poyo je lebih bukannya sedap sangat punpun, rasa berlemak macam air lazat je. hahaha. aku try ketan, sejenis pulut rebus kering then dibakar dan dimakan dengan kuah kacang dan serunding sebagai inti . Rph3000 satu. boleh tahan sedap. balik malaya nih boleh try (sori tak ade gambo ketan)

Makan tengahhari kat tempat yang aku rase terbaik pernah aku makan di Indon nih, Kampung daun Cultural & Cafe Village. Perjalanan nak ke tempat nih pun boleh tahan cantik, kiri kanan lereng gunung yang mengijau dan dipenuhi dengan kedai dan nurseri bunga-bunga tanah tinggi, memang cantik gila. dan aku rasakan bunga-bunga nih merupakan industri utama orang-orang kat sini. dan yang pastinya sini mesti ramai mat bunga dan pondan-pondan.


Seperti yang kujangkakan tempat yang Aji cadangkan nih memang best tak ubah seperti bora ombak ataupun nelly ataupun cerana. tapi lebih bagus dari itu, kerana tempatnya dalam hutan dengan ada air terjun semulajadi. semuanya benar-benar tradisional, eksotik n penuh sopan santun. makanan pun not bad, ayam kampung panggang, ulam-ulam, yang aku perasan satu iaitu kat sini memang susah nak jumpa ayam daging, semuanya ayam kampung, tu yang sedap 2.. kan ayam kampung makan 'macam-macam'. simpulannya aku jatuh cinta ngan tempat nih. waiters nyer huhui manis gile, melted aku. makan kali nih aku yang kena bayar habis lebih kurang Rph 400000, Ape lagi swap kad la, cash pun dah kurang dah. But still murah lagi kerna tempat dia memang best.



Akhirnya aktiviti yang ditunggu-tunggu sangat di Kota Bandung ini SHOPPING, geng-geng yang aku join sekali nih gila sikit, kalau shopping kalah orang pompuan. seperti biasa kalau di bandung 2 tempat-tempat yang samalah untuk bersopping. niat aku dari malaya nak beli jaket kulit original Bandung, ada aku jumpa, tapi harga dia boleh tahan dalam RM300. Rph 1.2 juta. taklah mahal sangat. tapi difikir-fikirkan balik beli pun nak pakai kat mana, malaya kan panas sepanjang tahun. bukannya aku keja kat Doha lagi atau dapat ofer kat mana-mana country yang sejuk. nanti jadi cam jaket banana republlic kat umah 2, berabuk je.. pakai nye tak.. Sudahnya hanya mencuba pakai je, belinya tak...

mungkin trend sekarang kat indon, bebudak suka pakai seluar pendek belang-belang dimatchkan dengan tshirt polos.. cute gak. so aku rempat selai ngan selai lagi baju bulu bebiri untuk letak kat opis. sebab opis makin sejuk dari hari ke hari. habid RM40 jer. murah kan (produk indon so murah lah dia). kat sini banyak factory outlet store, maknanya imitance nyer barang la tu yang aku tak berapa nak suka. Lepas abis pusing-pusing kat Broga street, bertukar kat street yang banyak jual kasut-kasut pulak, nama tempat dia aku x ingat. tapi memang banyak kedai kasut kat situ n ade satu mall tu jual cd jer, semua jenis cd dari cd ngaji-ngaji kepada cd sex songsang, bersepah, mat salih, indon, silap-silap pelakon malaya pun ada. hahahah

balik malam 2, terus keluar makan kat kedai makan tepi jalam, pada mulanya member2 aku tak nak makan, kotor sangat katanya, pada aku tak kisah asalkan cara dia buat bersih aku ok jer. manakn nasi dengan ayam panggang, Rph 7000/ porsi. masa makan ade pulak seniman jalanan datang wat show, menyanyi lagu UNGU, then Aji pun sumbangkan jugak suaranya yang sedap 2 dengan lagu sebelum cahaya , LETTO.. best beb suara dia. lepas makan niat nak pegi careffour jap, beli pulsa (kredit phone) tapi aku tersangkut kat galeri gambar, teringatkan membe aku kirim so aku beli, harga gamba kat bandung nih memang murah dari kat malaya, bahkan quality nya lebih bagus. nanti sambung kat PART II pulak










































No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH