Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, January 9, 2008

kepantasan PC Baru

:: FEEL FREE ::

Semasa di James Bond Island, Phangga Bay, Southern Thailand, Backpackers travel

Ini lah keje first yang aku buat pagi ni, walaupun x berkaitan dengan keja yang sepatutnya aku buat.. namun aku tak lagi mengeluh seperti hari-hari yang lalu kerana aku telah mendapat pc plasma screen yang baru diopis ini. ms vista.. semua complete untukku hinggakan boleh untuk bermain game high definition. runag diatas meja aku kembali menjadi seluas-luasnya, lagi banyak space lah untuk aku tido selepas nih. memang puas hati walaupun terpaksa menunggu hampir 4 bulan dan menelepon faizal dan fairus untuk mendapatkannya. dan mungkin jugak sebab dah tak tahan kene chase dengan aku juga mungkin menyebabkan aku mendapat pc baru. selamat tinggal pc lama yang tak guna lagi banyak menyusahkan aku. dah la slow, takdak crdw, usb port pun x boleh pakai apatah lagi nak download internet document. asyik-asyik pinjam network isrin ajer sampai dia pun dah naik bosan ngan aku.

Ni satu lagi cerita best untuk minggu ini, tetiba aje aku diarahkan pindah ke site, memang aku dah jangkakan keputusan ini akan dibuat mikel, munkig dia dah bosan tengok muka aku kat opis nih asyik ulang alik kesana sini, mengutuk-ngutuk bersama dengan kak adik, pegi minum kak pantry berjam-jam. dan mungkin sebab dia tengok aku tempat duduk aku asyik kosong aje subab kuat sangat menular & tak puas hati dengan tugasan yang aku lakukan. mungkin ini juga sebagai satu langkah perubahan yang terbaik untuk diri aku buat masa ini. katanya tak lama cuma 3 bulan sampai end of march, pegi buat tender dengan shimizu untuk projek selangor pahang water transfer 3billion project. kompom akan delay more than that, 3 billion tender nak siap dlm 3 bulan imposible... bunyi memang macam best sebab dapat keja dengan kompeni jepun, belajar cara keja and diciplinaries baru.. tapi yang aku tak tahan tu keja dari 8 pagi sampai 8 malam and no holiday temasuk sabtu ahad and public holiday. mampus aku.. camner ngan planning tahun ni besepah aktiviti jahat dan baik aku... dari menular, melancung sampai ke umrah.. cuak gak terus terang.. aku tanya kat norsham dia cakap boleh discuss nanti, tapi bile sampai mase 2 macam-macam la alasan yang aku dapat. aku tak peduli jugak sampai masanya aku cabut gak, program yang telah dirancangkan kena diikuti.. coming kuching 25 - 27 aribulanni. hnsss hepi + disapointed.

esok mungkin holiday aku yang terakhir seandainya aku kena stat keja kat shimizu ari jumaat nih, tetiba je ewan budak wal climbing 2 ajak aku g rafting kat sg gopeng esok.. RM155.00 banyak gak 2.. tapi sebab nak cari geng untuk climbing aku tak kisah rr, labur sket.. bukan aku nak pegi situ sangat pun, sebab penat rafting sg sedim minggu lepas pun tak hilang lagi. lagipula aku ada organize hiking bukit tabur sabtu nih n wall climbing kat nomad ahad nih. ewan nak pegi 5 orang je, campur aku la 2, dia drive and nak meet aku kat sunway pyramid sok kul 7:00 bleh kah aku berada disitu at the time. cuba la dulu. Buat masa nih wall climbing 2 tak kompom lagi la.. sebab pakai duit gak n depend klu aku x penat panjat bukit tabur.. si rahimi nak ikut tapi dia nak bawak kroni2 dia pulak (dia tu pun aku pelik jugak.. memang dari dulu aku rasa dia sangat pelik). yang kompom dengan aku sekarang ni pun tak lebih dari 6 orang, yang kompom aku n ijat.. klu yang lain x nak ikut pun aku pegi gak.. aku kan dah biasa hidup sorang..LONELY MEANS FREEDOM... tag line baru aku yang diciptakan pagi tadi FEEL FREE. aku dah tanya intan, tapi dia pun x kompomkan lagi.. maksudnya dah kurang 3 org lagi, tak kisah lagi sikit lagi senang manage. bukit tabur bukannya tinggi sangat pun, dah namanya bukit. mestilah rendah jer.. base on web page yang aku baca, trip dalam 3-4 jam je.. lime stone hill dan aku dah ecpect ape yang aku bakal jumpa nanti i.e bebudah chinese, pokok bonsai kecil, view klang gate, view kolumpo and yang pasti panas panas panas.. aku klu boleh nak pegi melenggang je kesitu pakai hot pants, top tank and mp3 player. i wish i could do that.
overall view bukit tabur:-







No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH