Kalamullah

Kalamullah

Thursday, January 31, 2008

Rising Up Soul.....

Expectation home meeting malam tadi dalm 5 orang yang bleh datang, at the end 2 orang je yang datang.. sorang tu kene keje OT, sorang memang bz.. sorang lagi kate terperangkap dekat menara Public Bank.. susah lah aku nak percaya.. tapi sekurang2 nya aku dah buat apa yang aku sepatutnya buat nizar n remy macam positif jer aku tengok.. great starting point. si remy dia dah tahu dah semua nih sebab dia penah buat benda yang sama but method traditional lah. hehehhee senyum tersimpul rapi pagi nih... selamat dua-dua nak join, kalau tak melayang RM15 duit aku malam tadi bayar enterance fee...

tak sabo lah nak tunggu kul 5 menjelma petang nih, senok and excited nak balik kampung lagi setelah 3 minggu asyik tengok hutan batu... kerinduan aku yang semakin menebal2 nak menziarah lembu-lembu ku di kampung. keta jimny buruk yang kompeni bagi 2 aku pass kat abang sharif, mintak dia tolong jaga dulu sementara aku nak dapat wira si scew... kira petang ni aku terus pegi JKR HQ pikup nizar, saje ajak dia balik sekali sebab umah dia kat bidor je, jalan yang sama jugak.. mane tau sambil-sambil 2 bleh chit-chat plan business.. kebetulan pulak dia tu ex scandal dengan jana, mana tau kasih yang terputus boleh terjalin kembali..balik kene singgah tanjung malim sekejap g jumpa jana suruh dia tolong isikan form supporter master eng aku. satu form lagi aku kene pass kat nizar... . arap-arap lepas lah.. klu semua ok.. menjadi pelajar kembalilah sebelah ini.. pelajar yang berduit, positif and stylo yearpp.. burppp.. klu semua setel mungkin aku boleh balik awal ke kl nih .. bawak mak abah aku kot g kursus umrah kat kg. pandan... kalau jadi lah.. kalau tak erpaksa lah postpone sampai ujung bulan selepas weekend meeting kat menara PGRM. klu minggu depan free sket plan nak kuar lepak2 ngan lan dulu.. keep in touch ngan dier first.. dan baru bleh plan stage yang seterusnya...

ni few pic mase aku g kuching ari 2...





Wednesday, January 30, 2008

Ohh Jerry...... ::::: ::)

Semalam sepatutnya aku ade biz apoinment ngan 2 potential client kat KLCC... tapi tak tahu yang dah jadi sorang 2 tak dapat datang sebab still attend meteing kat malacca n sorang lagi pulak tetiba berubah pikiran.. tak interested nak teruskan.. aku tak kisah sangat pun, macam bos aku cakaplah kn.. kalau ajak 100 orang pun myb sorang je nak join.. mula-mula 2 hepi jugak sebab dapat la rilek sikit malam nih.. sejak balik dari kucing aku tak betul dapat rehat lagi.. si bos call suruh aku g discuss ngan team kat bon bon gak kul 8.. hnsss paksa rela gak la... pas g terus g situ ngan budak opis aku... aku cepat-cepat setelkan semua sebab kul 9:30 aku dah nak cabut nak g stabuc KLCC jumpe si jerry..

rindu yang tak dapat aku nak cakapkan.. dah hampir dua tahun aku tak jumpa dia.. harapan aku agar dia maintain cantik sepertio sediakala ataupun paling kurang sewaktu aku mengenali dia dulu... dengan mengenakan pakaian seperti yang telah dirancangkan menunggulah aku bagai nak rak kat KLCC... dah lah mata ngantuk.. gigihkan jugak aku menunggu untuk sipondan sorang nih... akhirnya yang dinantikan pun muncullah.. wuekkkkk nak muntah aku tengok.. dah macam pelacur tua tak laku langsung.. selekeh + serabai yang maha azab.. dia datang ngan geng2 sealam dialah.. aku kena sound bagai nak rak.. naik segan gak aku semua orang dok perati... btw aku cukup hepi dapat jumpa jerry.. masih baik n cool sepeti dahulu kala.. 2 yang aku sayang dia tuh.... nanti sambung lagi yer.. nak g gym nih
\

Tuesday, January 29, 2008

Kuching = boring + sakit ati...

makin ari makin malas pulak aku nak menjengah web nih... tah sejak kene transfer ke kompeni baru nih... seolah-olah tidak ada masa walau sesaat pun untuk menitipkan sebaris dua ayat hehehe... sebabnya intenet kat opis shimizu 2 tak kene blok langsung... bukan cam kat uem nih.. sikit2 blok2... web page yang sepatutnya kena blok tanak plak di blok... hinshh tak paham betul aku pakah yang dilakukan oleh orang-orang diatas sana..


mungkin tahun ini dinamakan tahun cuti2 bagi diri aku.. mana ketaknya selang seminggu merayau-rayau aje.. belum hilang penat gunung datuk.. dah terbang pegi kuching, ujung minggu ni pegi singapore pulak.. pastu tioman, pastu gunung angsi.. panjang kalau nak cerita nih... ape pun memandangkan arini dah stat booking date promo free seat air asia aku pun tak melepaskan peluang untuk mengebook kan satu seat untuk terbang ke destinasi yang ada dalam kepala hotak aku.. memang nak pegi sangat ke angkor wat.. berhala2 kat situ seolah melambai2 kat aku... tapi tak jumpe pun tiket MYR0.00 yang ade MYR 99 and MYR 127.. mau habis MYR 500 klu aku book.. akhirnya jumpa jugak tiket free pada date yang telah dirancangkan 4-6 April... yes... MYR 280 jer.. fly to HANOI.. bleh tahan gak rasenyer.. wat mase nih aku pegi sorang je lah..ade ajak rahimi tapi tak tau la dia book tiket ke tak malam nih.... klu dia tak jadi pegi tepaksa lah buat macam kat phuket dulu.. chating cari orang kat sana untuk dibuat teman berhibur dan berlibur... hahahah.. simpan dulu cite 2..sebab lambat lagi.. masih ada 2 bulan lagik..


ni nak cite pasal trip pegi kucing 2-3 ari lepas.. oarng cakap kuching best.. pada aku tak de ape lah yang best sangat klu setakat nak pegi tengok pekan yang tak beberapa nak jem dan patung kucing yang dah berkurap sebab cat tak dimaintenance sempurna... tambah pulak hujan yang mengiringi dari saat aku landing sampai lah saat aku take off... maunya mood aku ilang terus... plan asal macam2 la mamat 2 nak bawak aku..pegi sana pegi sini pegi sinun... akhirnya menjadi aktiviti melancung ke kampung halamannya.. huarghhhh BOSAN.. aktiviti bejalan2 yang sebenarnya hanya berlangsung tidak lebih dari 6 jam itu hanyalah pada saat terakhir sebelum terbang balik ke metropolis KL. memang macam buang masa aku rasa, dengan flinght yang reschedule dari time asal... dah lah lewat kena pulak kuar duit teksi untuk balik TMN DESA. mungkin cukuplah sekali ini aku ke kuching.. tiada yang kedua lagi.

ni few pic mase g cna... tak excited langsung...

Friday, January 11, 2008

Cuti Yang Meletihkan, rafting, hiking, swiming

Huargh baru jam 12 tengahhari... penat betul aku rasa hari nih.. malas nak bekerja. baru balik daripada opis shimizu dekat pantai dalam. tak ada apa yang menarik pun IJM baru anto 2 orang QS, geng-geng staf jepun baru ada 2 orang. katanya bebudak muda jepun nak datang dalam ujung bulan nih.. tunggu dan lihatlah. tadi sorang apek tua QS IJM tanya aku pasal scope of work UEM, straight to the point temporary work related 2 water supply to site, mengelabah jugak aku jawab: biru merah muka aku.. dah memang aku tak penat incharge utilities services nih.. structure item tu expert la sebab memang tu master aku.. huhuhu cuak camner aku nak harungi 3 bulan kat kompeni 2.. tengan work station pun tak ada, terus terang x ada privicy langsung.. tapi mungkin yang best 2 x payah pakai smart2 pegi opis.. pakai biasa2 je cukup... hehehe sukelah

walaupun malam tadi akutido agak lewat lebih kurang jam 2:30 pagi sebab melayan luahan jiwa dan celoteh si farish tapi aku tak rasa mengantuk pun. segar semacam jer, mungkin jugak sebab pagi-pagi lagi aku dah kene kuar pegi site... sedar2 je dah tengahhari.

pagi lagi aku dah bangun lebih kurang jam 6 pagi, yang sememamngnya aku tak pernah bangun seawal itu. terus siapkan barang-barang untuk pegi rafting dekat sungai gopeng dengan geng baru yang aku tak pernah kenal langsung e-one. aku tunggu kat depat sunway pyramid lebih kurang jam 7 pagi. tapi jam 715 baru diaorang sampai.. cuak gak aku tengok keta murano yang diaorang bawah.. sah mamat nih bukan bekerjaya sembarangan ataupun mak bapak diaorang memang orang kaya hahya. journey aku x banyak besembang pun, dihabiskan dengan tido dan melayan perasaan sorang2. lebih kurang 10 pagi dah sampai kat sungai gopeng.. terus terang memang x mencabarkan sangat, banyak kene turun raft and tarik raft sebab air cetek.. bosan bot sangkut2.. menyesal kuarkan MYR 155.. huhuhu abis lagi duit aku.. dah lah aku lupa bawak kamera.. lagi lah aku bengang... klu x dapatlah aku tunjukkan betapa bosannya aku meranik raft yang berat gila 2... membe-membe baru nih best la jugak.. kelakar tapi kutuk aku x ingat.. abis raft dalam kul 1 terus makan2 dan gerak balik ke kuala lumpur sebab aku ada lagi dua aktiviti yang perlu aku settlekan arini jugak.. excited nih sebab semua aktiviti extreme harinih...

sampai kl dalam kul 3:30 petang aku terus amik keta dan kamera terus gerak pegi taman melawati, to be exact bukit tabur kat empangan klang gate.. sesat jugak aku nak sampai ke situ, maklumlah buat keje sorang2.. otw kat taman melawati tejumpa la dengan geng-geng pelakon yang berpura2 straight nih si awal n faisal khan (jelatang) tengah dok test sprint keta lumpa sesapa ntah... aku pun apa lagi saje je pres keta aku yang memang dah macam F1 tu. semasa aku sampai kat kaki bukit 2 adalah beberapa kumpulan hikers yang dah pun turun, cuaca masa tu memang macam tak mengizinkan aku untuk meneruskan niat aku langsung tambahan pulak aku nak hiking soang-sorang. satu lagi tindakan berani mati yang bakal aku lakukan..silap-silap lain pulak yang jadinya.. tapi memandangkan aku dah pun sampai aku teruskan jugak niat aku tu, hiking sampai setakat mana yang aku termampu... pastu patah balik ke base point. semasa nak mulakan pendakian 2 adalah 2 orang mamat nih yang baru nak hike sekali, aku ingat aku nak join diaorang sekali. tapi slow sangat dia panjat mungkin sebab tak pernah hiking mungkin. at the end aku decide hike sorang2 je lah... lagipula aku pun dah biasa wat benda sorang-sorang hahahah.. so ni few pic yang aku amik. habis trekking dalam kul 530 petang terus g public pool kat bandar tun razak menjalankan aktiviti yang aku paling gemari swimming.... hheh splash


Wednesday, January 9, 2008

kepantasan PC Baru

:: FEEL FREE ::

Semasa di James Bond Island, Phangga Bay, Southern Thailand, Backpackers travel

Ini lah keje first yang aku buat pagi ni, walaupun x berkaitan dengan keja yang sepatutnya aku buat.. namun aku tak lagi mengeluh seperti hari-hari yang lalu kerana aku telah mendapat pc plasma screen yang baru diopis ini. ms vista.. semua complete untukku hinggakan boleh untuk bermain game high definition. runag diatas meja aku kembali menjadi seluas-luasnya, lagi banyak space lah untuk aku tido selepas nih. memang puas hati walaupun terpaksa menunggu hampir 4 bulan dan menelepon faizal dan fairus untuk mendapatkannya. dan mungkin jugak sebab dah tak tahan kene chase dengan aku juga mungkin menyebabkan aku mendapat pc baru. selamat tinggal pc lama yang tak guna lagi banyak menyusahkan aku. dah la slow, takdak crdw, usb port pun x boleh pakai apatah lagi nak download internet document. asyik-asyik pinjam network isrin ajer sampai dia pun dah naik bosan ngan aku.

Ni satu lagi cerita best untuk minggu ini, tetiba aje aku diarahkan pindah ke site, memang aku dah jangkakan keputusan ini akan dibuat mikel, munkig dia dah bosan tengok muka aku kat opis nih asyik ulang alik kesana sini, mengutuk-ngutuk bersama dengan kak adik, pegi minum kak pantry berjam-jam. dan mungkin sebab dia tengok aku tempat duduk aku asyik kosong aje subab kuat sangat menular & tak puas hati dengan tugasan yang aku lakukan. mungkin ini juga sebagai satu langkah perubahan yang terbaik untuk diri aku buat masa ini. katanya tak lama cuma 3 bulan sampai end of march, pegi buat tender dengan shimizu untuk projek selangor pahang water transfer 3billion project. kompom akan delay more than that, 3 billion tender nak siap dlm 3 bulan imposible... bunyi memang macam best sebab dapat keja dengan kompeni jepun, belajar cara keja and diciplinaries baru.. tapi yang aku tak tahan tu keja dari 8 pagi sampai 8 malam and no holiday temasuk sabtu ahad and public holiday. mampus aku.. camner ngan planning tahun ni besepah aktiviti jahat dan baik aku... dari menular, melancung sampai ke umrah.. cuak gak terus terang.. aku tanya kat norsham dia cakap boleh discuss nanti, tapi bile sampai mase 2 macam-macam la alasan yang aku dapat. aku tak peduli jugak sampai masanya aku cabut gak, program yang telah dirancangkan kena diikuti.. coming kuching 25 - 27 aribulanni. hnsss hepi + disapointed.

esok mungkin holiday aku yang terakhir seandainya aku kena stat keja kat shimizu ari jumaat nih, tetiba je ewan budak wal climbing 2 ajak aku g rafting kat sg gopeng esok.. RM155.00 banyak gak 2.. tapi sebab nak cari geng untuk climbing aku tak kisah rr, labur sket.. bukan aku nak pegi situ sangat pun, sebab penat rafting sg sedim minggu lepas pun tak hilang lagi. lagipula aku ada organize hiking bukit tabur sabtu nih n wall climbing kat nomad ahad nih. ewan nak pegi 5 orang je, campur aku la 2, dia drive and nak meet aku kat sunway pyramid sok kul 7:00 bleh kah aku berada disitu at the time. cuba la dulu. Buat masa nih wall climbing 2 tak kompom lagi la.. sebab pakai duit gak n depend klu aku x penat panjat bukit tabur.. si rahimi nak ikut tapi dia nak bawak kroni2 dia pulak (dia tu pun aku pelik jugak.. memang dari dulu aku rasa dia sangat pelik). yang kompom dengan aku sekarang ni pun tak lebih dari 6 orang, yang kompom aku n ijat.. klu yang lain x nak ikut pun aku pegi gak.. aku kan dah biasa hidup sorang..LONELY MEANS FREEDOM... tag line baru aku yang diciptakan pagi tadi FEEL FREE. aku dah tanya intan, tapi dia pun x kompomkan lagi.. maksudnya dah kurang 3 org lagi, tak kisah lagi sikit lagi senang manage. bukit tabur bukannya tinggi sangat pun, dah namanya bukit. mestilah rendah jer.. base on web page yang aku baca, trip dalam 3-4 jam je.. lime stone hill dan aku dah ecpect ape yang aku bakal jumpa nanti i.e bebudah chinese, pokok bonsai kecil, view klang gate, view kolumpo and yang pasti panas panas panas.. aku klu boleh nak pegi melenggang je kesitu pakai hot pants, top tank and mp3 player. i wish i could do that.
overall view bukit tabur:-







Wednesday, January 2, 2008

2008 permulaan yang membosankan

ahhhh macam makin teruk sahaja permulaan tahun ini dibandingkan dengan tahun lepas... ni yang buat aku rasa cuak ajer, semalam satu hari aku buat benda yang aku sendiri pun tak suka, malam tadi apakah bodohnya aku g buang duit minyak dalam rm 10 g pantai dalam nak g pasar malam, akhirnya takdak pasar malam pun sebab hari selasa. aku ingatkan semalam dah hari rabu dah.. nampak sangat aku bosan dengan idup aku. pas 2 aku terus g makan kat bangsar village food court niat asalnya nak g tengok klu R ade2 kat ctu, kedai dia dah tutup r, mungkin close coz new year eve, cam biasa r aku yang kene kuar duit. aku bukannya nak bekira sangat pun, tapi klu ngan pompuan @ awek dia sanggup kuar duit g beli baju kat pompuan 2, ni nak tolong bayo makan ko sendiri pun ko tak nak , bukan aku suruh ko belanja aku makan pun. tensen lar dengan budak-budak muda zaman skg nih. pagi isnin kelmarin lagi lah macam sial, seolah-olah tuhan x sayangkan aku langsung... masa aku nak pegi opis, aku turun kat parking bawah nak amik moto nak g opis, helmet aku hilang, aku letak kat bawah seat. abis mamat gam kopak moto aku, seat lock patah. memang barua lah orang melayu kat situ.. nak taknak tepaksa aku menebalkan muka aku g mintak helmat kat ijat, selamat dia nak bagi helmet agv dia kat aku. pas aku g ofis awal tapi kul 10:30 aku dah balik rumah sebab x ada keje yang sememangnya hari-hari pun tak penah ada keja.. balik nak g umah ijat g amik barang2 yang dia nak pindah (ni lagi sorang, selalu buat hal yang dia create sendiri yang akhirnya aku sendiri yang kena tumpang tanggung sekali) sekali aku start enjin keta x mau hidup la pulak. salah aku jugak dah hampir 3 minggu keta 2 tak hidup2 langsung dari sebelum raya haji sampai skg n lepas new year, mau tak mahu melayang lah RM270 beli bateri baru, swap kredit kad pak lim lah apa lagi. habis tolong ijat malam 2 aku g umah li kat seri kembangan dengan lan, boleh sesat sebab mamat tu tak tau jalan, eksyen je lebih macam pandai sangat (tu lah akibatnya suka sangat tengok rancangan tv yang tak berfaedah langsung), niat 2 aku nak kuar awal dalam jam 8 tapi lan nak g teman nuar g klinik plak demam kepialu mungkin, jadi katenye dia bley ready dlm jam 9.. dia balik umah jam 9 siap g mandi dulu, benganggak aku rasa.. at d end kul 9:30 baru gerak... lepas jumpa li teruk g makan kat restoran yang memang x sedap, mahal plak 2.. cukuplah sekali 2 aku makan kat situ, tanak lagi dah pas ni... masuk putrajaya jalan jem akhirnya selebrate bungapi kat atas bukit putra.... bosan gak malam 2......

Berlalu setahun yang lalu....

pejam celik, pejam celik sudah setahun berlalu.. sungguh aku tak sangka begitu cepat masa berlalu.. semuanya bergerak bagaikan angin yang bertiup sahaja.. tiada apa-apa yang kurasakan.. yang pasti usiaku makin dewasa, dan yang aku tidk pasti adakah aku makin matang dan tenang untuk menghadapi hari-hari mendatang yang aku sendiri pun tidak tahu bagaimana...

mungkin ini sedikit rentetan tahun lepas yang aku msih ingit dan ingin kulemparkan disini, yang paling teruk kurasakan adalh kene hantar balik daripada projek di qatar, bulan 2... tuhan sahajalah yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu, di muka aku memang macam tiada apa-apa yang terjadi, tapi jauh dibenak hatiku.. luluh, hancur kecewa, sedih semuanya ada. itulah hakikat yang aku tidak dapat terima hingga ke saat ini.. memang sukar untuk ku terima apatah lagi untuk ku luputkan dari kotak ingatan ku. dan kerana itulah juga duit aji bulanan aku pun telah berkurangan yang teramat-amat sangat dari 4300 kepada hanya 1850 ( yang sebenarnya aku hanya mendapat 1600 selepas ditolak EPF & SOCSO). memang perit untuk ku meneruskan cara hidupku yang keterlaluan dengan income bulananku sebanyak itu. mahu atau tidak terpaksalah aku menggunakan duit saving aku dari doha yang tidak beberapa banyak itu juga, dan yang menghairankan aku orang-orang disekeliling aku masih beranggapan aku masih memperolehi income bulanan yang banyak kerana aku bekerja dengan GLC, kepala hangguk pantat babi... ini GLC barua gaji fresh grad lebih tinggi dari gaji aku yang 3 tahun dah keja nih.. duit dalam akaun bsn aku semakin berkurangan dari hari kehari... tiada apa yang ku beli sangat pun.. rumah sewa ketika itu tidak perlu dibayar pun sebab aku duduk dengan kakak aku, makan pun tidak perlu kerana aku pun tidak makan tengahhari di opis. tetapi dut aku masih lagi semacam air hujan yang laju sahaja mengalir..
ada jugak anak-anak setan yang cuba untuk mengikis duit aku dengan mengajak aku makan-makan ditempat yang mahal-mahal. ini lah dunia

aku beli motor skuter motorad zahari punya untuk aku berulang alik ke tempay keje, memang aku berpuas hati dengan moto 2.. cute smart dan sentiasa menjadi perhatian oleh mat-mat pencuri dari anak-anak orang melayu diluar sana. aku pindah duduk kat flat orang miskin pantai dalam, kampung kerinchi. dekat 2 bulan jugak aku duduk menempek kat rumah farid 2.. kenal dengan hisyam.. aku seronok sebenarnya dok kat situ. mungkin kerana angin disitu yang kuat dan mempunyai pemandangan yang indah walaupun rumahku hanya ditingkat 5.. kerana member junior lama ku aku dah setat pegi clubing di kelab yang kurasakan aku sepatutnya pergi, malam pertama lagi aku telah mendapat R.. mungkin keranan aku terlalu muda dan bodoh, mungkin ditambah dengan tiada pengalaman becinta menyebabkan aku mudah terpengaruh dan terus masuk ke perangkap cintanya. walaupun pengalaman itu tidak melebihi 2 bulan tetapi saat indah itu sungguh mengasyikan dan mengghairahkan... aku terlalu sayangkannya.. mungkin bukan rezeki aku dan tuhan lebih menyayangi aku tan tidak mahu aku terus terjerumus ke kancah hina ini.. r tinggalkan aku macam 2 saja, tanpa kata putus.. perit, sedih, menangis hari-hari itu lah yang kurasakan dan alami, memang tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. hingga kesaat ini aku masih tidak dapt melupakan kan R dan sekali sekala aku masih melencongkan gen2 ku ke daerah bangsar village ataupun bangsar utama hanya untuk membayangi saat indah yang lepas. dan keta gen2 yang aku beli 2 pun sebenarnya untuk R, bukannya bermaksud aku nak bagi pada dia tapi untuk aku kuar jalan-jalan ngan dia, kerana sebelum ini aku asyik pinjam keta kakak aku aje.. n lepas aku kuar dari rumah dia kena lah cari keta sendiri.. tapi sayang r sempat guna keta aku 2-3 kali saja.. lepas 2 dia terus x nak jumpa aku.. klu orang dah tak suka kita terima jelah.. takkan nak wat muka tak malu pulak nak menagis kat orang.. (nih dah macam kisah aku ngan R jer).. pas 2 aku dah stat down, keje pun dah malas sampai la membe baik aku dari doha balik ke msia barulah aku rase macam hepi sket.. dia bawak aku g main voleyball... bola yang memang dah lama aku x main, dan aku memang teringin sangat nak main-main... malas r nanti lah aku sambung balik
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH