Kalamullah

Kalamullah

Monday, December 3, 2007

Nuang Oh Nuang..sakit gila kakiku


Hari ni penat sungguh badan aku rasa, penat ynag tidak dapat digambarkan... sudahlah malam tadi tidur pun tak beberapa nak lena, semua ni gara-gara kaki sakit akibat hiking semalam lar... tapi tak kisah lah semua kesakitan yang aku alami, sebab semua nya berbaloi dengan apa yang aku dapat semalam.. pendakian yang benar-benar hebat.. buat masa inilah sebab dah lama aku tak test sprint stamina hiking aku.. masih dahsyat lagi aku rasa.. dalam tempoh 4 jam 30 minit aku berjaya sampai kepuncak gunung nuang, penakluk puncak pertama hari semalam, akulah pelakar kesan jejak yang pertama semalam..


Kalau tak kerana wafi ajak aku, dah tentu aku takkan sampai kepuncak semalam, tah tiba-tiba setelah menyembunyikan diri sekian lama, asyik konsentrate dengan acara larian nya sahaja dan atau mungkin setelah bosan mendengar komplen dan desakan akau supaya mengorganizekan lagi akviti memanjat bukit yang betul, akhirnya betul-betul wafi ajak aku.. email ku terima hari rabu yang lalu... perancangan yang tiba-tiba muncul dibenak fikiranku, nama farid, izad n beberapa orang lagi muncul dalam kotak fikiran ku selain daripada senarai wajib.. RAJAN tingkat 8. aku melobi farid dan izad bagai nak rak... akhirnya pada hari yang dijanjikan hanaya izad je yang mengreply mesej bangun pagi.. so apalagi tanpa bersembahyang subuh aku terus memecut gen2 kesayangan aku melalui federal highway yang lenggang seawal 6:30 pagi pegi ambik izad kat pantai dalam.. macam 2 lah budak-budak muda sekarang, semuanya nak kita yang kena amik... walaupun hakikatnya, dia boleh datang sendiri ke rumah aku.. tak kisah lah yang penting segala plan-plan berjalan dengan lancar. sampai aje keblok E perumahan awam pantai dalam, izad sudah terpacak dengan beg hiking murahnya dan cap samuel & kevin yang di beli di Ipoh dan kasut pegi site brand Timberland (kasut pegi site dia nak buat pegi hiking, kejap lagi jadi bala lah nie).

selesai semua aku terus memulakan perjalanan ke kaki gunung nuang, tempat yang dijanjikan pejabat pengawal hutan mudahnya tempat melapor diri sebelum buat hiking.. base on email from wafi, stat trekking jam 730 pagi sharp. on the way ke situ aku singgah sebentar kat 7-eleven batu 9 pegi beli bateri untuk kamera izad.. biasalah pakcik kenalah kuar duit untuk anak sedara sendiri kan.. dia rembat energizer long lasting xtra.. abis gak kat RM10 duit aku pagi 2. dah nak dekat sampai pangsung aku singgah jap kat kedai jual breakfast tepi jalan, rembat 4 bungkus nasi lemak daun pisang, 3 biji kuih... perghhh bau nasi lemak yang aku tak tahan 2, sedap gila... tak sabar nak sampai pangsun nih nak mengkedarah nasi lemak.. (aku memang hantu nasi lemak pun, sebab tu, exercise macam mana pun, badan aku ayah nak turun... lemak bertaburan dalam badan).

Aku try call farid dekat 10 kali jugak, bukan apa nak pastikan dia datang join kitaorang hiking ke tak. sebab semalam masa aku call dia kata nak ikut bagai nak rak. mesej aku dah hantar sejak 5:45 pagi tadi, tak bebalas. aku call pun tak berjawab jugak.. so aku assumed dia masih diulik mimpi basah mungkin dan tak berminat nak join hiking sekali. samapai kat parking keta lebih kurang jam 730 pagi, keta waja zafrul dah terparking kemas dengan windscreen di cover rapi takut dashboardnya terbakar mungkin.. aku cuba mencari-cari zafrol n d geng kat sekitar situ tapi tsk jumpa pun.. keta ade tapi orangnya pun tak ada... ahhhh aku rase diaorang dah panjat dah.. takkan diaorang sanggup tunggu aku sampai jam nih.. mungkin kali ini diaorang punctual.. hiking terus jam 730 sharp. mungkin tunggu aku kat kem lolo.. agak hati aku.. ikutkan memang aku takut nak panjat dua orang sahaja, walaupun trek ke lolo aku dah tahu, memandangkan ada trekkers cina yang lain, jadi aku tak kesunyian n masih ada teman yang bersama ku ditrek nanti... aku mula melangkahkan kakiku meninggalkan gate kem tepat jam 745.. langkah ku sengaja ku cepatkan dan dimulut ini tidah henti-henti mengimgatkan izad supaya jalan cepat2, nak kejar geng2 zafrul kat depan... hnsss.. sampai kat kem lolo aku tak nampak pun kelibat zafrul, rajen mahupun wafi... sah diaorang tak jadi datang, ataupun masih menungguku di base camp.. ahh takpalah dah alang2 sampai ke kem lolo, baik aku teruskan sampai ke puncak.. lagipun disepanjang trek memang ada disediakan penunjuk arah puncak, jadi tak mungkin aku sesat, kalau mulut tak bacul dan celupar lar... izad mula pancit, dan menunjukkan tanda menyerah kalah, ahhh aku dah stat bosan dah nih.. bukannya apa, dari 5 hari lepas dah aku pesan kat dia supaya training, joging tak pun panjat tangga flat pantai dalam tu, tapi dia tanak buat.. stamina dia kuat katanya. tengok sekarang nih dah bagi burden kat aku... mahu atau tak aku terpaksa mengikut rentak langkah dia, dia mula sakit kaki.. dan nak berkaki ayam sahaja.. aku cuba menghalang pada awalnya sebab banyak batu dan duri-duri yang tajam disepanjang perjalanan.. dia degil jugak.. dah tak tahan sakit sangat katanya.. ok je lah...

lepas kem pacat barulah pendakian yang sebenar bermula, treki 70%, anak-anak tangga akar pokok yang betul2 membuatkan kepala lututku macam nak tercabut, semasa di kem pacat tadi aku terjumpa seorang hikers cina, katanya peak dah tak jauh dah lebih kurang 30 minit jer.. tapi dah hampir satu jam aku panjat juga kaki dan tangan semua tenaga dah aku kerahkan tak samapi-sampai lagi.. kena kelentongkah kami ini... terus terang kalau tak kerana latihan intensif di gym dan joging dah pasti aku dah patah balik turun bawah... dah lama aku tinggalkan dunia trekkers nih last aku hiking gunung kinabalu tahun 2002, itu yang terakhir.. selepas 2 aku konsentrate pada kayak dan kenu saje... selamat aku practice gila2.. klu x tak tau lah camana nak cakap...


YES akhirnya aku sampai jugak ke puncak, jepi gila ... tapi tertipu itu bukannya puncak yang aku cari, itu puncak pengasih.. masih ada satu lagi puncak disebelah kiri yang harusku daki untuk ke puncak nuang.. mahu atau tak, dan atas persetujuan izad.. kami meneruskan pendakian.,. jam sekitar pukul 11:30 pagi.. masa maksimum telah ditetapkan kami hanya perlu mendaki hingga jam 1 petang sahaja. jika tak sampai ke puncak kami perlu berpatah balik ke base camp, tak sanggup aku nak bergerak dengan kaki yang sakit pada waktu malam, tambahan pula dengan kit2 x aku bawak bersama. selepas turun dan panjat semula permatang 70% sekitar jam 12 tengahhari aku menakluki puncak nuang, berdiri gagah didepanku segitiga tripod puncak penanda aras kejayaan ku hari ini.aku sampai ke puncak,, uhuhuu boleh tahan sejuk... sejuk yang sampai ke tulang sum-sum ku.. benda yang mula2 aku buat bila sampai ke puncak iaitu makan nasi lemak daun pisang... kelazatannya ya allah azabnya.. sedap sunggup menikmati sarapan pagi diketinggian 1400 m DPL... kena pulak dengan telur rebus extra dan buah lai yang aku bawak memang perghhh masyuk... lebih kurang jam 12:45 tengahhari aku mula start menapak turun balik.. niat dihati memang macam hepi lar... sebab x perlu mendaki lagi.. perghhh 2 yang sku tak tahan 2.. kepala lutut aku mula dah nak terasa sakit.. betul la orang cakap.. turun lagi perit rasa.. mula menangkap bahagian kiri kaki aku dulu... lepas 2 sikit-sikit menyentap lutut kanan.. dengan penat, dehidrate lagi.. kuatkan semangat je lar nak sampai ke base camp. ijat memang dah berada pada tahap kritikal dah, jalan tak sampai 50 meter dah berenti ambik angin dekat 10 minit.. huhuhu nak aje aku sound cam panjat ledang 6 tahun yang lalu.. move move move.. tapi tak sampai hati lah pulak aku rase.. kang tak pasal-pasal menangis anak orang pulak...

hampir satu jam tiga puluh minit masa diambil untuk aku sampai ke kem pacat, lari 30 minit daripada target asal.. sebenarnya boleh dapat kurang dari sejam, tapi disebabkan skru kepala lutut masing-masing dah mula longgar dan haus. 2 yang jadi macam 2 tuh.. dari kem pacat menuruni tangga akar kayu untuk samapi ke kem lolo, kat kem lolo ada pulak mamat hikers yang tah dari mana muncul, badan meletup, kekar 6 pax.. kulit putih, bulu sikit2 jer.. aku stop jap cuci mata.. ijat sampai je kat situ perjalanan diteruskan untuk sampai ke base camp secepat mungkin. melepasi kem lolo masih terserempak dengan beberapa pendaki yang masih cuba menawan puncak nuang, walau pada hakikatnya... mustahil untuk sampai ke puncak kerana keadaan yang hampir malam dan telah lewat benar.. sekumpulan pelajar sekolah bercamping beramai-ramai berhampiran dengan empanganan puaka. akhirnya lebih kurang jam 4:50 petang kakiku akhirnya menjejeakkan kaki ke jalan yang bertamadun.. ahhh lega....

dari jauh aku dapat melihat kelibat seseorang yang ku kenal berhampiran pondok wakaf yang hampir nak runtuh menyembah bumi.... ku cuba mempercapatkan langkah perjalanan ku. dah sah memang tidak disangkal lagi itulah geng-geng yang merancang trip hiking hari ini.. hanjing koraizon gila... dekat sini rupanya diaorang bertapa-tapa..

dan kebetulan diaorang dalam perjalanan pulang dari kem pacat dan berenti amik angin kat situ. kisah yang sebenarnya pun terjawab sudah, rupanya wafi n rajan sampai lambat lebih kurang jam 8:00 pagi baru samapi ke pase camp pagi tadi. si zafrol pulak memang dah sampai awal, dan masa aku sibut kemas barang dekat kereta pagi tadi dia ada di toilet camp site melabur.. dan memang sah lagi jelas, keta waja yang ada windscreen protector 2 keta dia.. rupa-rupanya diaorang tunggu aku n izad sampai pukul 8:45 pagi dekat bawah, try call aku tapi tak berjawab, sebab aku offkan phone aku. then geng 2 hanya hiking sampai kem pacat ajer... nasib baik aku tak tunggu diaorang, klu tak tak sampai alah kau ke puncak nuang ari2... perjalanan ke base camp diteruskan beramai-ramai. izad memang dah lemah gila, berkaki ayam dan aku kena carry beg dia... selamat ringan, klu tak boleh menyumpah jugak aku dibuatnya.. zafrul pinjamkan kasut selipar jepun kat izad untuk mengurangkan kesakitan yang dialami... sekali lagi aku terserempak dengan geng hikers dilolo tadi, semuanya dalam perjalanan pulang. Akhirnya sekitar jam 6 petang sampailah ke base camp. rajan, wafi dan zafrol desided nak g mamam kat satu restoran kat area ululangat. aku ngan izad pulak nak pergi menimkmati kesegaran air gunung kat pangsun.. so berpecah lah kitaorang disitu.. mandi kat pangsun best gila, kereta boleh parking sampai ke gigi air, dengan air yang jernih dan tempat mandi manda yang jernih dan belum didatangi orang ramai.. balik berhenti makan dekat dusun tua, restoran siam-kelantan, udang sotong celup tepung, telur bistik, sup ayam, daging masak merah, kailan ikan masin sedap gila apatah lagi dengan perut yang lapar dan badan yang letih nih.. murah hampir RM25 sahaja.

berakhirlah sebuah perjalanan suka luka NUANG. walaupun macam-macam benda yang terjadi, daripada planning yang tak menjadi, dengan tak tahu jalan untuk ke puncak pakai baitai ikut tanda jalan, tak cukup team hikers, perut yang lapar, kaki sakit, pancit semua adalah.. dah sesungguhnya aku masih lagi bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat walaupun dah lama aku tak hiking... dan dengan kaki yang sakit, masih mampu menjadi penakluk pertama puncak nuang ari itu... itu lah ynag menjadi sejarah....

itenary:
stat hiking: 7:45 pagi
sampai puncak: 12:00 tengahhari
turun puncak: 12:30 tengahhari



sampai base cap: 5:30 petang

raw water: 2 liter
food: 4 buah pir, 3 biji telur rebus, 2 nasi lemak daun pisang,
breakfast: 1 biji karipap

hiking kit:
trekking shoes, haveset 40 liter, mp3 player, tank top(top man), beach pant (cult)



No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH