Kalamullah

Kalamullah

Thursday, December 13, 2007

vacation Hat Yai to Phuket

nanti lar aku taip... aku betul2 hilang mood sejak kena anto balik ke malaysia nih since bulan 2 2007... apalah nasib aku..

Wednesday, December 12, 2007

:: Kota Bharu + KTM = Backpack Learning Trip ::

aku pun dah tak ingat kisah nih.. mungkin dah terlampau lama aku tinggalkan sampai aku sendiri betul-betul lupa.. yang aku sempat ingat aku pegi dengan ijat 3 malam 2 hari.. memang letih dan penat gila travel dari kl naik ketapi harga tiket RM56.00 return. habis dalam RM200 aje beli seluar jeans selai, haveset satu... pusing-pusing satu KOta Bahru naik bas n motosikal abang aku... best gak sebenanya.. orang kelantan pergh.. tak tau nak cakap camner.. wat stim jer.. muka semua perfect takdak yang cacat celanya... ahai

Monday, December 3, 2007

Nuang Oh Nuang..sakit gila kakiku


Hari ni penat sungguh badan aku rasa, penat ynag tidak dapat digambarkan... sudahlah malam tadi tidur pun tak beberapa nak lena, semua ni gara-gara kaki sakit akibat hiking semalam lar... tapi tak kisah lah semua kesakitan yang aku alami, sebab semua nya berbaloi dengan apa yang aku dapat semalam.. pendakian yang benar-benar hebat.. buat masa inilah sebab dah lama aku tak test sprint stamina hiking aku.. masih dahsyat lagi aku rasa.. dalam tempoh 4 jam 30 minit aku berjaya sampai kepuncak gunung nuang, penakluk puncak pertama hari semalam, akulah pelakar kesan jejak yang pertama semalam..


Kalau tak kerana wafi ajak aku, dah tentu aku takkan sampai kepuncak semalam, tah tiba-tiba setelah menyembunyikan diri sekian lama, asyik konsentrate dengan acara larian nya sahaja dan atau mungkin setelah bosan mendengar komplen dan desakan akau supaya mengorganizekan lagi akviti memanjat bukit yang betul, akhirnya betul-betul wafi ajak aku.. email ku terima hari rabu yang lalu... perancangan yang tiba-tiba muncul dibenak fikiranku, nama farid, izad n beberapa orang lagi muncul dalam kotak fikiran ku selain daripada senarai wajib.. RAJAN tingkat 8. aku melobi farid dan izad bagai nak rak... akhirnya pada hari yang dijanjikan hanaya izad je yang mengreply mesej bangun pagi.. so apalagi tanpa bersembahyang subuh aku terus memecut gen2 kesayangan aku melalui federal highway yang lenggang seawal 6:30 pagi pegi ambik izad kat pantai dalam.. macam 2 lah budak-budak muda sekarang, semuanya nak kita yang kena amik... walaupun hakikatnya, dia boleh datang sendiri ke rumah aku.. tak kisah lah yang penting segala plan-plan berjalan dengan lancar. sampai aje keblok E perumahan awam pantai dalam, izad sudah terpacak dengan beg hiking murahnya dan cap samuel & kevin yang di beli di Ipoh dan kasut pegi site brand Timberland (kasut pegi site dia nak buat pegi hiking, kejap lagi jadi bala lah nie).

selesai semua aku terus memulakan perjalanan ke kaki gunung nuang, tempat yang dijanjikan pejabat pengawal hutan mudahnya tempat melapor diri sebelum buat hiking.. base on email from wafi, stat trekking jam 730 pagi sharp. on the way ke situ aku singgah sebentar kat 7-eleven batu 9 pegi beli bateri untuk kamera izad.. biasalah pakcik kenalah kuar duit untuk anak sedara sendiri kan.. dia rembat energizer long lasting xtra.. abis gak kat RM10 duit aku pagi 2. dah nak dekat sampai pangsung aku singgah jap kat kedai jual breakfast tepi jalan, rembat 4 bungkus nasi lemak daun pisang, 3 biji kuih... perghhh bau nasi lemak yang aku tak tahan 2, sedap gila... tak sabar nak sampai pangsun nih nak mengkedarah nasi lemak.. (aku memang hantu nasi lemak pun, sebab tu, exercise macam mana pun, badan aku ayah nak turun... lemak bertaburan dalam badan).

Aku try call farid dekat 10 kali jugak, bukan apa nak pastikan dia datang join kitaorang hiking ke tak. sebab semalam masa aku call dia kata nak ikut bagai nak rak. mesej aku dah hantar sejak 5:45 pagi tadi, tak bebalas. aku call pun tak berjawab jugak.. so aku assumed dia masih diulik mimpi basah mungkin dan tak berminat nak join hiking sekali. samapai kat parking keta lebih kurang jam 730 pagi, keta waja zafrul dah terparking kemas dengan windscreen di cover rapi takut dashboardnya terbakar mungkin.. aku cuba mencari-cari zafrol n d geng kat sekitar situ tapi tsk jumpa pun.. keta ade tapi orangnya pun tak ada... ahhhh aku rase diaorang dah panjat dah.. takkan diaorang sanggup tunggu aku sampai jam nih.. mungkin kali ini diaorang punctual.. hiking terus jam 730 sharp. mungkin tunggu aku kat kem lolo.. agak hati aku.. ikutkan memang aku takut nak panjat dua orang sahaja, walaupun trek ke lolo aku dah tahu, memandangkan ada trekkers cina yang lain, jadi aku tak kesunyian n masih ada teman yang bersama ku ditrek nanti... aku mula melangkahkan kakiku meninggalkan gate kem tepat jam 745.. langkah ku sengaja ku cepatkan dan dimulut ini tidah henti-henti mengimgatkan izad supaya jalan cepat2, nak kejar geng2 zafrul kat depan... hnsss.. sampai kat kem lolo aku tak nampak pun kelibat zafrul, rajen mahupun wafi... sah diaorang tak jadi datang, ataupun masih menungguku di base camp.. ahh takpalah dah alang2 sampai ke kem lolo, baik aku teruskan sampai ke puncak.. lagipun disepanjang trek memang ada disediakan penunjuk arah puncak, jadi tak mungkin aku sesat, kalau mulut tak bacul dan celupar lar... izad mula pancit, dan menunjukkan tanda menyerah kalah, ahhh aku dah stat bosan dah nih.. bukannya apa, dari 5 hari lepas dah aku pesan kat dia supaya training, joging tak pun panjat tangga flat pantai dalam tu, tapi dia tanak buat.. stamina dia kuat katanya. tengok sekarang nih dah bagi burden kat aku... mahu atau tak aku terpaksa mengikut rentak langkah dia, dia mula sakit kaki.. dan nak berkaki ayam sahaja.. aku cuba menghalang pada awalnya sebab banyak batu dan duri-duri yang tajam disepanjang perjalanan.. dia degil jugak.. dah tak tahan sakit sangat katanya.. ok je lah...

lepas kem pacat barulah pendakian yang sebenar bermula, treki 70%, anak-anak tangga akar pokok yang betul2 membuatkan kepala lututku macam nak tercabut, semasa di kem pacat tadi aku terjumpa seorang hikers cina, katanya peak dah tak jauh dah lebih kurang 30 minit jer.. tapi dah hampir satu jam aku panjat juga kaki dan tangan semua tenaga dah aku kerahkan tak samapi-sampai lagi.. kena kelentongkah kami ini... terus terang kalau tak kerana latihan intensif di gym dan joging dah pasti aku dah patah balik turun bawah... dah lama aku tinggalkan dunia trekkers nih last aku hiking gunung kinabalu tahun 2002, itu yang terakhir.. selepas 2 aku konsentrate pada kayak dan kenu saje... selamat aku practice gila2.. klu x tak tau lah camana nak cakap...


YES akhirnya aku sampai jugak ke puncak, jepi gila ... tapi tertipu itu bukannya puncak yang aku cari, itu puncak pengasih.. masih ada satu lagi puncak disebelah kiri yang harusku daki untuk ke puncak nuang.. mahu atau tak, dan atas persetujuan izad.. kami meneruskan pendakian.,. jam sekitar pukul 11:30 pagi.. masa maksimum telah ditetapkan kami hanya perlu mendaki hingga jam 1 petang sahaja. jika tak sampai ke puncak kami perlu berpatah balik ke base camp, tak sanggup aku nak bergerak dengan kaki yang sakit pada waktu malam, tambahan pula dengan kit2 x aku bawak bersama. selepas turun dan panjat semula permatang 70% sekitar jam 12 tengahhari aku menakluki puncak nuang, berdiri gagah didepanku segitiga tripod puncak penanda aras kejayaan ku hari ini.aku sampai ke puncak,, uhuhuu boleh tahan sejuk... sejuk yang sampai ke tulang sum-sum ku.. benda yang mula2 aku buat bila sampai ke puncak iaitu makan nasi lemak daun pisang... kelazatannya ya allah azabnya.. sedap sunggup menikmati sarapan pagi diketinggian 1400 m DPL... kena pulak dengan telur rebus extra dan buah lai yang aku bawak memang perghhh masyuk... lebih kurang jam 12:45 tengahhari aku mula start menapak turun balik.. niat dihati memang macam hepi lar... sebab x perlu mendaki lagi.. perghhh 2 yang sku tak tahan 2.. kepala lutut aku mula dah nak terasa sakit.. betul la orang cakap.. turun lagi perit rasa.. mula menangkap bahagian kiri kaki aku dulu... lepas 2 sikit-sikit menyentap lutut kanan.. dengan penat, dehidrate lagi.. kuatkan semangat je lar nak sampai ke base camp. ijat memang dah berada pada tahap kritikal dah, jalan tak sampai 50 meter dah berenti ambik angin dekat 10 minit.. huhuhu nak aje aku sound cam panjat ledang 6 tahun yang lalu.. move move move.. tapi tak sampai hati lah pulak aku rase.. kang tak pasal-pasal menangis anak orang pulak...

hampir satu jam tiga puluh minit masa diambil untuk aku sampai ke kem pacat, lari 30 minit daripada target asal.. sebenarnya boleh dapat kurang dari sejam, tapi disebabkan skru kepala lutut masing-masing dah mula longgar dan haus. 2 yang jadi macam 2 tuh.. dari kem pacat menuruni tangga akar kayu untuk samapi ke kem lolo, kat kem lolo ada pulak mamat hikers yang tah dari mana muncul, badan meletup, kekar 6 pax.. kulit putih, bulu sikit2 jer.. aku stop jap cuci mata.. ijat sampai je kat situ perjalanan diteruskan untuk sampai ke base camp secepat mungkin. melepasi kem lolo masih terserempak dengan beberapa pendaki yang masih cuba menawan puncak nuang, walau pada hakikatnya... mustahil untuk sampai ke puncak kerana keadaan yang hampir malam dan telah lewat benar.. sekumpulan pelajar sekolah bercamping beramai-ramai berhampiran dengan empanganan puaka. akhirnya lebih kurang jam 4:50 petang kakiku akhirnya menjejeakkan kaki ke jalan yang bertamadun.. ahhh lega....

dari jauh aku dapat melihat kelibat seseorang yang ku kenal berhampiran pondok wakaf yang hampir nak runtuh menyembah bumi.... ku cuba mempercapatkan langkah perjalanan ku. dah sah memang tidak disangkal lagi itulah geng-geng yang merancang trip hiking hari ini.. hanjing koraizon gila... dekat sini rupanya diaorang bertapa-tapa..

dan kebetulan diaorang dalam perjalanan pulang dari kem pacat dan berenti amik angin kat situ. kisah yang sebenarnya pun terjawab sudah, rupanya wafi n rajan sampai lambat lebih kurang jam 8:00 pagi baru samapi ke pase camp pagi tadi. si zafrol pulak memang dah sampai awal, dan masa aku sibut kemas barang dekat kereta pagi tadi dia ada di toilet camp site melabur.. dan memang sah lagi jelas, keta waja yang ada windscreen protector 2 keta dia.. rupa-rupanya diaorang tunggu aku n izad sampai pukul 8:45 pagi dekat bawah, try call aku tapi tak berjawab, sebab aku offkan phone aku. then geng 2 hanya hiking sampai kem pacat ajer... nasib baik aku tak tunggu diaorang, klu tak tak sampai alah kau ke puncak nuang ari2... perjalanan ke base camp diteruskan beramai-ramai. izad memang dah lemah gila, berkaki ayam dan aku kena carry beg dia... selamat ringan, klu tak boleh menyumpah jugak aku dibuatnya.. zafrul pinjamkan kasut selipar jepun kat izad untuk mengurangkan kesakitan yang dialami... sekali lagi aku terserempak dengan geng hikers dilolo tadi, semuanya dalam perjalanan pulang. Akhirnya sekitar jam 6 petang sampailah ke base camp. rajan, wafi dan zafrol desided nak g mamam kat satu restoran kat area ululangat. aku ngan izad pulak nak pergi menimkmati kesegaran air gunung kat pangsun.. so berpecah lah kitaorang disitu.. mandi kat pangsun best gila, kereta boleh parking sampai ke gigi air, dengan air yang jernih dan tempat mandi manda yang jernih dan belum didatangi orang ramai.. balik berhenti makan dekat dusun tua, restoran siam-kelantan, udang sotong celup tepung, telur bistik, sup ayam, daging masak merah, kailan ikan masin sedap gila apatah lagi dengan perut yang lapar dan badan yang letih nih.. murah hampir RM25 sahaja.

berakhirlah sebuah perjalanan suka luka NUANG. walaupun macam-macam benda yang terjadi, daripada planning yang tak menjadi, dengan tak tahu jalan untuk ke puncak pakai baitai ikut tanda jalan, tak cukup team hikers, perut yang lapar, kaki sakit, pancit semua adalah.. dah sesungguhnya aku masih lagi bertenaga dan mempunyai stamina yang kuat walaupun dah lama aku tak hiking... dan dengan kaki yang sakit, masih mampu menjadi penakluk pertama puncak nuang ari itu... itu lah ynag menjadi sejarah....

itenary:
stat hiking: 7:45 pagi
sampai puncak: 12:00 tengahhari
turun puncak: 12:30 tengahhari



sampai base cap: 5:30 petang

raw water: 2 liter
food: 4 buah pir, 3 biji telur rebus, 2 nasi lemak daun pisang,
breakfast: 1 biji karipap

hiking kit:
trekking shoes, haveset 40 liter, mp3 player, tank top(top man), beach pant (cult)



Wednesday, November 7, 2007

balik kampung lagi!!

Penat badan tak hilang lagi nih... baru balik dari back pack kota bahru ngan izad.. sampai kat kl sentral pun jam 8 pagi.. masuk opis dah dekat jam 930 pagi... muka budak opis semua bosan jer tengok perangai aku yang makin teruk dan teruk... ya lah bukan sengaja kau nak masuk keja lambat ataupun saja nak pegi vacation time bukan cuti, tapi dah memang kat opis nih tak ada keja pun... tah aku rase memang tak de keja pun... habis dekat 150 jugak duit aku... hehehe
aku beli seluar jeans levis cam abg joe, key chain & puppet wayang kulit, lain2 2 habis kat makan ngan transport jer... satu yang aku best mengenai kelantan nih orang2 nya yang best cute-cute , n handsome2... maklumlah mix siam n banyak makan benda2 yang manis2.. dressup diaoang pergh dasat gilar.. aku pun taksub gak.. by the way aku pun tak boleh kalah dengan diaorang gak.. bayangkan lah aku g sana ngan beg galas kat belekang n pakai tsirt n seluar pendek sekali pandang memang macam pelancung mat salih.. samapi ade sorang tukang kedai tu ingat aku mamat filipin.. uhuhuhu best gila suker lah sambil aku meloncat-loncat gumbira... nanti lah detail travel back pack kota bahru nih kau nak tulis kemudian sikit... terus terang kota bahru dibawah pimpinan pas dah banyak berubah. dibandingkan 4 tahun dahulu masa aku g buat lesen keta kat sana... macam pembangunan dah ada.. orang2 nya pun dah makin stylo.. tu yang aku betul2 suka tur... nyumnyumnyum..
petang nih nak balik kampung, ingat tengah hari nih nak balik umah nak isi barang yang nak bawak balik kampung dalam keta dulu.. nanti pas keja terus drive balik jer.. aku balik sorang jer kali nih... ajak isrin tapi macam tak de respon jer... tak pe lah.. drive sorang2 lagi best kan.... skang ni pun tengah dok pulun siapkan sainmen champ car.. nak pas kat intan petang ni gak.. sian ko intan bayak lah yang ko kena tolong editkan aku punyer nih.. biasalah budak jantan yang sememangnya jantan yang buat... memang tah hapa hapa ntah... ade 7 title.. satu title pun belum betoi 2 siap lagik... tak pa lah aku buat lah setakat mana yang aku mampu nak buat.. klu x sempat siap sambung ari isnin ni ah.. bukan tak tau stail uem nih.. semua benda delay cakap nak anto date nih tapi next 2 week after date pun belum tentu submit lagik.. same cam tender p2x 2...sampai sekarang tak siap2 lagik.. masing2 eksyen n berlakon jer lebih.. kate aku pandai belakon.. memang pun tapi aku tak bodek cam orang lain.. aku buat untuk diri aku jer..
Lagi satu tadi aku nampak si jamaliah masuk bilik micheal king discuss sumeting, aku rase cam nak amik staf baru jer... and of course lah amik staf untuk department ni ar kan... yang aku heran keja kat department nih dah memang tak ada, lagi ada hati nak tambah staf.. makin makan gaji buta & kuat menular lah, dan reputasi aku sebagai pekerja yang paling teruk kat department nih akan terus bertakhta lah... hehehe suker sukerlah... ok lah nak g makan free kat bawah nih jom makan

Wednesday, October 24, 2007

::Amazing India::

Tah konpius pulak aku, tetiba ajer dr Micheal King suruh aku pegi india minggu depan ikut sekali dengan geng jakarta hari tu, si angka cin ngan mr. ong lar... hepi memang lar hepi dapat pegi tengok negara orang.. itu yang penting pada aku lar... but at the same time aku takut aku buat kesilapan yang macam dulu lagi.. kesilapan yang same aku buat mase nak pegi jakarta hari tuh....

punya hepi pasal kompeni nak bawak g jakarta buat survey site, sanggup aku reject satu kompeni yang bakal bagi aku gaji 4000. pegi jakarta, memang lar best but at the end aku sediri yang rugi... rugi gila... cuma dapt travel 4 free 2 je yang aku bley dapat rasenyer.... akhirnya sebab nak kejarkan travel kat jakarta akhirnya aku sendiri yang rugi hampir 5k.. duit soping kat sana, stay kat hotel 5 star.. ASTON In ternational Hotel & Apartment kat area Garminsun road, sebelah ngan Semanggi Plaza (tempat Indonesian Idol)... . itu lah penangan Jakarta ari2... pikir2 balik memang lah best... depan kenal ngan member baru anak gabenor Cirebon lagih... jalan2 g tempat orang... bila pikir bab duit aku yang dah habis 2 yang buat aku sentap tu.

tungu-tungu punya tunggu sampai hari ni takde apa2 pun.. team yang dah pegi india sincerabu minggu lepas pun dah nak balik dah... aku ni jugak yang tak ada2 apa2 berita nak pegi ke tak... kisah pasal aku nak pegi ke India nih..dah hampir satu malaya aku canag.. talipon lah, frenster lah, sms lah.. mulut ke mulutlah.. naik malu jugak aku rase bile dah tak jadi macam nih... paling malu dengan bebudak satu opis aku lar..... semua dah pandang serong kat aku yang memang dah dipandang serong nih....

kesian kat aku... dulu elok2 keja kat qatar kene hantor balik malaysia, skg nih keja pun tah hapa2 dengan jagi yang tak cukup nak makan tuh...

Tuesday, October 23, 2007

::H.o.n.o.r Murder::

Last nite.. aku tido lambat jugak.. adalah dalam jam 2 pagi.. bukan sebab tak mahu tido... tapi mata aku tak nak tido.. mungkin sebab banyak sangat pikir pasal hidup mendatang dan hidup yang tengah aku lalui sekarang nih.... aku betul2 risau.... macam biasa duduk melangut dalam kotak kecil runag litup tempat aku bersemadi tiap2 malam... merenung jauh ke siling yang memang tak cantik... semuanya bagaikan serba tak kena.. aku pusing kanan salah.. aku pusing kiri pun salah.. menerap.. telentang, kangkang, kepit huarghhh semuanya macam tak betul.....


Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cari dalam hidup aku, dari dulu sampai sekarang aku tak tahu apa matlamat hidup aku.. apa yang aku cari dalam perjalanan hidup aku yang mungkin tak berapa lama ni... aku jadi takut dengan persekitaran aku... seolah-olah macam aku tak wujud dalam dunia fana nih.. seolah-olah kehadiran aku tak dipedulikan pun.. malah mungkin tak disedari langsung....
sebab tak tension sebab tak nak tido... aku beralih arah pulak ke ruang ke dua kat rumah flat aku 2... centre hall, menantiku 21 inci tv dengan astro set serta 2-3 balang kuih raya yang dikirimkan mak aku dari kampung.. bersaksikan kain pelikat samarinda kaler hijau aku merebahkan diriku atas tikar buluh.. aku hidupkan tv dan secara spontan jari2 ku menekan punat remote control ke channel 553. yang pasti channel favorite aku.... pergh best punya cite honour murder, kisah oleh sorang wartawan us nih yang buat liputan psal pembunuhan suci yang masih berlaku kat pakistan... suatu negara yang aku penah idamkan untuk bekerja kat situ... dasat jugak lah aku tengok cite 2.. sampai dari perasaan sayang kepada kawan2 pakistan, dah menjadi suatu yang aku paling benci... orang perempuan diperjudikan nyawa sesuka hati oleh kaum yang bernama adam.... mungkin adam di sana adalah adam dalam kategori barua....
perempuan boleh dibunuh sesuka hati oleh kaum lelaki... jika seseorangpompuan 2 diayaki membuat sesuatu yang mencemarkan nama baik keluarga.. ia boleh dihukum bunuh oleh keluarganya sendiri.. tak perlulah pompuan 2 untuk membuktikan kebenaran dirinya sendiri kerana dia pasti akan mati.... seolah2 kaum2 lelaki dipakistan adalah tuhan yang mampu menentukan ajal hidup seseorang kaum wanita.... mudahnya kalau mak aku tengah beli ikan kat luar rumah kat ameng jual ikan... mak aku boleh dibunuh sesuka ahti oleh bapak aku mase 2 jugak... kira cam buat keje terkutuk lah... memang gila pakistan.. bila ditanya kenapa membunuh, tak ada cara lain atau hukuman lain kah yang boleh dikenalkan.. jawabnya senang ajer... agama islam suruh buat macam 2.. kalau nampak orang uat salah especially, pompuan.. so kita boleh hukum.... bedosa kalu tak bunuh.. gelak aku tengok rencana 2.. betapa bodohnya orang pakistan.. rakyat parvin musyaraf sendiri .. yang mana asyik megutamakan.. perang, nuklear, senjata... yang akhirnya rakyatnya terus bodoh, dungi, bendul dan sebangainya yang menggambarkan kerendahan ilmu rakyatnya... habis je cite 2.. ianya memberikan aku satu gambaran dan persepti mengenai nagra pakistan.... memang teruk..

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH